CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6163|Reply: 42

[Dunia] Perkahwinan bertahan 2 jam gara-gara Snapchat

[Copy link]
Post time 26-10-2016 07:32 AM | Show all posts |Read mode

Seorang pegantin lelaki di Arab Saudi menceraikan isterinya selepas dua jam berkahwin kerana wanita itu menghantar gambar majlis perkahwinan mereka kepada rakannya, walaupun beliau sebelum ini telah berjanji tidak akan berkongsi gambar perkahwinan atau klip video dengan sesiapa.

"Terdapat perjanjian sebelum berkahwin antara adik perempuan saya dengan tunangnya bahawa dia tidak akan menggunakan aplikasi media sosial seperti Snapchat, Instagram atau Twitter untuk menyiarkan atau menghantar gambar beliau," kata abang pengantin perempuan itu.

"Ia termasuk dalam kontrak perkahwinan dan dipersetujui. Malangnya, adik perempuan saya melanggar ikrar tersebut dengan menggunakan Snapchat untuk berkongsi gambar majlis perkahwinan dengan rakan perempuannya yang menjurus kepada keputusan mengejut pengantin lelaki untuk membatalkan perkahwinan mereka dan bercerai," katanya yang dipetik akhbar Arab Saudi, Okaz.

Sanak saudara kedua-dua keluarga berbelah bahagi terhadap keputusan tersebut. Ada yang berkata ia wajar dilakukan memandangkan pengantin perempuan gagal mematuhi perjanjian.

Bagaimannapun, ahli keluarga yang lain berkata, gambar yang diambil daripada telefon bimbit tidak boleh dianggap sebagai gambar majlis perkahwinan.

Pada Mei lalu, seorang pakar perundangan Arab Saudi memberi amaran terhadap kes penceraian yang meningkat dalam kalangan mereka yang baharu berkahwin, dengan mendedahkan perangkaannya kira-kira 50 peratus.

"Salah faham, perbezaan pandangan dan pendekatan mudah dalam perkahwinan tanpa penghargaan yang mendalam terhadap tanggungjawab yang datang bersamanya merupakan antara penyebab utama berlakunya penceraian dalam kalangan golongan muda.

"Perkahwinan menemui kegagalan apabila tidak wujud asas atau kepercayaan," kata Ahmad Al Maabi.

Pakar itu menyatakan demikian ketika mengulas berita tentang pengantin perempuan warga Arab Saudi diceraikan selepas melangsungkan perkahwinan apabila beliau tidak menghiraukan pengantin lelaki dengan terus berkomunikasi dengan rakan-rakan beliau melalui telefon bimbit.

"Selepas majlis perkahwinan itu, pengantin lelaki membawa pasangannya ke hotel yang telah mereka tempah.

"Bagaimanapun, sebaik sahaja pengantin perempuan masuk ke bilik, dia mula menggunakan telefon bimbitnya," kata seorang saudara mereka.

Pengantin lelaki cuba menghampirinya dan menjadi lebih mesra tetapi dia terkejut apabila beliau tidak menghiraukannya dan tidak membalas perbualan.

Apabila pengantin lelaki bertanya, pengantin perempuan berkata beliau sibuk melayan rakan-rakannya yang mengucapkan tahniah di atas perkahwinannya. Pengantin lelaki meminta beliau untuk melewatkan membalas mesej tetapi beliau enggan melakukannya dan naik angin.

Apabila pengantin lelaki bertanya sama ada rakannya lebih penting daripada beliau, pengantin perempuan berkata mereka adalah penting.

Perbalahan antara kedua-duanya menjadi lebih tegang, pengantin lelaki memberitahu beliau menceraikan pasangannya itu dan meninggalkan hotel tersebut.

Sanak saudara berkata, kes penceraian difailkan dan mahkamah merujuk kes itu kepada sebuah jawatankuasa bagi menilai jika pasangan yang baharu berkahwin boleh berdamai, tambah seorang saudara.

Bagaimanapun, pengantin lelaki yang tercalar maruahnnya enggan menarik balik kes tersebut dan mahukan penceraian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2016 07:40 AM | Show all posts
memang bini kau tak suka kau.. sengaja hantar gambar/ layan members whatsapp .. dia tahu dia mesti kena cerai... arrange marriage siapa suka..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 07:45 AM | Show all posts
Padan muke ngkau jantan sendoo. Pegi gesek jer barang ngkau belakang unta
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 07:50 AM | Show all posts
one word - "bodoh"
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 08:00 AM | Show all posts
egonya masing-masing...pak arab memang macam ni ke?

pernah tengok kat satu restoren kl diaorg makan makanan yang diaorang order..pastu dah habis makan cakap dengan waiter kenapa hantar makanan yang salah..bergaduh2 cakap dia tak order makanan yang dia dah habis  makan tu.. kitaorg kat meja sebelah tengok speechless
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 08:07 AM | Show all posts
ummah arab menjadi idolat ummah meleis

semua yang ummah arab buat adalah syumul di mata ummah meleis

padahal ummah arab rata2 perangai nan hado sangat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2016 08:12 AM | Show all posts
bolamata replied at 26-10-2016 08:00 AM
egonya masing-masing...pak arab memang macam ni ke?

pernah tengok kat satu restoren kl diaorg ma ...

kalau dah salah order suruh le waiter amek. kalau dah melantak harus le kena bayar. Arab ni mmg pelik.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh sombong egois punya pak arab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2016 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Pak arab jantan mmg kejam2 kan.sbb tu nabi turun kt deme.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam kes diatas, kedua- dua nya kepala batu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
bolamata replied at 26-10-2016 08:00 AM
egonya masing-masing...pak arab memang macam ni ke?

pernah tengok kat satu restoren kl diaorg ma ...

Aku pernah nampak kat mcD, kat meja sebelah aku ada satu family melayu ni tengah makan. Pastu datang satu family arab ni. Anak2 melayu tu pun main kejar2 dgn anak org arab kat tempat permainan sambil budak melayu tu cakap hantu.. hantu sambil gelak2. Pastu mak bapak budak arab ni tak boleh terima, dia marah dan mengadu kat staff mcd cakap budak melayu tu ejek anak dia hantu. Padahal diorg main2 je kot.. main kejar2 konon2 dikejar hantu, umur diorg pun dlm 5,6 tahun macam tu.. Pastu staff mcD pun slow talk dgn family melayu ni suruh blah dari situ. Bapak melayu tu bengang terus ajak anak2 dia balik. Kesian sangat.. nasib baik diorang memang dah habis makan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 09:39 AM | Show all posts
virgo19 replied at 26-10-2016 09:04 AM
Aku pernah nampak kat mcD, kat meja sebelah aku ada satu family melayu ni tengah makan. Pastu data ...

bodohnyeee pak arab ni.....dulu time aku kat u pun ramai pak arab bodoh2 gak....sewa kereta mlm minggu g mabuk2 bwk kereta eksiden, bnyk kes. sampi penyewa kereta kat u boikot tak nk kasi sewa pak2 arab ni. \
kalau kat library duduk jgn dkt2 ngan geng arab, dah la tempat aircond, baunyeee ya rabbii.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 10:01 AM | Show all posts
ummah sanjungan melayu
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 10:03 AM | Show all posts
mmg tak pelik ngan deme nie...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 10:26 AM | Show all posts
bolamata replied at 26-10-2016 08:00 AM
egonya masing-masing...pak arab memang macam ni ke?

pernah tengok kat satu restoren kl diaorg ma ...

pak arab mmg egonya tinggi melangit ..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 10:53 AM | Show all posts
Pak arob kalau bawak kereta kat area KL ni umapana bapak dia punya. Kat basemen pon bawak macam setan. condition kereta pon ala2 besi buruk menanti terbarai. aku speku kereta sewa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2016 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 26-10-2016 11:53 AM
Pak arob kalau bawak kereta kat area KL ni umapana bapak dia punya. Kat basemen pon bawak macam seta ...

Pak arab bawa kereta memang ala ala drive to hell. Iolls ada sekali tu dekat kawasan uni, ada berpalang, kena ada access card nak masuk faculty, pak arab ni punya bangang selamba je dia langgar langgar palang tu sampai terbuka. Bukan tak boleh parking luar palang. Dasar pak arab suka menjahanamkan harta benda.

Pak arab tak kaya mana ni memang kerja dia beli kereta buruk lenjan sampai hancur, nak balik arab, kereta tinggal je tepi jalan sampai berkarat.  
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 11:22 AM | Show all posts
Kan ke banyak yang tehegeh2 nak jadi tuk Arab bau kepamm neh. Macam lar tuk Arab tue sebokkk sangat nak jadi Melayu. Blahlah ngkau tuk Arab  
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 11:25 AM | Show all posts
dua2 bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 11:29 AM | Show all posts
cash lah kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.101763 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list