View: 13919|Reply: 96
|
{2} Disangka gelandangan, rupanya... !
[Copy link]
|
|
September 26, 2016 5:23 AM
Kuala Lumpur - Seluar lusuh, berjambang, butang baju dada terbuka dan berselipar sudah cukup menggambarkan dia seperti seorang jalanan yang kurang akal. Jumpa pula di stesen KTM Kuala Lumpur. Sah dia gelandangan! Meleset.
Sedang aku masuk gate KTM dia berenti berjalan dan tegur aku dengan bahasa Inggeris fasih sekali. Cuak aku ingat seorang gila yang menegur.
Selepas pandang betul-betul wajah beliau, masyaAllah Dr. Saiful Ad-Daulah. Pensyarah i’jazul quraan fakulti quraan dan sunnah. Beliau yang ingin ke Pelabuhan Klang mengambil bagasi-bagasi untuk dibawa pulang ke Khartoum.
Aku mencium tangan beliau depan orang ramai hingga semua kaget. Ya, semua menganggap beliau seorang India gila. Padahal di dalam dada beliau penuh ilmu usul quraan dan hadis. Tanya sahaja makna pada perkataan-perkataan hadis, beliau akan menerangkan dengan cukup terperinci.
Pensyarah yang tidak punya kenderaan kecuali kedua kakinya. Aku bertanya, kenapa beliau berpakaian begini apabila keluar? Beliau berkata, aku hanya berpakaian kemas di hadapan pelajar dan universiti.
Di luar universiti, aku manusia biasa. Semua mata tertumpu pada kami hingga bikin beliau malu. Masakan tidak, orang menyangka seorang India gelandangan sedang fasih berbahasa Arab.
Beliau sempat menghuraikan kepadaku beberapa hadis dan athar sahabat dengan penuh ilmu sambil aku membiarkan tren aku berlalu begitu sahaja kerana aku takut tidak punya emas seperti itu lagi bersama beliau.
Beliau langsung tidak memandang ke arah perempuan malah jalannya sentiasa menunduk. Jika pelajar yang rajin ke surau Anggerik, beliau adalah jemaah tetap harian di situ.
Beliau kata, “aku tak pernah menaiki kenderaan ke surau malah aku ingin sentiasa berjemaah di sana tetapi apakan daya zohor dan asar memaksa aku berjemaah di surau fakulti”. MasyaAllah, tak tinggal solat jemaah.
Beliau memberitahu bahawa kontrak beliau dengan USIM sudah tamat dan akan pulang ke Khartoum selepas mengambil bagasi di Pelabuhan klang. Hilang seorang alim mutiara ilmu di USIM.
http://www.thevocket.com/ramai-menyangka-aku-berbual-dengan-orang-gila-namun-hakikatnya-adalah-sebaliknya/
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku yakin dia tak saban ketika upload status betapa bagus diri dia di media sosial mcm suhai.
@dino @dinopower |
|
|
|
|
|
|
|
Ni ke?
Biasa je rupanya.
Ada ke patut dia kata macam gelandangan.
Ini dah serupa menghina tau.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni citer lama nih
Akak dah baca benda ni bertahun dah
|
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya kita juga rasis kpd golongan kulit hitam...kita anggap org kulit hitam ni kotor... |
|
|
|
|
|
|
|
xde selekeh pon...kemas je..ingatkan bj kotor koyak rabak bagai... |
|
|
|
|
|
|
|
mana ada rupa gelandangan...
kenapa plak tetiba org ni nk bertegur sapa dengan dia |
|
|
|
|
|
|
|
beriye aku imejin wardrobe gelandangan/orang gile..
ternyata aku tertipu
dua kupang: ini namanye sembang kencang DEKNON! |
|
|
|
|
|
|
|
Baru nak hencap pensyarah apa pakai selekeh tpi bila tgok gmba takde la selekeh pon. Saja nak propa buat cerita sadis nak tarik traffic ka? Tau lah muka kau cute kan! |
|
|
|
|
|
|
|
Astro sungguh.. Bertahun dah kisah ni. Hmm.. Kalau zuhud kena selekeh ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesti karangan BM selalu dapat A time exam |
|
|
|
|
|
|
|
cik_tonggek replied at 26-9-2016 10:25 AM
Ni citer lama nih
Akak dah baca benda ni bertahun dah
Betul...pernah baca kat fb tahun lps |
|
|
|
|
|
|
|
sama je kemas mcm mamat tu. sama2 gelandangan la klu cmtu? |
|
|
|
|
|
|
|
biasa jer, takder pun selekeh spt yg digambarkan. penulis jer over, mcm sohaikepam. kisah indon putus selipar pun nak hapdate dlm fb.
@dinopower
|
|
|
|
|
|
|
| |
|