View: 5432|Reply: 20
|
Elak Berkahwin Dengan Awek Kaki Melancong
[Copy link]
|
|
Elak Berkahwin Dengan Awek Kaki Melancong
Semakin ramai wanita berkerjaya, semakin tinggi pula keinginan mereka untuk melancong. Terima kasih kepada penerbangan tambang murah seperti AirAsia, wanita begini sudah mula terbuka matanya. Soalnya sekarang, seronokkah berkahwin dengan si dia yang ketagih melancong?
Walaupun kami menggalakkan anda bercuti, berikut adalah 7 sebab mengapa anda perlu mengelak berkahwin dengan awek yang gila melancong.
1. Dia tidak kisah dengan penampilan
Bila dia ke tempat kerja, dia bersolek ala kadar. Di rumah, dia selesa dengan baju kelawar 3 tahun dulu yang koyak di ketiak.
Di jalanan dia sudah biasa berbaju T tidak bergosok dan berseluar jeans lusuh. Rambutnya yang tidak bersikat disembunyikan di sebalik anak tudung.
Kebanyakan wanita sebegini hanya wangi dan cantik di pejabat. Tetapi selekeh di rumah.
2. Dia Tidak Romantik
Mahukan isteri romantik yang tidur di lengan anda sewaktu bersama-sama menonton TV? Elakkan awek kaki melancong.
Rata-ratanya kurang feminin, dan tidak iri hati pun dek kelembutan pelakon Korea. Jika mereka mahukan apa-apa, mereka akan berterus-terang. Tidak pujuk rayu, tiada madah berhelah. Tetapi layanannya kepada anda adalah seperti layanan tokei Cina di kedai hardware.
Jika dia dilanda kesedihan, dia tidak perlukan anda. Dia sudah biasa berdikari. Dan dia tidak perlukan kata-kata manja dan lembut dari anda. Kalau dia keluar rumah dengan kereta tanpa izin anda, jangan terkejut. Si dia sudah biasa mengembara tanpa merujuk sesiapapun.
3. Egonya Melangit
Jika anda mahu suara anda dipatuhi, jangan kahwini perempuan yang suka mengembara. Dia mahu bebas. Dan dia terbiasa membuat keputusan sendiri di jalanan. Bila anda menahan keputusannya, dia akan bermasam muka. Dia sudah biasa membuat keputusan tanpa dihalang oleh apapun, kecuali oleh pegawai imigresen atau jadual keretapi.
Sebelum membuat keputusan dalam soal rumahtangga, anda perlu merujuk kepadanya terlebih dahulu. Bukan apa, dia fikir dia lebih bijak dari anda. Jika dia boleh pulang ke Malaysia setelah hilang passportnya di Poland, apa sangatlah menyelesaikan isu rumahtangga di Taman Tun?
4. Belanja Tinggi
Ya, dia mungkin tidak kisah dengan make-up MAC atau beg Prada. Tetapi jangan pula anda sangka yang anda dapat berjimat.
Jika hadiah ulangtahun pasangan lain cuma beg tangan baru beratus ringgit, bersedia untuk menghabiskan berbelas ribu untuk si kaki travel.
Setahun sebelum ulang tahun, dia akan mengingatkan anda tarikh ulangtahun dan sudah mula membelek buku pelancongan Lonely Planet. Sewaktu anda kusut memikirkan bil yang perlu dibayar, dia pula hanya sibuk merancang aktiviti di destinasi lawatannya kelak.
Dan kalau ramai isteri sudah teruja dengan pakej membeli belah di Langkawi, dia hanya menguap bila anda katakan yang cuti hujung tahun ini destinasinya di Pekan Kuah.
5. Anda Membosankannya
Makan malam di restoran angkasa Menara Kuala Lumpur hebat? Fikir sekali lagi.
Untuk si kaki travel yang sudah membuat terjunan bungee jumping di New Zealand, menawan ombak di pantai Sydney dan menaiki belon panas di Istanbul, tiada apa yang hebatnya dengan makan malam di menara atas bukit.
Jika anda anak bendang yang sudah biasa makan nasi 3 kali sehari, anda akan membuatnya bosan. Lidahnya sudah mengenal roti Perancis, sushi Jepun dan kopi Arabica. Jadi makan nasi lemak sotong di rumah sambil bermain X-Box di hujung minggu memang tidak cocok dengan jiwanya.
Dia suka bebas di luar, bukan dipenjara di rumah.
6. Dia ramai kenalan lelaki
Apabila anda ambil keputusan berkahwin dengan awek kaki melancong, bersedialah untuk membuang rasa cemburu.
Dia mesra dengan semua. Tak kiralah lelaki atau perempuan. Bertahun di jalanan menyebabkannya petah berbicara. Dia juga ada ramai kenalan lelaki yang bersama-sama mengembara dengannya.
Hobinya itu cinta pertamanya. Dan anda cinta keduanya. Jadi jangan halang dia untuk berjumpa atau bercakap dengan sesiapapun tentang cinta pertamanya itu.Jadi pendam sahaja rasa sakit hati anda itu.
7. Bersedia untuk ditinggalkan
Jika syarikat anda jatuh bankrap atau kereta anda rosak sewaktu tarikh kembaranya hampir tiba, nasib anda bakal semakin parah. Dan hati anda bakal patah.
Si dia yang suka travel takkan mengorbankan apa yang telah dirancangnya. Jika anda berkahwin dengan dengannya, bersedialah untuk melepaskan si dia pergi bercuti seorang diri.
Si dia tidak perlukan anda. Dan si dia tidak menunggu sesiapapun.
Baginya anda tidak ubah seperti beg bagasinya sahaja — jika hilang, masih boleh diganti semula. Beg ‘bagasi baru’ yang bakal dicarinya nanti mungkin lebih baik.
Apa kata anda? Beranikah anda kahwini awek si kaki travel?
Sumber : http://www.jomjalan.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Amboi!! Sedapnya mengutuk. Mamat ni mesti jeles psl tak mampu nak travel. Bini dan adik2 aku semua kaki travel. Takde satu pun kat atas tu tersenarai dlm diri derang. Bengkek betul mamat ni dgn wanita yg mampu travel sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
baca je.. percaya jangan.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada peristiwa melancong di bangkok melucukan kaka
kad tertelan bank
hotel terlepas
bosaannnn
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-3-2017 10:57 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Peterpan17 replied at 8-3-2017 10:01 PM
Amboi!! Sedapnya mengutuk. Mamat ni mesti jeles psl tak mampu nak travel. Bini dan adik2 aku semua k ...
Bini aku pun kaki travel sebelum kawin dgn aku. Takdelah pulak mcm tu.
Article ni agak judgemental. |
|
|
|
|
|
|
|
salah ni
saya ada kawan kaki travel, memang dia simpan bajet ketat2 utk melancong
tapi dia lawa paka set mary kay
tapi dia penakut naik lif pun takut
cuma alhamdulillah toklaki dia layan dan tak biarkan dia travel sorang |
|
|
|
|
|
|
|
eh taklah ...fitnah ni semata mata , my colleagues yg belum berkahwin lagi okay je aih...stereotyping yg teruklah ni |
|
|
|
|
|
|
|
da baca semua nya memang Tak betol pemikiran dia ni..kakak dan semua keluarga perempuan saya stylish je..saja nak kena perempuan ni |
|
|
|
|
|
|
|
pernah jumpa sorang pompuan 60an yang lebih selesa ikut budak2 muda 20an travel sebab dia bosan ikut rombongan cik kiah membeli belah. Lebih suka outdoor dan buat macam2 jenis jumping. Kagum tengok peralatan masak mudah alih dia, comel2 macam bekas tuppaware. Husband dia jaga rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
kheeen
bengkek sgt penulis nih kat ummah2 yg kaki travel
nmpk sgt stok2 katak bawah tempurung
bodoh sial penulis artikel tuh...org mengembara sbb nak tgk dunia luar, kenal budaya luar dan semua pengalaman semasa pengembaraan tu la membuatkan kakitravel cepat matang
stakat gucci prada chanel tu sume, hanya menyemakkan rumah jah
bak kata maya karin , 'COLLECTS MOMENTS, NOT THINGS'
|
|
|
|
|
|
|
|
maybe penulis ni geram dengan ex gf dia yg kaki melancong so habis semua gadis yg suka travel dia tuduh mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Oh yeke?
Tak perasan. Kalau dah ada maybe mod boleh mergekan aja.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni lelaki set set janggut sejemput lah ni. Acah acah alim tp sebenarnya budget maharaja dirumah klu ada wife.
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringat bini aku...hujung tahun ni dia dah pesan nak skuba sebelah great white shark kat Ostolia...tahun lepas dia selphie dengan berunag kutub kat Rusia, tahun sebelum tu dia tolong team Jong Crocodile Farm kat Sarawak cuci gigi boya panjang pat depa...
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapalah agaknya yang menulis ni.
Jangan jadikan pengalaman lalu untuk samakan semua orang. |
|
|
|
|
|
|
|
penulis ni sentap semacam jek...
kena reject ngan awek kaki travel ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Typical jantan Melayulah. Tak blh terima orang pompuan yg independent. Dia nak bini yg dok mengadap kow tow sembah ratu dgn dia. Laki ckp apa pun bini tak blh jawab. Iya saja semua.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|