CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2555|Reply: 13

Anak reda Bill Gates, bilionaire terkaya dunia wariskan RM400 bilion kepada si m

[Copy link]
Post time 2-11-2016 11:20 AM | Show all posts |Read mode


NEW YORK: Pengasas serta pemilik Microsoft yang terkenal dengan sistem operasi Windows, Bill Gates, kelahiran Amerika Syarikat, berikrar menyerahkan hartanya berjumlah £70 bilion (hampir RM400 bilion) kepada badan kebajikan apabila dia meninggal dunia kelak.


Dalam wawancara dengan rancangan “This Morning” yang mendedahkan kehidupan peribadinya, Gates, 60, berkata anaknya berbangga dengan keputusannya mewariskan harta bagi membantu golongan miskin di dunia.


Menurut Daily Mail, Gates berkata, dua anak perempuan dan seorang anak lelakinya diberi pendidikan terbaik membantu mereka memulakan kerjaya masing-masing, namun menurut beliau, ia bukan bermakna beliau tidak meninggalkan langsung harta untuk mereka.


“Walaupun begitu, mereka tidak akan menjadi miskin. Mereka tetap mempunyai sokongan kewangan bagi tujuan keselamatan,’’ katanya.

“Mereka menyokong keputusan saya. Wang ini adalah untuk membantu mereka yang miskin. Anak-anak saya tahu dan bangga, malah mereka turut melihat kerja kebajikan yang dilakukan,’’ katanya.


“Anak saya diberi pelajaran yang hebat dan wang bagi memastikan mereka tidak miskin. Namun mereka perlu bekerja dan mempunyai kerjaya sendiri,” katanya.



Gates berkata, beliau tidak mahu memberi kemewahan melampau kepada anak-anaknya kerana ia boleh membawa kepincangan dalam perkara yang mereka lakukan, sebaliknya mereka perlu mencipta hala tuju sendiri.


Gates dan isterinya, Melinda, 52, mempunyai tiga anak, Jennifer 20, Rory 17 dan Phoebe 14.


Jennifer kini belajar Tahun 2 di Universiti Stanford, California serta aktif dalam sukan berkuda dan sering menyertai pertandingan peringkat kebangsaan.

Gates menderma AS$6.11 juta (RM25.45 juta) bagi pembinaan bangunan sains komputer atas nama beliau di universiti berkenaan.

Rory dan Phoebe masih bersekolah dan tinggal bersama-sama Gates di Seattle, Washington.


Gates hanya mewariskan sebahagian kecil harta kepada anak-anaknya, selebihnya didermakan kepada badan kebajikan miliknya, Yayasan Bill dan Melinda Gates yang membiayai projek pendidikan dan kesihatan di seluruh dunia.


Selepas Gates, menurut Forbes, kedudukan orang kedua terkaya di dunia jatuh kepada usahawan telekomunikasi Mexico, Carlos Slim Helu dengan jumlah kekayaan bersihnya AS$72.9 bilion.


Orang terkaya di dunia urutan ketiga dipegang oleh usahawan aksesori dan pakaian dari Sepanyol, Amancio Ortega, memiliki AS$70.7 bilion.

Urutan terkaya dunia pada tangga keempat dipegang oleh pemilik syarikat pelaburan Berkshire Hathaway, warga Amerika Syarikat, Warren Buffet yang memiliki kekayaan bersih AS$66.7 bilion.


Larry Ellison warga Amerika Syarikat, pemilik Oracle Corporation menyandang kedudukan kelima orang terkaya dunia dengan nilai kekayaan AS$49.3 bilion.


Bilionaire lain ialah pemilik perniagaan online terbesar, Amazon.com Jeff Bezos memiliki AS$46.7 bilion, terkaya keenam di dunia.

Sementara, usahawan kosmetik L’Oreal, Liliane Bettencourt, wanita Perancis terkaya kesembilan dunia memiliki AS$40.9 bilion.

Pemilik Facebook, Mark Zuckerberg menduduki tangga ke-14 dengan nilai kekayaan AS$35.7 bilion.


George Soros, keturunan Yahudi yang turut menjalankan perniagaan di Aceh dan Sorong, Indonesia memiliki AS$24.2 bilion menduduki tangga ke-27 terkaya di dunia.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2016 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Okb malaysia camne lak
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 12:22 PM | Show all posts
Kt mesia..siap putus sedara la berebut harta jawabnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde plak dia anak beranak selfie hapdate ig, fb manjang show off ye. Beza kaya dari titik peluh dan kaya menipu, songlap hak orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 04:01 PM | Show all posts
keluarga gates ni mmg dh kaya sejak dia blum cipta kompeni microsoft,
klu ikut sejarah yg xde papar dlm tv.
paknye sendiri peguam yg bantu atur deal dgn IBM tu.

kalu takde paknye, gates tkkn leh jual windows, pstu xle kaya.

so, klu korang nk anak jadi billionaire, bantula anak korang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 07:10 PM | Show all posts
Bagus le cam tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2016 10:11 AM | Show all posts
bagusnye dia nih
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2016 04:29 PM | Show all posts
akak pink ranking ke berapa agaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2016 01:51 AM | Show all posts
What a great father. I adore him.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2016 07:52 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2016 01:44 PM | Show all posts
Gates kata tinggal kan sikit utk anak2 dia. Tp sikit pon jutaan dollarlah kot
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 06:22 PM | Show all posts
bagusnyaaaaaa anak2 dorang pn hebat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2016 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baiklah ada org mcm gates ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 11:04 AM | Show all posts

Kat Malaysia kite beruntung ada PM Najib yg berhati mulia ..tetiap tahun bagi BRIM..Takbirrrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.129933 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list