View: 8007|Reply: 12
|
Anda Boleh Jadi Vegetarian Seumur Hidup Jika Digigit Kutu Kecil Ini
[Copy link]
|
|
Ramai orang yang suka makan daging. Malah, kebanyakan orang lebih suka makan daging berbanding sayur-sayuran. Jadi, memang patut jika penggemar daging mendapati kadar kolesterol dalam tubuh mereka sangat tinggi!
Memang bukan perkara mudah menukar daging kepada sayur-sayuran sebagai pengambilan makanan. Ramai orang yang cuba menjadi seorang vegetarian atau penggemar sayur supaya hidupnya lebih sihat. Namun sayangnya ramai yang gagal di tengah jalan dan kembali mengambil daging.
Tetapi jika anda mahu jadi seorang vegetarian, mungkin anda boleh mencari kutu kecil ini. Ini kerana gigitan kutu tersebut dipercayai boleh menyebabkan seseorang tidak boleh lagi makan daging dan menjadikannya vegetarian sepanjang hayat.
Kutu kecil itu biasanya dipanggil dengan nama "Lone Star Tick" atau kutu bintang satu. Ia dipanggil sebegini kerana kutu ini mempunyai simbol bintang di bahagian belakangnya.
Makhluk kecil ini selalunya boleh dijumpai di hutan-hutan di Barat Tengah Amerika Syarikat, terutama di Texas, Wisconsin, dan Maine.
Menurut iflscience.com, air liur kutu tersebut boleh membuat seseorang menjadi alergi dengan daging yang mempunyai alpha gel, khususnya daging lembu, biri-biri dan babi.
Alergi tersebut bukan sesuatu yang boleh diubati dengan mudah. Jika sudah digigit kutu ini dan dijangkiti, maka harus segera mendapat penanganan perubatan yang serius.
Orang yang pertama kali digigit kutu ini akan mengalami alahan setelah memakan daging, seperti bengkak, gatal-gatal, tersedak, dan muntah.
Disebabkan alahan apabila memakan daging, jadi tidak ada pilihan lain selain memakan sayur-sayuran dan jadi vegetarian sepanjang hayat.
Namun, tidak semua daging mempunyai alpha gel. Anda masih boleh menikmati daging ikan, ayam, dan juga ayam belanda.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ler selera yang bertukar.. tapi terpaksa.. inatkan selera hilang makan daging... |
|
|
|
|
|
|
|
Nak buat apa. Tak pasal2 nak kena jaga makan dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknya insecta tersebut |
|
|
|
|
|
|
|
kutu jenis ni ada kat dusun2. pernsh kena gigit
gigi kutu ni melekat kat kulit terpaksa aku potong
kepala kutu tapi giginya still melekat sampai
2 tahun parut tak hilang |
|
|
|
|
|
|
|
Susah payah cari kutu ni sbb nk jadi vegetarian? Tak berbaloi kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Namun, tidak semua daging mempunyai alpha gel. Anda masih boleh menikmati daging ikan, ayam, dan juga ayam belanda.
tak lah vegetarian sangat |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah jumpa kutu ni sekor kt rumah aku...kalau jumpa bintang pelik2 aku terus bunuh jer... |
|
|
|
|
|
|
|
ni lebih kurang mcm pepijat la ye...kesan kena gigit...gatal yg amat |
|
|
|
|
|
|
| |
|