ADAT kuno, 'Chhaupadi' di barat Nepal yang memaksa wanita mengasingkan diri dan tinggal dalam kandang yang kurang udara kerana datang bulan. - Foto Reuters
KATHMANDU: Seorang gadis berusia 15 tahun meninggal dunia akibat amalan adat kuno, 'Chhaupadi' di barat Nepal, lapor polis, hari ini. Pegawai polis, Badri Prasad Dhakal, berkata Roshani Tiruwa dipaksa mengasingkan diri dan tinggal dalam kandang yang kurang udara kerana datang bulan.
Adat itu sudah diharamkan oleh kerajaan sejak 2005. Mayat remaja itu ditemui oleh bapanya pagi Ahad lalu dalam sebuah pondok yang diperbuat daripada lumpur di kampung Gajra, daerah Achham, kira-kira 440 kilometer dari barat Kathmandu.
"Kami menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematiannya. Kami percaya dia mati lemas. "Mangsa menyalakan api untuk memanaskan badan sebelum tidur di dalam kandang yang tiada pengudaraan," kata Badri kepada REUTERS menerusi telefon dari Sanfebagar, bandar utama, di sini.
Menurut kepercayaan 'Chhaupadi,' wanita datang bulan dianggap pembawa malang kepada masyarakat, oleh itu mereka dilarang minum susu dan dibenar makan sedikit sahaja dalam tempoh berkenaan. - REUTERS
Post time 21-12-2016 10:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
doublethread replied at 21-12-2016 08:48 PM
Pasal tapai ni kebanyakan orang tua masih percaya, 'badan kotor' buat tapai takkan jadi kata merek ...
Betul.
Jangan kata nak buat, jenguk pun takleh.
Takut ada spot merah dalam tapai.
Kata nenek aku la.
Tapi aku tak heran pun.
Bukannya aku minat nak belajar buat.
Makan pun tak.
Muahahahaha.