Edited by seribulan at 2-2-2017 09:58 AM
Lima cara untuk memilih bukuyang baik untuk dibeli dan dibaca Tips untukmemilih buku yang bagus untuk dibaca SANGAT penting diketahui oleh bakalpembeli buku. Mesti kau orang pernah tersilap membeli buku kerana teruja dengantajuk buku yang dipaprkan termasuk kulitnya yang mengancam. (untuk makerting?).Akibatnya, baca separuh jalan, mood membaca ke laut, buku pun berhabuk. Belajardaripada pengalaman, kita perlu berfikirbanyak kali sebelum berniat untuk membeli sesebuah buku. Jombincang 5 tips untuk memilih buku yang baik: - Baca review dari pembaca buku yang ingin dibeli (Seperti review dari orang ternama). Ulasan yang bagus meningkatkan lagi keyakinan pembaca buku untuk membeli buku. Tidak dinafikan review / ulasan adalah satu kaedah marketing yang bagus.
- Mesrakan diri dengan Amazon– Jika ingin beli buku dari luar atau marketnya luas (buku Inggeris), laman web Amazon adalah satu laman web yang reliable yang mana banyak review bagus daripada pembaca buku yang mungkin kita ingin beli. Mungkin berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus review pembaca mengenai buku yang kita ingin beli ada di sana. Tinggal nak baca sahaja review mereka. Jika suka baca buku Inggeris, selalu jadikan Amazon sebagai laman untuk rujuk review daripada pembaca yang terdahulu. Selain itu, di Amazon kita boleh kenal pasti mana satu top selling book. Biasanya kalau dah top selling, maknanya buku tu memang bagus untuk dimiliki dan dibaca.
- Kaji latar belakang penulis buku – Bukan bermaksud kena kaji dari A-Z mengenai penulis sampai makanan apa penulis suka baca pun kita kena tahu. Cukuplah sekadar tahu education atau portfolio yang penulis sudah ada seperti buku buku yang pernah ditulis sebelum ini. Biasanya penulis yang bagus akan dinyatakan dalam halaman prakata buku tersebut atau pada kulit belakangnya.
- Gaya penulisan – Sebelum membeli buku, pastinya anda kena ketahui gaya penulisan penulis, sama ada jenis santai atau skema. Ini ikut taste anda sendiri. Kalau suka jenis santai, cari yang jenis santai yang mana penulis biasanya akan menyelitkan humor dan akan membawa pembaca ke dalam imaginasi penulis. Gaya penulisan santai dapat mengelakkan daripada mengantuk apabila membaca.
- Tengok isi – Isi yang dimaksudkan adalah isi kandungan. Teliti dahulu apakah isi kandungan seperti yang kita inginkan? Kalau ingin buku bergenre hartanah, adakah apa yang kita nak baca isinya ada. Kalau nak buku bergenre self help, adakah apa yang kita ingin belajar ada di dalamnya. Hari ini banyak buku yang isinya lebih kurang sama. Yang mungkin berbeza adalah cara penulis menghuraikan isi tersebut mengikut pemahaman penulis sendiri.
|