CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2357|Reply: 3

4 Penyakit Mudah Menyerang Lelaki Tetapi Sering Buat Tak Kisah

[Copy link]
Post time 22-9-2016 01:16 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Lelaki dan penyakit ibarat magnet. Sering melekat jika tidak menjaga kesihatan dan diri sendiri dengan sebaiknya.

Kebanyakan lelaki tahu akan penyakit yang bakal menyerang tapi tidak menitikberatkan dan mengambil serius apa kesan terhadap penyakit tersebut.

Empat penyakit yang berbahaya sering serang lelaki tetapi ramai di antaranya hanya tidak mengambil peduli terhadap penyakit tersebut.

Antaranya adalah :





1. Kanser Kolon

Merupakan antara jenis kanser paling kerap menyerang lelaki. Mengikut kajian, perokok lebih ramai mati akibat kanser kolon dan rektum berbanding mereka yang tidak merokok.

Selain itu, pengambilan makanan berlemak yang kerap dan rendah serat juga menjadi antara faktor penyebab kanser kolon ini.

Jika anda berusia lingkungan 30an  dan mempunyai berat badan berlebihan, lakukan senaman atau jalani gaya hidup aktif agar berat badan anda stabil kerana obesiti juga mampu meningkatkan risiko serangan kanser ini. Kanser kolon dan rektum kebiasaannya menyerang lelaki berusia 40 ke atas.

2. Batu Karang

Kira-kira 10% lelaki berdepan penyakit ini yang kebiasaannya menyerang lelaki berusia 30 tahun ke atas. Batu karang terbentuk apabila kepekatan tinggi bahan-bahan tertentu dalam air kencing yang menyebabkan terbentuknya kristal.

Biasanya air kencing mempunyai bahan yang digelar 'penghalang' yang menghalang pembentukan batu karang. Namun dalam sesetengah keadaan, ia tidak akan berfungsi.

Kepekatan air kencing yang tinggi ini biasa terjadi kepada lelaki yang kurang minum air kosong. (dehidrasi) Minum air soda atau air manis itu tidak dikira sebagai cecair badan tahu?

3. Sakit Jantung

Penyakit yang paling digeruni lelaki. Jika dahulu hanya mereka yang berusia 50 tahun ke atas berisiko diserang penyakit ini. Namun, penyakit jantung zaman 'moden' sudah tidak mengenal usia sehingga ada yang berusia awal 30an sudah terkena serangan jantung.

Antara sebab sakit jantung ialah dinding dalam saluran darah menjadi sempit akibat dipenuhi lemak, terutamanya kolestrol hingga mengakibatkan bekalan darah ke otot-otot jantung tidak mencukupi. Petua: kurangkan makanan berminyak/bergoreng dan lemak berlebihan dan selalulah bersenam.

4. Parkinson

Kamu perlu berwaspada jika kamu sudah mempunyai tanda-tanda seperti berikut: menggeletar pada jari tangan dan kaki, rahang atau muka dan pergerakan menjadi perlahan. Itu antara tanda-tanda awal penyakit Parkinson.

Penyakit ini kebiasaannya menyerang lelaki yang berusia 55 tahun ke atas.

Sumber : MR

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2016 04:43 PM | Show all posts
info yang berguna....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2016 12:07 PM | Show all posts
Thanks ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2016 03:54 PM | Show all posts
nice info. hipertensi pun antara penyumbang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.070807 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list