CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26468|Reply: 91

Suami langsung tak sentuh sejak malam pertama kerana 'bulu' saya panjang

[Copy link]
Post time 26-1-2017 05:24 PM | Show all posts |Read mode


Assalam admin. Saya ada benda nak berkongsi. Tapi macam malu sangat nak cerita kat orang. Harap kalau bagitau kat sini ada lah yang sudi dengar dan beri pendapat tanpa judge saya.





Saya baru berkahwin 6 bulan lepas. Isunya di sini, suami tak nak sentuh saya. Selepas malam pertama kami, dia tak sentuh saya dah. Masa honeymoon pun dia buat tak endah.

Bila saya tanya barulah saya dapat tahu. Rupanya suami geli dengan bulu roma pada badan saya. Katanya dia jijik. Tak sangka ada perempuan yang berbulu lebat macam saya. Saya memang berbulu di seluruh badan. Ya, seluruh badan!

Saya sedih sangat. Saya memang dilahirkan macam ni. Apa saya boleh buat? Bila saya jumpa doktor, doktor cakap saya takde masalah. Saya cuma ada sikit hormon imbalance yang mana hormon testosterone saya lebih sikit dari perempuan biasa. tapi doc kata tak lah sampai tahap teruk atau bahaya sebab dia kata kalau kes teruk perempuan tu memang dah macam lelaki dah - suara agak garau etc etc. Doc kata ini hirsutism tapi yang jadi kat saya ni adalah hirsutism paling minima. Kalau hirsutism teruk ada yang smp boleh jadi mandul tapi doc kata saya tidak. Masih normal dan memang tak ada apa masalah.


Saya terangkan pada suami. Dia kata dia faham tapi dia tetap tak boleh buang rasa jijik tu. Kalau bahagian kaki dan bawah lengan memang takde masalah untuk saya nak cukur ke guna epilator semua. Dan memang saya sentiasa pastikan bahagian yang perlu shave ni saya shave sentiasa. Leceh memang leceh tapi saya anggap semua ni pengorbanan untuk suami. Sayangnya, dia tetap tak pandang pun. Dan dekat bahagian lain macam mana? Belakang badan saya pun berbulu. Walaupun bulu halus lembut dan bukannya kasar bergulung, tetap nampak kat mata. Dan sebabtu suami jijik.

Saya pernah tanya tempat yang ada laser. Katanya boleh buat tapi bayarannya cecah puluhan ribu. Dan hasilnya belum tentu permanent walaupun iklannya kata permanent. Mereka kata kalau bulu banyak sebab hormon, cuma boleh buang je lah. Sebab selagi hormon tak balance memang takkan hilang bulu. Kalau pergi buang selalu entah berapa lagi lah kosnya. Kalau saya berduit memang saya tak kisah. Tapi saya memang takde duit sebanyak tu. Dan sebelum kahwin saya dah resign kerja sebab suami tak bagi kerja. Dan lagi, suami pula hanya tahu complain tapi bila saya cakap dengan dia tentang kos takde pulak dia kata nak tolong bayarkan ke apa.

Saya tak faham perangai dia. Sebelum kahwin dia pernah nampak saya berlengan pendek



dan nampak bulu roma lebat di tangan saya. Tapi dia tak kata apa. Di muka dan leher saya
pun kalau duduk sebelah saya boleh nampak bulu roma halus. Dia nampak je selama ni  
tetap teruskan masuk meminang dan kahwin dengan saya. Kalau jijik kenapa tak dari dulu jijik? Kenapa tiba2 nak jijik? Bila saya persoalkan dia diam je. Tak kata apa.

Maaf kalau terlalu open tapi orang yang dah pernah merasai hubungan intim mesti faham apa rasanya bila disentuh cuma sekali dan seterusnya tak dapat. Dan dengan hormon imbalance saya ni memang saya akui sex drive saya lebih tinggi dari perempuan biasa. Sungguh saya terseksa bila jadi macam ni.
Saya cuba tutup kekurangan yang satu ni dengan cuba untuk jadi isteri terbaik. Masak untuk suami, sediakan makan pakai dia, give up kerjaya untuk jadi suri rumah sepenuh masa supaya boleh kejar syurga dengan melayan suami. Akhirnya hampa. Suami makan pun tak pandang muka saya. Lepas saya salam dia lepas solat atau bila dia pergi dan balik kerja takde pun dia nak cium saya. Jijik sangat agaknya. Saya geram macam mana pun alhamdulillah tak pernah lagi tinggi suara pada dia. Bila saya marah atau sedih dengan kata2 dia yang menghina fizikal saya ni saya sabarkan hati. Berendam air mata sorang2. Takpelah asalkan saya tak berdosa marah atau tengking dia bila saya terasa hati.

Sampai satu tahap saya terfikir, kalau suami nak tinggalkan saya, saya redha. Tapi ada ke lelaki lain yang sudi nak terima orang macam saya ni? Jijik sangat ke bila berbulu
sedangkan Allah yang cipta saya macamni. Sudahlah selama ni memang rendah diri dengan keadaan fizikal saya ni. Bila dah kahwin suami menjauh atas sebab kekurangan yang satu ni, memang membunuh keyakinan diri saya 100%. Rasa terhina sangat.

Dulu saya ada terfikir masalah macamni akan muncul kalau saya kahwin sampai saya takut nak kahwin. Tapi bila suami tunjukkan kesungguhan nak kahwin dengan saya, saya ingat dia tak kisah dengan kekurangan saya ni. Walhal bukannya bulu roma saya ni panjang kasar bergulung macam beruk. Cuma kuantiti lebih banyak dari perempuan lain. Salah saya ke? Tak sangka kerisauan saya jadi realiti. Sedih sungguh rasanya. Saya ingatkan dia sayang saya kerana diri saya. Tapi nampaknya dia lagi kisahkan fizikal saya dari hati saya dan segala apa yang saya telah buat dan korbankan untuk dia.

Saya tak pernah ambil kisah pun tentang betapa tak sempurnanya dia tu. Dia pun muka biasa2 saje. Kalau saya nak kutuk fizikal dia, macam2 saya boleh kutuk. Tapi pd saya semua tu tak perlu sebab saya memang sayangkan dia. Ikhlas cintakan dia. Dalam kebanyakan perkara dia memang calon suami terbaik. Maknanya bila hubungan jadi macamni memang salah saya lah agaknya. Memang berpunca dari kekurangan saya lah.




GAMBAR HIASAN







Dia tak 'dapat' dari saya mungkin dia boleh kahwin lain. Dapatkan dari perempuan lain. Tapi nasib saya ni macam mana? Adake lelaki yang boleh terima perempuan tanpa kisahkan fizikal dia? Saya pun nak ada zuriat sendiri. Nak merasai mengandung dan lahirkan anak sendiri. Tapi kalau dia tak sentuh saya macam mana? Sampaikan saya pernah cakap dengan dia, saya tak kisah saya ni puas atau tak tapi sentuh lah saya sampai dapat anak. Lepastu nak tinggalkan saya ke apa silakan. Kalau saya ni berduit memang saya buat ivf je. Senang. Biar dia tak perlu sentuh saya yang jijik ni.

Yang paling saya risau adalah kalau parents saya tahu tentang ni. Mesti kecewa mereka. Serahkan anak pada lelaki yang mereka sangka dapat sayangi saya dan jaga saya sebaik mana mereka jaga. Tapi rupanya anak mereka ni menderita. Saya tak nak parents saya tahu saya tak bahagia. Tak sanggup nak tengok mereka tempuhi hari tua dlm keadaan yang risaukan saya.

Entahlah. Serabut kepala jadinya. Isunya cuma satu tapi meleret sampai mewujudkan isu lain. Sedih sangat rasanya.

Agaknya kalau bulu ni adalah satu stigma negatif pada lelaki, sanggup ke diorang nak shave setiap 3 hari? Atau sanggup ke diorang nak wax sebulan sekali? Proses buang bulu ni makan masa, kadang2 sakit, penat. Entah lah. Saya tak tahu apa lagi nak buat.

Sumber asal The Hypemedia

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2017 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mintak fasakh je lah. Nafkah batin tak terpenuhi. Sementara tak ada anak
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2017 05:56 PM | Show all posts
boleh jadi janda manis pelamin ( janda masih dara selepas di ceraikan)
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2017 05:59 PM | Show all posts
dah laki macam tu cerai je la..
nak juga terhegeh hegeh tunggu dia berubah wat apa..
kawin nak bahagia ke atau hanya nak ada laki nak ada anak?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2017 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tah,cerai jelah,ramai lagi laki kat luar sana jenis tak kisah,sbb u ckp bknla bulu mcm begulung2 tu pun
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2017 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
I ada kawan pmpuan yg mmg berbulu roma lebat dr lengan betis muka..taktau la kot kat badan sekali tp da kawen elok je ada 2anak..

Pnh jugak knl sorg mamat ni berbulu lebat tapi lg teruk sbb bila teringat je i mesti geli geleman.bulu nye sampai blkg bdn blkg leher ketara sgt pnh nmpak kt gym pkai singlet

So i rase bab2 geli sbb berbulu lebat ni mmg somehow buat kite turn off..tapi klo dr sebelum kawen dah tahu and terima kekurangan pasangan spatutnya selepas kawen tak timbul mslh2 gini..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2017 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2017 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasihannya..anda memang wanita yg mempunyai tahap kesabaran tinggi..kalau cukur satu badan tak boleh ke..pergi spa,minta dia tolong cukurkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2017 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa mcm pernah baca je masalah ni beberapa tahun dulu kat mana ntah..TT org yg sama ke ajukan masalah ni dulu?

Now macam mana keadaan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2017 06:41 PM | Show all posts
sian empunya diri
cerai je lah
ada  je lelaki yg suka pompuan banyak bulu
tangan saya pun berbulu
kaki pun
cuma tak seserius sampai belakang badan

dulu masa blind date
saya pernah jumpa lelaki yg suka pompuan ada bulu
dia kata geram je

so, don't give up!
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2017 06:49 PM | Show all posts
Laaaa pasal bulu je pun!!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2017 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Mati2 aku ingat bulu ketiak dan bulu lain masa mula2 baca tajuk
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2017 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedey nye. Bkn die yg mintak diri die jd mcm tu. Slalu dengar ( and pnh terjumpa ) pempuan bermisai. Siyes, mmg obvious gile. Si minah ni tunduk je ngadap lantai tren. Xtgk kiri kanan. Kesian plak aku. Tp orgnye mmg manis.

Ish berbulu plak aku dgn spesis jantan acah perfekto nih. Ko nk bini kulit licin cam lantai marmar ko invest la gi kasik cantik. Tau komplen je. Merana batin org tu. Hauk btol!
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2017 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
ke lakinye gay
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2017 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengada jer laki mcm tu!X koser tau::
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2017 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Gay kot. Kawin nak cover je. Macam pelik je. Takkan la geli sampai mcm tu. Ramai je pcos berbulu. Elok je hubungan intim.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2017 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
sedihnya baca. bukan kita mintak pun kan nak jadi mcm tu.. huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2017 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki tu la sumethng wrong. Xknla smpi berbulan xsentuh. Bole tahan ke?
Laki n0rmal aku rasa xksh kot. Asal dpt puas. Kalu geli tutup lah lampu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2017 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Suami tu gay kot
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2017 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Gay la tu. Kalau dah si isteri kat sanggup shave bagai utk suami tp msh x disentuh. Kawen utk cover je sbb mmg xde nafsu dgn pompuan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.056158 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list