View: 11948|Reply: 110
|
Mendapatkan Khusyuk dalam solat ...
[Copy link]
|
|
Edited by mbhcsf at 9-1-2017 10:26 PM
Mukadimah
Pada kali ini, dalam Bayan Linnas kami sengaja mengemukakan satu tajuk Khusyuk Solat: Hukum dan Cara Mendapatkannya dalam solat bertujuan untuk kita meningkatkan nilai dan mutu solat kita ke arah kesempurnaan.
Terkadang perkara asas seperti solat dipandang enteng dan dianggap mudah sehingga berlaku pengabaian dan kalau buat pun seperti melepaskan batuk di tepi tangga tanpa cuba menyempurnakan dengan sebaik mungkin. Justeru, akan timbullah pelbagai kelemahan dalam menunaikan solat yang menjadi tiang seri dan rukun agama Islam yang utama. Semoga pencerahan dalam Bayan Linnas kali ini dapat menginsafi kita untuk kembali muhasabah dan menilai kedudukan solat kita dalam harian kita.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 9-1-2017 06:57 AM
Tafsir Ayat 1 dan 2
Firman Allah SWT:
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ (1) الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ2
Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
(Surah al-Mu’minun: 1-2)
Ibn Kathir berkata: Maksudnya mereka telah mendapatkan kemenangan, kebahagiaan, serta memperoleh keberuntungan. Mereka itulah orang-orang Mukmin yang bersifat dengan sifat-sifat ini: Orang-orang yang khusyuk dalam solatnya. Syeikh al-Maraghi berkata: Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang.
Orang yang merendahkan diri dan patuh kepada Allah SWT pernah mengerjakan sembahyang sambil mendongakkan wajahnya ke langit. Setelah ayat ini diturunkan, Baginda mengalihkan pandangannya ke tempat sujudnya kerana khusyuk ketika sembahyang merupakan satu kewajipan kerana beberapa sebab:
Bagi mendapatkan penghayatan dalam bacaan, sebagaimana firman Allah dalam Surah Muhammad ayat 24
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا
Maksudnya: “(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?”
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 9-1-2017 06:57 AM
Makna Khusyuk Dari Segi Bahasa dan Istilah
Kami kemukakan di sini definisi khusyuk pada bahasa dan juga istilah. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 9-1-2017 10:29 PM
Makna Khusyuk Pada Bahasa
Pakar bahasa Ibn Faris Rahimahullah mengatakan:
خشع: الخاء والشين والعين أصلٌ واحدٌ، يدل على التَّطامُن
Maksudnya: “Khusyuk adalah (terdiri dari tiga huruf dasar) kha`, syin dan ‘ain adalah satu sumber, yang menunjukkan kepada makna tunduk/merendah).”
Lihat Mu’jam Maqaayiis al-Lughah (316)
Dikatakan kalimah khusyuk adalah hampir dengan sama maknanya dengan kalimah khudhu’. Adapun perbezaannya adalah khudhu’ hanya berkaitan dengan tubuh badan, sedangkan khusyuk ialah melibatkan tubuh badan, suara dan pandangan. Sepertimana firman Allah SWT:
لَا عِوَجَ لَهُ وَخَشَعَتِ الْأَصْوَاتُ لِلرَّحْمَنِ
Maksudnya: Dan diam khusyuklah segala suara kepada Allah yang melimpah-limpah rahmat-Nya.
(Surah Taha: 108)
Lihat kitab Khusyuk fi al-Solat fi Dhaui al-Kitab wa Sunnah (1/8)
Syed Qutb berkata: Demikianlah kebesaran Ilahi itu menyelubungi suasana hari itu di Padang Mahsyar yang sayup saujana di pandang mata itu diselimuti perasaan takut, cemas, sunyi sepi, rendah diri dan khusyuk, di mana percakapan dengan berbisik-bisik dengan pertanyaan dikemukakan dengan suara yang rendah. Seluruh hati khusyuk dan wajah muram kerana sengsara. Kebesaran dan kemuliaan Allah Yang Maha Hidup dan Maha Pentadbir menyelimuti jiwa manusia yang ramai itu dengan rasa kebesaran dan kemuliaan yang tenang (pada hari itu) tiada syafaat (yang diterima Allah) melainkan dari orang-orang yang diperkenankan permohonannya.
Pada hari itu ilmu yang meliputi hanya dimiliki Allah, sedangkan ilmu pengetahuan mereka tidak dapat meliputi ilmu Allah (pada hari itu) orang-orang yang zalim akan memikul dosa-dosa kezaliman mereka dan akan menemui kehampaan dan kekecewaan (pada hari itu) orang-orang yang beriman berada dalam keadaan tenang, tenteram. Mereka tidak bimbang, teraniaya dalam hisab amalan dan tidak takut dikurangi amalan-amalan soleh yang telah dikerjakan mereka. Itulah kehebatan dan kebesaran yang menyelubung seluruh suasana di hadapan Allah Yang Maha Penyayang. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 9-1-2017 06:59 AM
Makna Khusyuk Pada Istilah
Al-Baghawi rahimahullah menukilkan beberapa penafsiran ulama tentang khusyuk dalam solat, walaupun penafsiran tersebut berbeza ungkapannya, namun satu sama lain tidak saling bertentangan, bahkan saling melengkapi, kerana sebahagian ahli tafsir menjelaskan makna khusyuk dari sisi lahiriyah dan sebahagian lagi menjelaskan makna khusyuk dari sisi batin.
Al-Baghawi rahimahullah ketika menafsirkan ayat:
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
Maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.
(Surah al-Mu`minun: 2)
Para Ulama) berselisih dalam menafsirkan makna khusyuk,
- Ibn ‘Abbas berkata: tenang dan merendahkan diri
- Al-Hasan (Al-Basri) dan Qatadah menafsirkan: (Iaitu) orang-orang yang takut
- Muqatil menyatakan: (Iaitu) orang-orang yang rendah hati (tawadhu’)
- Mujahid berkata iaitu menundukkan pandangan dan merendahkan suara.”
- Saidina Ali RA, iaitu tidak menoleh ke kanan dan tidak pula ke kiri.
- Sa’id bin Jubair berkata iaitu (seseorang) tidak mengetahui siapa orang yang di sebelah kanan dan kirinya, ia tidak menoleh, kerana demikian khusyuknya (menghadap kepada) Allah ‘Azza wa Jalla.
- ‘Amr bin Dinar berkata, iaitu ketenangan dan keindahan keadaan (gerakan).
- Adapun Ibn Sirin dan yang lainya menafsirkan, iaitu kamu tidak mengangkat pandanganmu dari tempat sujudmu.
- Berkata Atha`, iaitu kamu tidak bermain-main dengan anggota tubuhmu dalam solat…dan adapula yang menyatakan khusyuk dalam solat adalah memfokuskan (memperhatikan urusan solat) dan berpaling dari urusan di luar solat sembari menghayati makna bacaan dan zikir yang diucapkan lisannya.” (Rujuk Tafsir Al-Baghawi: 3/238-239).
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 9-1-2017 06:59 AM
Definisi Khusyuk Di Dalam Solat
Berikut merupakan beberapa pendapat para ulama dalam mendefinisikan khusyuk.
- Kata Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah Rahimahullah: Khusyuk adalah: Berdirinya hati di hadapan Tuhan dengan penuh ketundukan dan perasaan hina diri.
- Imam Junaid Al-Baghdadi Rahimahullah yang berkata: Khusyuk adalah; Perasaan rendah diri di dalam hati ke hadapan Tuhan yang Maha Mengetahui perkara ghaib. Rujuk Madarij Al-Salikin (1/521).
- Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah turut memberikan definisi yang menarik berkenaan khusyuk. Kata beliau: Asal bagi khusyuk adalah perasaan lembut jantung hati, tenang, tunduk serta tetapnya ia. Lihat Al-Khusyuk Fi Al-Solat, Ibn Rajab Al-Hanbali (Hlm. 17).
- Al-Syaukani ketika mengulas ayat ini berkata: Khusyuk adalah: Sebahagian ulama memasukkannya sebagai sebahagian daripada perbuatan hati seperti perasaan takut dan juga gerun.
- Manakala sebahagian yang lain mengatakan ia termasuk sebahagian dari perbuatan anggota badan seperti tenang dalam solat, tidak beralih ke sana sini, dan tidak melakukan perkara sia-sia di dalam solat. Dan dari segi bahasa khusyuk bermaksud: Tenang, tawadhu’ (rendah diri), takut, dan juga perasaan hina diri. Lihat Fath al-Qadir, al-Syaukani (1/977).
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 9-1-2017 10:30 PM
Perlu difahami bahawa khusyuk terbahagi kepada dua iaitu:
- Khusyuk hati iaitu kehadiran hati seseorang yang sedang menunaikan solat secara fokus menghadap Allah SWT dengan membawa cinta kepada-Nya, mengagungkan-Nya, takut terhadap seksa-Nya, dan mengharap pahala dari-Nya sehingga merasa dekat dengan-Nya dan tenang hatinya serta penuh penghayatan dengan menghayati seluruh apa yang diucapkan dan lakukan dalam solatnya, dari awal hingga selesai solatnya. Kekhusyukan hati inilah yang melahirkan kekhusyukan badan, kerana ia adalah asas kekhusyukan.
- Khusyuk badan iaitu ketenangan gerakan dalam solat, beradab dan tidak tergesa-gesa dalam mengucapkan zikir dan doa, ketundukan pandangan ke arah tempat sujud, tidak menoleh ke atas atau ke arah yang menghilangkan khusyuk dan tidak disibukkan dengan gerakan yang sia-sia.
Inilah khusyuk yang merupakan ruh dan maksud solat.
Namun, tidaklah mampu untuk khusyuk anggota tubuh kita kecuali apabila telah khusyuk hati kita, kerana kekhusyukan hati adalah asas/dasar kepada kekhusyukan badan.
Sa’id bin Musayyib rahimahullah pernah melihat seseorang yang berbuat perkara sia-sia dalam solatnya, lalu beliau berkata:
“Kalau seandainya hati orang ini khusyuk, tentulah akan khusyuk anggota tubuhnya.”
Lihat Sunan al-Kubra oleh Imam al-Baihaqi (2/285)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 9-1-2017 07:02 AM
Dua Perkara Yang Menghalang Khusyuk
Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah berkata:
“Sesungguhnya banyaknya was-was kerana banyaknya syubhat dan syahwat, dan keterikatan hati terhadap perkara-perkara yang dicintainya, yang menuntutnya supaya mencarinya, serta perkara-perkara yang dibenci, yang hati terdorong untuk menolaknya.” (Lihat Majmu al-Fatawa: 22/607).
Imam al-Tabari Rahimahullah pula mendatangkan beberapa pendapat tokoh ulama salaf berkenaan pengertian khusyuk di dalam solat. Ianya seperti berikut:
- Kata Imam Mujahid dan Imam Ibn Syihab al-Zuhri: Khusyuk dalam solat adalah dengan cara tenang di dalamnya.
- Kata Amirul Mu’minin Ali bin Abi Talib RA ketika ditanyakan berkenaan ayat ini: Khusyuk di dalam solat itu bererti: Janganlah kamu berpaling ke sana sini di dalam solat kamu.
- Kata Al-Hasan: Mereka khusyuk di dalam jantung hati mereka. Maka mereka pun menundukkan pandangan serta merendahkan sayap mereka. Rujuk Tafsir Al-Tabari, Ibn Jarir al-Tabari (19/8-9).
- Berdasarkan pendapat beberapa tokoh ulama di atas, perkara yang dapat kita simpulkan berkenaan definisi khusyuk adalah: Khusyuk adalah perbuatan hati yang meliputi perasaan takut, rendah diri, perasaan hina di hadapan Allah yang menzahirkan perbuatan anggota badan seperti tenang di dalam solat, tidak berpaling ke sana-sini, serta menundukkan pandangan ketika solat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 9-1-2017 07:03 AM
Cara Mendapat Khusyuk Di Dalam Solat
Kami bahagikan di sini beberapa bahagian untuk mendapatkan kekhusyukkan di dalam solat, bahagian pertama ialah sebelum mendirikan solat iaitu persediaan untuk solat, kedua ketika hendak hampir solat dan ketiga ketika dalam solat: |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 9-1-2017 10:31 PM
Pertama: Persediaan Untuk Solat
Firman Allah SWT:
إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا
Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
(Surah al-Nisa’: 103)
Dan ada hadis pula yang menyatakan bahawa solat di awal waktu itulah yang paling afdhal, ini sebagaimana hadis daripada Ummu Farwah, beliau berkata:
سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - أَىُّ الأَعْمَالِ أَفْضَلُ قَالَ: الصَّلاَةُ فِى أَوَّلِ وَقْتِهَا
Maksudnya: “Rasulullah SAW pernah ditanya, amalan apakah yang paling afdhal. Lalu Baginda pun menjawab: “Solat di awal waktunya.”
Riwayat Abu Daud (426) |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 9-1-2017 10:31 PM
- Membersihkan diri dan bersugi.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ وُضُوءٍ
Maksudnya: “Jikalau tidak mendatangkan kesusahan ke atas umatku nescaya aku menyuruh mereka bersiwak pada setiap kali wudhu’.”
Riwayat al-Bukhari (1934) |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 9-1-2017 10:31 PM
- Jangan solat jika makanan telah tersedia.
Daripada Aisyah, beliau berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
لاَ صَلاَةَ بِحَضْرَةِ الطَّعَامِ وَلاَ وَهُوَ يُدَافِعُهُ الأَخْبَثَانِ
Maksudnya: “Jangan solat ketika makanan (yang hendak dimakannya) sedang tersedia, dan jangan solat dalam keadaan menahan buang air besar dan air kecil.”
Riwayat Muslim (560)
Imam Muslim Rahimahullah ada menulis satu bab dalam Sahihnya berkenaan dengan hukum makruh solat jika makanan telah tersedia dan seseorang itu berkeinginan untuk makan. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 9-1-2017 10:34 PM
- Jangan solat dalam keadaan menahan air besar dan kecil.
لاَ صَلاَةَ بِحَضْرَةِ الطَّعَامِ وَلاَ وَهُوَ يُدَافِعُهُ الأَخْبَثَانِ
Maksudnya: “Jangan solat ketika makanan (yang hendak dimakannya) sedang tersedia, dan jangan solat dalam keadaan menahan buang air besar dan air kecil.”
Riwayat Muslim (560)
Bagi ulama yang berpendapat bahawa khusyuk termasuk dalam kewajiban solat, bererti maksud kata “laa” dalam hadis menunjukkan tidak sah solat dengan menahan kencing. Sedangkan menurut jumhur atau majaoriti ulama bahawa khusyuk adalah sunnah, bukan wajib. Sehingga “laa” yang dimaksud dalam hadis adalah menafikan kesempurnaan solat atau hadis tersebut diertikan “tidak sempurna solat dari orang yang menahan kencing”.
Menurut jumhur ulama, menahan kentut juga hukumnya makruh.
Imam Nawawi berkata: “Menahan kencing dan menahan dari membuang air besar (termasuk kentut) mengakibatkan hati seseorang tidak fokus di dalam solat dan khusyuknya akan terganggu. Menahan qadha hajat seperti itu hukumnya adalah makruh menurut majoriti ulama Syafi’iyah dan juga ulama selainnya. Jika waktu solat masih luas (masih ada waktu yang luas untuk qadha hajat), maka hukumnya adalah makruh.
Namun bila waktunya sempit untuk solat, contohnya jika makan atau bersuci boleh keluar dari waktu solat, maka (walau dalam keadaan menahan kencing), tetap kena solat pada waktunya dan tidak boleh ditangguh lagi.”
Imam Nawawi berkata lagi: “Jika seseorang solat dalam keadaan menahan kencing padahal masih ada waktu yang luas untuk melaksanakan solat setelah buang hajat, solat pada ketika itu hukumnya adalah makruh. Namun, solat tersebut tetaplah sah menurut kami -ulama Syafi’i- dan inilah pendapat jumhur atau majoriti ulama.” Lihat Syarh Shahih Muslim, (5/46)
Al-San’ani berkata: “Perlu diingat bahawa hal ini bukan termasuk bab mendahulukan hak hamba mengatasi hak Allah, tetapi itu termasuk masalah menjaga hak Pencipta, agar tidak termasuk dalam ibadah kepada-Nya dengan keadaan hati yang tidak diterima munajatnya.” Lihat kitab Taisir al-Allam Syarh Umdah al-Ahkam (104-107) oleh Abdullah bin Abdurrahman bin Soleh Ali Bassam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 9-1-2017 10:35 PM
- Memakai pakaian yang bersih dan kemas.
Memakai pakaian yang kemas dan selesa akan memudahkan untuk khusyuk di dalam solat. Ini kerana, terdapat sebahagian orang yang solat tidak khusyuk disebabkan memakai pakaian yang ketat, pakaian yang singkat dan sebagainya.
Firman Allah SWT:
يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ
Maksudnya: Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang).
(Surah al-‘A’raf: 31) |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 9-1-2017 10:37 PM
- Jangan makan dan minum berlebihan ketika hendak solat.
Firman Allah SWT:
يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
Maksudnya: Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.
(Surah al-‘A’raf: 31)
- Solat di tempat yang tiada gangguan.
- Berwudhu’ dengan sempurna.
Wudhu’ dengan sumpurna ialah mengikut cara yang diajar oleh Nabi SAW sama ada yang dalam perkara wajib wudhu’ atau pon sunat wudhu’
- Tidak membazir air ketika berwudhu’
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melintasi Saad yang sedang berwudhu’, lalu Baginda SAW bertanya: “Mengapa engkau berlebih-lebihan seperti ini wahai Saad?” Saad bertanya: “Apakah di dalam wudhu’ juga ada istilah berlebih-lebihan?” Baginda SAW menjawab: “Benar, sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir.” (Riwayat Ahmad) |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 9-1-2017 07:06 AM
Kedua: Ketika Hendak Hampir Solat
- Azan dan iqamah.
- Dilakukan secara berjemaah
- Menghadirkan hati.
- Mengibaratkan sebagai solat yang terakhir atau mengingati mati
- Mengingati kematian dapat membantu seseorang untuk mencapai kekhusyukan di dalam solat. Nabi S.A.W bersabda,
اذْكُرِ المَوتَ فِى صَلَاتِكَ فإنَّ الرَّجُلَ إِذَا ذَكَرَ المَوْتَ فِى صَلَاتِهِ فَحَرِىٌّ أْن يُحْسِنَ صَلَاتَه وَصَلِّ صَلَاةَ رَجُلٍ لَا يَظُنّ أنَّهُ يُصَلِّى صَلَاةً غيرَهَا وَإِيَّاكَ وكلَّ أمرٍ يعتذرُ مِنْهُ
Maksudnya: “Ingatlah kematian dalam solatmu kerana jika seseorang mengingat mati dalam solatnya, maka ia akan mempeelokkan solatnya. Solatlah seperti solat orang yang tidak menyangka bahawa dia masih berkesempatan untuk melakukan solat yang lain. Hati-hatilah dengan perkara yang kelak kamu terpaksa meminta uzur (meralatnya) (kerana tidak mampu memenuhinya).”
Riwayat al-Baihaqi dalam Kitab Al-Zuhd
- Tidak melakukan maksiat ketika sebelum solat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 9-1-2017 07:07 AM
Ketiga: Ketika Dalam Solat.
- Memahami dan menghayati bacaan dalam solat
Di antara cara yang dapat membantu seseorang untuk khusyuk di dalam solatnya adalah dengan meneliti dan menghayati makna-makna bacaan di dalam solatnya. Hal ini kerana, solat adalah saat berdirinya seorang hamba di hadapan Tuhannya. Justeru segala bacaan ayat di dalam solat perlulah difahami dengan baik kerana al-Quran itu sendiri merupakan kalamullah.
Supaya kita tidak menjadi orang yang seperti di dalam ungkapan ini: "Jangan jadi seperti burung kakak tua yang hanya pandai menuturkan kata-kata tetapi tidak tahu apa makna dan maksudnya.” |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 9-1-2017 07:08 AM
- Justeru itu amatlah digalakkan untuk memahami setiap makna ayat-Quran yang dibacakan di dalam solat kerana ia akan lebih menambah kekhusyukkan di dalam solat.
- Memahami fiqh solat dengan sempurna
- Merendahkan dan menghinakan diri di hadapan allah swt
- Mengagungkan allah swt
- Memperbanyakkan sunnah dalam solat sama ada qauli atau fi’li
- Membaca doa yang sunnah dalam solat
- Menghadirkan hati ketika sujud.
- Ini kerana sewaktu sujud merupakan saat paling hampir antara hamba dengan Tuhan-Nya.
- Memohon perlindungan daripada gangguan syaitan
- Tidak memikirkan hal keduniaan
- Mengurangkan pergerakaan tubuh.
- Tidak melihat ke langit.
- Lihat pada tempat sujud dan pada tempat yang mendatangkan kekhusyukkan.
- Lakukan dengan tama’ninah serta tidak tergopoh-gapah
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 9-1-2017 07:08 AM
Di antara cara untuk mendapatkan kekhusyukan di dalam solat adalah dengan melakukannya dengan penuh ketenangan. Perbuatan gopoh-gapah di dalam solat dengan cara melakukannya dengan laju, tidak ada thoma’ninah (ketenangan) di dalam rukuk dan sujud adalah dilarang oleh Nabi S.A.W. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA beliau berkata:
أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم دَخَلَ الْمَسْجِدَ فَدَخَلَ رَجُلٌ فَصَلَّى ثُمَّ جَاءَ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَرَدَّ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم عَلَيْهِ السَّلاَمَ فَقَالَ ‏"‏ ارْجِعْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi S.A.W masuk ke dalam sebuah masjid lalu seorang lelaki juga turut masuk ke dalam masjid tersebut dan dia melakukan solat dua rakaat kemudian dia datang ke arah Nabi dan memberi salam kepada baginda. Maka Rasulullah S.A.W menjawab salam tersebut lalu berkata: Pergilah kamu dan solatlah kembali kerana sesungguhnya kamu masih belum solat.”
Riwayat Al-Bukhari (793) |
|
|
|
|
|
|
| |
|