sumber :http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/al-kafili-al-fatawi/956-al-kafi-li-al-fatawi-ke-476-hukum-kaum-wanita-bersyair-dan-mendendangkan-puisi
SOALAN:
Assalamualaikum wbt, Saya nak bertanya tentang hukum seorang perempuan bersyair dan mendendangkan puisi dalam satu majlis. Adakah dibenarkan?
Waalaikumussalam wbt, Isu suara wanita dan nyanyian wanita adalah isu yang diperbahaskan ulama dan mereka berbeza pandangan dalam hal ini. Kami berpendapat bahawa suara wanita bukanlah aurat pada asasnya. Namun suara mereka boleh menjadi aurat jika dilembutkan hingga mendatangkan ghairah bagi lelaki. Ini berdasarkan ayat al-Quran:
Maksudnya: Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).
Berkata al-Qurtubi dalam Tafsir-nya: “Yakni larangan melunakkan perkataan. Allah mengarahkan agar para isteri nabi itu hendaklah berkata dengan tegas dan jelas dalam perbualan, dan jangan bercakap dalam suatu bentuk yang menzahirkan dalam hati satu hubungan dengan apa yang terzahir daripada kelunakan tersebut, seperti adalah hal keadaan yang berlaku dalam kalangan wanita arab ketika berbual dengan lelaki dengan cara melembutkan suara dan melunakkannya, seperti gaya perbualan wanita yang mengelirukan dan wanita pelacur.”
Imam Ibn Kathir menyebut dalam Tafsir-nya, bahawa al-Suddiyy berkata: “Maksudnya ialah menghaluskan percakapan ketika berbual bersama kaum lelaki.”
Imam al-Baghawi berkata: “(Yakni) janganlah kalian merendahkan (suara) dalam perkataan, jangan dilembut ketika berkata-kata dengan kaum lelaki dan tidak menghaluskan perbualan, sehingga menimbulkan keinginan dalam hati orang yang memiliki penyakit dalam hatinya, yakni perbuatan keji dan syahwat. Dikatakan (penyakit itu) adalah kemunafikan dengan makna janganlah kamu berkata-kata dengan suatu perkataan yang boleh mendapat oleh orang munafik atau orang yang keji akhlaknya, suatu jalan bagi memuaskan keinginan mereka terhadap isteri-isteri Nabi. Justeru, orang perempuan adalah disukai agar mengeraskan suara dalam perkataan apabila berbual dengan lelaki ajnabi bagi memutuskan keinginan. Dan hendaklah mereka berkata-kata dengan perkataan yang makruf (atau baik), seperti dalam perkara yang dituntut oleh agama dan Islam untuk menjelaskan atau menerangkannya, tanpa perlu direndahkan suara.”
Berkata Imam al-Ghazzali dalam al-Ihya’ (2/281): “Dan bermula suara wanita itu dalam keadaan selain daripada nyanyian itu bukanlah aurat, kerana kaum wanita pada zaman sahabat R.Anhum sentiasa bercakap-cakap dengan kaum lelaki ketika memberi salam, meminta fatwa, meminta sesuatu, melakukan syura dan sebagainya. Akan tetapi pada nyanyian itu suatu tambahan yang memberi kesan dalam merangsang syahwat.” Kami juga berpendapat dengan isu nyanyian kaum wanita, jika dilakukan dengan adab yang betul dan tidak terlalu melunakkan suara dan melembutkannya sehingga mendatangkan syahwat, adalah harus.
Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam Halal dan Haram dalam Islam (ms.564-566) menyebut: “Islam membolehkan nyanyian selama mana ianya tiada unsur maksiat, kata-kata yang kotor, lirik yang lucah dan menghasut kepada penyelewengan akidah. Tidak mengapa jika ianya diiringi dengan alat-alat muzik yang tidak membangkitkan syahwat.” Beliau berdalilkan hadis daripada Aisyah R.Anha bahawa dia pernah menghantar seorang pengantin wanita ke tempat pengantin lelaki daripada kalangan kaum Ansar. Lalu Nabi Allah SAW berkata kepada beliau:
Maksudnya: Sesungguhnya kaum Ansar itu kaum yang terdapat dalam kalangan mereka (tradisi) menyanyikan ghazal (nyanyian sambut-menyambut), kalau boleh dapatkan seorang yang menyanyi: “Kami datang kepada kamu! Kami datang kepada kamu! Selamat bagi kami, selamat bagi kamu!”
Hadis riwayat Ahmad (no.15209) dalam Musnad dan Ibn Majah (no.1900) dalam al-Sunan
Ini juga berdalilkan hadis lain daripada Aisyah R.anha:
Maksudnya: Sesungguhnya Abu Bakar RA masuk berjumpa Aisyah dan bersama beliau ada dua orang jariah ketika di Mina (Hari Raya Aidiladha) yang menyanyi, menepuk dan memukul gendan, sedangkan Nabi SAW ketika sedang berselubung dengan bajunya. Lalu Abu Bakar menengking kedua jariah tadi lalu Baginda SAW mendedahkan mukanya seraya berkata: “Biarkan mereka wahai Abu Bakar! Sesungguhnya sekarang adalah hari raya.” Hadis riwayat Imam Bukhari (no.987) dan Imam Muslim (no. 892)
Merujuk kepada Garis Panduan Hiburan di Dalam Islam (Edisi Kedua) terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), terdapat beberapa etika yang perlu diambil perhatian ketika melakukan persembahan hiburan termasuklah:
Peribadi yang mulia dan akhlak yang baik hendaklah sentiasa dikekalkan walaupun berada di luar persembahan sesuai dengan mesej yang dibawa; dan
Tidak pernah disabitkan dengan mana-mana kesalahan jenayah sama ada di bawah undang-undang syariah atau sivil.
Penampilan
Penampilan yang sopan dan beradab hendaklah sentiasa dikekalkan walaupun berada di luar persembahan;
Berpakaian menutup aurat, kemas dan sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam;
Adab berpakaian, tatarias dan dandanan rambut yang tidak menyerupai jantina yang berlainan; dan
Hiasan dan dandanan hendaklah pada kadar yang bersesuaian dan sederhana sesuai dengan uruf masyarakat.
Seni Pentas
Ucapan, gerak laku dan sebagainya yang tidak mengandungi simbol-simbol yang dapat ditafsirkan secara tersurat atau tersirat yang bertentangan dengan akidah, syariah dan nilai-nilai Islam;
Sensitiviti mana-mana agama, budaya dan bangsa hendaklah sentiasa dipelihara;
Dalam keadaan yang bersesuaian untuk mengelakkan rasa tidak disenangi oleh orang yang mendengar dan menonton;
Plot penceritaan yang bukan realiti dan berasaskan khayalan adalah dibenarkan untuk menyampaikan sesuatu mesej yang baik;
Lawak jenaka hendaklah berpada-pada dan tidak melampaui batas iaitu sehingga membawa kepada ketawa yang melampau;
Lawak jenaka tidak boleh dilakukan pada perkara yang serius dan pada perkara yang perlu ditangisi;
Tidak mengandungi unsur pendustaan pada sesuatu fakta, kata-kata kesat, lucah atau fitnah;
Tidak mengandungi unsur yang menimbulkan penghinaan terhadap mana-mana individu atau organisasi;
Tidak mengandungi unsur keganasan;
Tidak menimbulkan trauma atau gangguan emosi;dan
Tidak melakonkan watak menyerupai jantina yang berlainan.
Nyanyian
Gerak laku, nyanyian, ucapan dan sebagainya yang tidak mengandungi simbol-simbol yang dapat ditafsirkan secara tersurat atau tersirat yang bertentangan dengan ajaran dan nilai-nilai Islam;
Berinteraksi dengan penonton secara sopan sama ada melalui perkataan atau perbuatan;
Keadaan fizikal, mental dan emosi penyanyi berada pada tahap yang baik;
Persembahan diadakan dalam keadaan yang terkawal; dan
Tingkah laku tidak liar serta melampaui batas.
Lirik
Mengandungi kebaikan dan nilai-nilai murni;
Memberi kesedaran dan membawa kepada keinsafan;
Selari dengan adab kesopanan;
Sensitiviti mana-mana agama, bangsa dan negara hendaklah sentiasa dipelihara;
Boleh menggunakan terjemahan al-Quran dan hadith dengan menjaga adab yang selaras dengan syarak;
Ayat-ayat al-Quran tidak boleh dijadikan lirik lagu melainkan dengan kaedah iqtibas;
Nasyid berbentuk doa adalah diharuskan;
Tidak digalakkan menggunakan matan hadith kerana bimbang berlaku kesalahan pada sebutan yang boleh membawa perubahan pada makna;
Tidak mengandungi kalimah syahadah yang tidak sempurna;
Tidak mengandungi ungkapan yang memanipulasi terjemahan al-Quran dan hadith untuk tujuan yang salah;
Tidak mengandungi ungkapan yang memanipulasi kalimah-kalimah suci dalam Islam untuk tujuan yang salah;
Tidak mengandungi ungkapan mengutuk nasib dan mempersoalkan ketentuan Allah;
Tidak mengandungi pemujaan kepada makhluk dan peribadi lain;
Tidak mengandungi unsur lucah, membangkitkan nafsu atau lambang kata yang ditafsirkan lucah;
Tidak mengandungi unsur maksiat atau membawa kepada pelakuan yang diharamkan;dan
Tidak mengandungi unsur penghinaan, aib, cacian, fitnah dan merendah-rendahkan seseorang.
Tidak melambangkan pemujaan atau yang dianggap sakral oleh penganut agama lain;
Tidak mendorong kepada kekacauan dan ketidakseimbangan pemikiran sehingga boleh melalaikan diri daripada mengingati Allah;
Tidak membangkitkan emosi negatif yang bercanggah dengan ajaran Islam;
Tidak mengganggu ketenteraman masyarakat awam; dan
Tidak membawa kepada perbuatan maksiat. Kesimpulannya, kami berpendapat bahawa hukum mendeklamasikan sajak dan puisi oleh kaum wanita adalah harus jika dilakukan dengan syarat-syaratnya. Wallahua’lam.
Post time 30-11-2016 11:34 AMFrom the mobile phone|Show all posts
mbhcsf replied at 30-11-2016 07:13 AM
Qardhawi 's punya statement on music interesting kan ...i dunno ...i think have my questions answe ...
Senang saja.....depends pada:
1. Nak ikut fatwa mazhab aswj & very closed to sunnah?
2. Nak ikut fatwa mazhab aswj tapi ada elemen "tak payah ikut sunnah" sgt?
3. Nak ikut fatwa org tak bermazhab?
4. Ikut dah lah...... "musik kan memberi ketenangan"
I am amazed ramai ignore:
1. Rasulullah pernah berkata antara sebab dia diutuskan adalah utk menhapuskan alat muzik.
2. Antara tanda2 kiamat makin hampir berleluasanya alat muzik & penyanyi wanita. (Actually bukan limited to penyanyi sahaja, berleluasanya ustazah2 yg berceramah di kawasan terbuka & yg mendengar terdapat jemaah lelaki.
Sy kenal seorg alim ni, bila sy mintak dia recommend ustazah yg boleh mengajar tafsir 3 surah yg sy nk sgt2 bljr, dia bgtau dia reject ustazah yg dok ceramah keluar tv & yg berceramah pd public. Makna dia x bagi sy ikut ustazah2 mcm ni. Last2 sampai la tak jumpa ustazah yg memenuhi kriteria tu. Yg mahir tafsir lagi lah. Kena cari kat sekolah2 pondok2 kot.
1. Nak ikut fatwa mazhab aswj & very closed to sunnah?
yang tanda tanda kiamat tu yg no 2 tu wanita menyanyi tu yes . i know..yups.
yg apsal rasulullah saw tu engan alat music gendang rebana seumpmanay i tahu dibolehkan sebab tu ada hadith on that ....yg nasyid tu pun ada..
yg pasal alat music tu yeps, seruling or any string based yups...
yg pasal ikut org atau guru syeikh yg mengajar agama yg tak muncul TV tu - is it based on hadith or his personal opinions? if the latter yes , i agree sebab takut ada macam conflict of interest tapinya u know dari satu aspek - susah jugak yg macam guru agama yg berkaliber dan berjasa sekarang ni ada saja dalam media cetak, elektronik etc...i mean - they are good people spreading the message dakwah lagi , tak dapat tidak ..so i hormati if thsi is his personal opinion formulated from his knowledge based and scholarly experience. that is perfectly allright.
well about alat music yes yes music susah nak cari yg syariah compliant to be honest and yes i myself wont be defensive about it yg yes ada lagu music yg ;agha. yups. benda yg salah still salah so pada i yups dalam hal ni i am not gonna be defensive about it. kalau nak dengar in moderation. tapi kalau pengaruhi mood yg sampai expreme and counter productive and etc etc then u know it is memudaratkan dan lebih baik dengar laungan ayat quran by any qari.
Post time 1-12-2016 09:33 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by baulu at 1-12-2016 09:41 AM
mbhcsf replied at 30-11-2016 10:26 PM
yang tanda tanda kiamat tu yg no 2 tu wanita menyanyi tu yes . i know..yups.
yg apsal rasulullah ...
Hukum ttg alat muzik lain, nyanyi lain.
Muzik yg dibenarkan roughly:
1. Gendang yg mengeluarkan satu bunyi.
2. Klu nk bentuk melodi, kena satu alat muzik, satu tone/bunyi. When combined bbrp alat muzik, jadi satu alunan melodi.
3. Bunyi nature, binatang2 dgn bunyi merk buat lagu.
Nyanyian:
1. Lirik yg syariah compliance.
2. Pompuan hamba boleh nyanyi public. Tu yg ppuan nyanyi yg Aisyah kena marah ayah dia. Tp dlm hadith tu rasulullah ditidurkan mcm Allah buat dia kecik2 dulu.
3. Suara pompuan ok antara sesama mahram.
Ni kira pendpt imam2 kita, sahabat, salafussoleh. Yg pendapat skrg ni ulama2 modern yg tukar.
So, concert, klu betul2 nk cari yg ikut fatwa2 org2 soleh, kena ikut guideline kat atas lah.
Bab penceramah wanita ckp among public tu based on dalil. Dlm tv tu pun dia ada dalil ttg sifat2 seorg pendakwah yg jaga ilmu & pendekatan dakwah dia.
Post time 2-12-2016 11:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by baulu at 2-12-2016 11:40 PM
mbhcsf replied at 2-12-2016 11:17 PM
u know tapi tulah dunia
something appeals to our sense muight actually ...hmm...
Rasa la ni bila dah byk bljr tafsir Quran & tasawuf, allowing myself buat dosa kering atas alasan dunia, has scared me shit.
Tarbiah direct kot dr org2 alim buat sy kecut perut ingat seksa2 akhirat. Also, takut ilmu2 yg dah masuk tu ditarik balik & I'd be lost again, hidup ikut nafsu syahwat bkn ikut apa yg Allah & rasulullah nak
Then, apa guna solat klu x boleh cegah fahsha & mungkar kan....
Dulu2 sekolah menengah I played for a brass band. Sekali2 sekala org minta tolong, I played for the orchestra team. Tp la ni, klu alumni mintak support the band, tak mau dahla terlibat. Rasa berat sgt.
Kenapa la dulu2 takde ustazah2 nk nasihat bab2 ni. What a waste.
heyya...
brass band ? cool ... akak saya masuk jugak band sekolah dulu...
well itulah dianya musics ..
i guess yg satu lagi cabang seni yg berpoteni untuk tak syubhah sangat ialah lukisan..
when we are talking about arts - lukisan / paintings ni ...ni pun ntahlah ada unsur riba berlebihan ke tak sebab penialian arts itu atau karya seni itu subjective..like karka monet, degas. those impressionists
atrt bagi saya satu cara berkarya yg tak mempunyai unsur unsur sybhah sekiranya benda dilukis tu tak salahai syarak..
dan penentuan harga pula satu yg subjective - kita ketak harga pada nilai seni atau kesan lukisan tu ke?