CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3942|Reply: 15

Dapat Gelaran Dato Di Usia 19? Ramai Tak Puas Hati

[Copy link]
Post time 17-10-2016 11:41 AM | Show all posts |Read mode
SETIAP tahun, begitu ramai rakyat Malaysia menerima darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu dan Ketua-Ketua Negeri sempena menyambut hari keputeraan masing- masing.
Bukannya mudah untuk mendapat gelaran Dato’ atau Datuk ini, setiap daripadanya perlu melalui proses penilaian dari pihak istana dan kebiasaan, ia diberikan kepada individu-individu yang mempunyai jasa kepada negara ataupun kepada negeri.

Namun, gambar seorang pemuda yang dipercayai berusia 19 tahun menerima anugerah darjah kebesaran telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial.

Menurut pemuat naik gambar, dia menyatakan pemuda berkenaan baru berusia ‘setahun jagung’ namun telah menerima darjah kebesaran Dato.

“Kes macam ini yang buat orang tersenyum bila jumpa orang bergelar Dato’…19 tahun…apa sajalah jasanya agaknya ya?” soalnya.



Pemuda berkenaan yang dilihat berada di ruang legar istana menggenakan pakaian seragam istiadat beserta jam tangan mewah Richard Mille.
Rata-rata netizen mempersoal kewajaran pangkat berkenaan diberikan kepada pemuda berusia 19 tahun itu yang turut disusuli dengan persoalan “Sultan mana bagi pangkat Dato ni?”

Jika diikutkan, baru sahaja berlangsung dua hari lepas majlis menerima darjah kebesaran bersempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob ke-78 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada dia merupakan salah seorang daripada 923 penerima darjah di majlis tersebut.
Apa pun, dengan usia yang semua itu apa lah jasa yang dilakukan sehingga mendapat gelaran tersebut.

Bukan hendak mempertikan keputusan istana namun bagi kami, gelaran Datuk atau Dato’ ini selayaknya diberikan buat individu yang berumur 35 tahun keatas.

Masih banyak lagi cara lain yang boleh kita iktiraf golongan ini. Biarlah mereka menjalani perti getir hidup ini dan kemudian sesudah menjangkau umur yang sewajarnya, bolehlah dikurniakan pangkat berkenaan.

Biarpun kami tidak mempunya kuasa, apa kata kerajaan menyemak semula polisi serta proses pemberian gelaran dan bintang-bintang kebesaran ini dan elok dibawa berbincang dengan Majlis Raja-Raja. – MYNEWSHUB.CC

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2016 12:20 PM | Show all posts
dato kan boleh di beli title tu...

bnyk duit beli aje...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Beliau mungkin seoeang genius yg berjaya membuat penemuan teori metafizik terbaru
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 12:55 PM | Show all posts
kalau betul, teringin nak tau apa sumbangannya....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 01:30 PM | Show all posts
hahaha... dah agak dah negeri mana... samada pahang atau melaka jer....

pingat dari negeri2 nih seumpama PhD dr Gordon University jer...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
confirm pahang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2016 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
confirm pahang..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
confirm pahang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2016 02:24 PM | Show all posts
Ramai tduh pahang, rupa2 nya melaka.. boleh dikira merangkak ke nnti?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 02:33 PM | Show all posts
ni ke yg bergambar dgn bininya dlm thread iger blogger ger gers
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar Selempang dan Darjah PAHANG......

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 03:44 PM | Show all posts
19 tahun masih belajar lagi tak? kalau lecturer nak panggil dia present ke depan kena cakap dipersilakan Ybhg. Dato untuk membentangkan tugasan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 04:06 PM | Show all posts
beli tittle Datuk berapa skg & ikut negeri mesti lain harga kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 04:07 PM | Show all posts
like seriously? tak heran gelaran dato dah jadi bahan lawak zaman skrg nih....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 05:23 PM | Show all posts
ada x org yg dpt title dato' tp xnak guna title tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 05:27 PM | Show all posts
dato beli la tu.. bayar je,,.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.067788 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list