CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16290|Reply: 82

[Falsafah] ...budaya ilmu vs budaya tular...

[Copy link]
Post time 13-3-2017 01:15 PM | Show all posts |Read mode
Pentingnya ilmu

Syarat dan pelengkap kepada kekuatan fizikal sesebuah bangsa dan negara ialah penguasaan ilmu. Ilmu bukan sahaja merangsang kekuatan fizikal namun juga kepada memberi arah dan makna kepada bangsa tersebut.

(Ibnu Khaldun: Muqadimah)

Masyarakat Malaysia kini dikatakan merupakan masyarakat budaya tular dan bukan lagi masyarakat budaya ilmu.

Bagaimanakah cara mewujudkan kembali budaya ilmu?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2017 03:55 PM | Show all posts
saya rasa budaya ilmu ini kena terap dari alam persekolahan.  Memang dari dulu ada, tapi tidak dititikberatkan.  

Idea saya supaya setiap pelajar (secara bergilir2)  diberi ruang masa 5 atau 10 minit untuk mengulas buku-buku yang berbentuk ilmiah atau buku cerita setiap kali perhimpunan pagi diadakan.  Mungkin sebulan sekali boleh diberi hadiah kepada mereka yang dapat memberi ulasan terbaik.  Selain dari menggalakkan pelajar-pelajar ini membaca buku, mereka juga dapat boost their confidence level in front of para pelajar dan guru2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu kan ada program nilam (kalau tak silap namanya). Masa i sekolah menengah dulu ada 1 session ni untuk nilam, so kena pegi liblary. Baca buku dan kena tulis dalam buku nilam tu pasal buku yang kita baca. Sekarang ni macam takde dah rasanya kot

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Honestly I feel kena kembalikan budaya beli buku n baca buku. Masa kecik2 dulu rumah banyak buku. But tengok budak2 Skrg banyak app je kat phone dorang. If dorang takde buku Camana nak baca?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlu2 mmg ada program nilam ni..evry mnth akn ada hadiah utk sape yg pling bnyak baca buku..tak tahu skarang ni still ada lagi or x sbb da lama tggal zman prskolahan..budaya tular ni mnjadi2 sbb skng ni bdak2 kecil semua da pegang smartphone..n msyarakat kite plak sume benda nak ditularkan..hehe..just my opinion

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 10:39 PM | Show all posts
Tanamkan semula minat membaca di kalangan golongan muda.  Seperti contoh,  di pejabat ada ruang membaca utk pekerja/ruang utk buku2 yg pekerja boleh derma kt ofis supaya boleh di baca bersama.  
Ibubapa juga memainkan peranan utk memupuk anak2 supaya rajin membaca.  Jgn dok bagi anak2 main hp yg kita sendiri tak tau maklumat yg mereka dpt betul atau tak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2017 10:03 AM | Show all posts
For me, i rasa ibu bpa kena didik anak dari rumah untuk membaca. contoh ibu bapa boleh belikan anak2 diorg semiggu 1 buku. Tak la anak2 duk pegang phone je tiap2 masa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 10:41 AM | Show all posts
Kita kena mulakan semula budaya membaca buku tak kiralah novel ke majalah ke asalkan baca buku "fizikal" yang disukai. Kalau buku tu anak2 tak suka memang susah dia nak habiskan. Contohnya saya selalu beli buku Geronimo Stilton, Enid Blyton, Wimpy Kid utk anak tapi susah betul dia nak habiskan. Tapi lately saya benarkan anak saya pilih sendiri dan dia pilih novel2 dari penulis remaja Ain Maisarah (The wannababes series) dan cepat je dia boleh habiskan.
Sebenarnya saya sekeluarga baru mula balik budaya membaca ni tahun ni. Apa yg kami buat ialah waktu weekend yang free kami akan start dengan pergi ke MPH dan setiap sorang dibenarkan pilih satu novel. Kemudian kami akan lepak di suatu tempat untuk mula baca novel tu.. biasanya ke Starbucks. Then akan continue baca novel bila ada kelapangan sepanjang minggu hingga habis. Untuk anak2 biasanya saya benarkan dorang bawak ke sekolah dan baca time rehar/free. Sebelum tidur pun saya biasakan anak saya sambung baca novel dia dalam 15 minit sambil baring. Saya yakin bila budaya membaca dah diterapkan dengan sendirinya kita akan suka membaca bahan2 ilmiah yg lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2017 03:25 PM | Show all posts
Untuk memupuk budaya ilmu bukan sahaja melalui pembacaan atau mengumpul maklumat dengan fakta. Yang penting adalah apa yang difahami dan kesedaran yang dirasai dengan hati seseorang itu, supaya ilmu yang diperolehi dpt memberi manfaat pd diri selain mampu utk dijadikan pelita yg menerangi kehidupan seseorang. Sebab itu ada pepatah mengatakan "ilmu itu pelita hidup".

Lihat di sekeliling kita..ramai sahaja pemegang2 ijazah..malah tidak kalah juga yg tinggi dlm pengajian ISLAM tetapi tdk membawa hidayah dan kejln yg lurus sedangkan kita memandang mereka2 ini sebagai ilmuwan (sorg yg berilmu) tetapi pd hakikatnya mereka juga tidak lebih sebagai pengumpul maklumat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 03:39 PM | Show all posts
Saya suka topik perbincangan mengenai budaya ilmu ini. Pada zaman serba moden kini, masih ada perbezaan pendapat dan kekeliruan sesama kita tentang kepentingan budaya ilmu dan peranannya dalam kehidupan harian.

Ilmu perlu didahulukan dengan amal, kerana ilmu merupakan petunjuk dan pemberi arah terhadap amalan yang akan kita lakukan.

Jangan MALAS, orang malas memang selalu rugi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 04:11 PM | Show all posts
Pengalaman saya semasa menyemaikan budaya membaca kepada anak-anak saya ialah semasa umur dalam 2 ke 3 tahun tu kita ajar alphabet.  Bila mereka dah mula mengenali alphabet, saya beli pula buku yang mengajar 2 suku kata dan buku bahasa inggeris yang tulisan besar-besar.  Setiap malam sebelum tidur memang saya membaca bersama mereka.  Bila mereka dah mulai pandai membaca, saya rajin bawa ke kedai buku.  Boleh dikatakan setiap minggu saya pergi dan spend about rm50 untuk beli buku.  Masa tu lebih kurang 23 tahun yang lepas.  Genre buku tu tak kisah, ada komik, ada fiksyen dan macam2 lagi.  

Sehingga sekarang walaupun mereka hidup dengan budaya internet dan sebagainya, buku cerita masih lagi menjadi pilihan mereka.  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2017 11:52 AM | Show all posts
sorry smod tak kena sangat dengan topic, just nak share pasal tular menular ni.

kebetulan semalam SKMM melancarkan laman sesawang http://sebenarnya.my/ ... taglinenya TIDAK PASTI JANGAN KONGSI.

jadi, hopefully ramai yang manfaatkan laman sesawang sebenarnya.my ni. dalam apa-apa keadaan pun cuba periksa info yang kita dapat tu betul atau tidak.

Portal SEBENARNYA.MY kekang penularan berita palsu dalam talian

CYBERJAYA: Portal SEBENARNYA.MY, sebuah pusat sehenti yang dibangunkan bagi mengekang penularan berita-berita palsu dalam talian, membolehkan masyarakat menyemak kesahihan maklumat yang diterima.

Portal dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan itu dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini.

Menurut kenyataan SKMM, portal itu dibangunkan berikutan penularan berita palsu yang makin meruncing pada ketika ini dengan peningkatan jumlah pengguna internet khususnya media sosial.

Penularan berita palsu itu dilihat memberi kesan yang serius ke atas keharmonian dan keselamatan rakyat.

"Berbanding dengan portal berita lain di Malaysia, portal SEBENARNYA.MY memberi fokus kepada maklumat dan pengesahan berita palsu. Kandungan yang dimuat naik adalah berita yang melibatkan kepentingan awam dan negara," kata SKMM.

Menurut SKMM, pihaknya akan mendapatkan pengesahan daripada agensi-agensui yang terlibat atau menyemak sebarang maklumat rasmi yang ada bagi mendapatkan maklumat yang terkini, tepat dan sahih.

"Kita akan bekerjasama dengan semua pihak khususnya daripada agensi kerajaan, dan daripada pengamal media yang berkredibiliti, bagi menepis berita palsu yang tersebar.

"Portal ini hanya memberi fokus kepada berita berkaitan Malaysia sahaja, yang melibatkan kepentingan awam dan negara dan tidak akan memuat naik semua berita yang ditularkan," kata SKMM.

Sepanjang tahun lepas, sebanyak 4,333 aduan berkaitan penyalahgunaan media baharu diterima oleh SKMM, dan daripada jumlah itu, sebanyak 36 aduan adalah berkenaan penyebaran berita palsu.

Dalam pada itu, SKMM berkata pihaknya akan mewujudkan SEBENARNYA.MY di Facebook dalam menyebarluaskan kesedaran mengenai berita palsu kepada orang ramai.

"Orang perseorangan atau mana-mana pihak tidak boleh melaporkan kes berita palsu yang bersifat peribadi atau persendirian. Namun, individu tersebut boleh membuat aduan mengenai penyalahgunaan media baharu di Biro Aduan SKMM," katanya.

Sebarang aduan boleh dibuat menerusi ruang 'Laporkan Pada Kami' di portal SEBENARNYA.MY di talian aduan: 1800-188-303 atau whatsapp kepada 016-2206262 atau emel ke [email protected]

-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2017 04:32 PM | Show all posts

Kamus Dewan (2000) mendefinisikan ’budaya’ sebagai tamadun , peradaban , kemajuan fikiran , akal budi , cara berfikir atau cara berkelakuan .

Wikipedia Indonesia pula menyatakan bahawa perkataan ’budaya’ sebenarnya berasal dari bahasa Sanskrit yang bermakna hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia , atau sebuah sistem pengetahuan yang meliputi sistem idea manusia yang mana idea tersebut diamalkannya sehari-hari .

Perkataan  ’ilmu’ pula memiliki definisi yang sangat luas dan susah untuk didefinisikan . Syed Muhammad Naquib al-Attas berpendapat bahawa ilmu itu sendiri sebenarnya tidak bersifat neutral , budaya yang berbeza memiliki konsep yang juga berbeza mengenai ilmu walaupun ada persamaan mengenainya . Terdapat perbezaan yang ketara dan tidak seiring mengenai konsep ilmu di antara budaya Islam dan juga Barat . (Wan Mohd. Nor, 1998)

Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya ’Ulum al-Din mendefinisikankan ’ilmu’ itu kepada daya membuat generalisasi , konsepsi terhadap idea-idea yang abstrak dan keupayaan memperoleh kebenaran intelektual . (Hamid Fahmy Zarkasyi , 1990)

Maka ’budaya ilmu’ yakni apabila kedua-dua konsep budaya dan ilmu digabungkan boleh diertikan sebagai segala aktiviti keilmuan yang dilaksanakan oleh setiap anggota masyarakat dan diterima sebagai nilaitara utama dalam amalan mereka . (Mok Soon Sang , 2000)


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2017 04:36 PM | Show all posts
CABARAN BUDAYA ILMU MASA KINI

Terdapat banyak cabaran yang perlu ditangani agar hasrat untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berbudaya ilmu pada zaman sekarang . Diantaranya ialah ;

Salahtanggap masyarakat terhadap ilmu
Masyarakat melayu silam melihat ”ilmu” dan usaha kearahnya itu hanya sebagai memenuhi kepada keperluan peribadatan sahaja . Contohnya mempelajari ilmu astronomi hanya untuk memastikan waktu-waktu solat atau ketibaan bulan-bulan penting sahaja . Ilmu matematik hanya khusus untuk mengira fidyah , zakat atau pembahagian harta pusaka (Wan Mohd. Nor Wan Daud,1997).
Masyarakat pada hari pula melihat aspek pendidikan sebagai syarat untuk lulus peperiksaan sekaligus sebagai tiket untuk mendapatkan pekerjaan yang lumayan , kurikulum yang tersedia juga kurang memberi peluang untuk para pelajar untuk berfikir secara aktif , ilmu itu juga telah disempitkan melalui pengkhususan dan pengelasan , ilmu tidak dapat kaitkan dengan iman dan amal serta terpinggirnya kesan ilmu terhadap aspek akhlak . (Dr. Tajul Ariffin Nordin dan Dr. Nor’Aini Dan,2002) Oleh itu , set minda masyarakat yang sempit yang berkemungkinan diakibatkan oleh pelbagai aspek seperti pengaruh sekularisme atau dualisme yang diperkenalkan oleh pentadbiran kolonial silam misalnya perlulah diubah melalui pendidikan Islam agar konsep ilmu yang luas dapat memberi impak yang sempurna kepada masyarakat .

Pengaruh berlebihan budaya korporat dan penswastaan terhadap ilmu dan sistem pendidikan. (Dr. Tajul Ariffin Nordin dan Dr. Nor’Aini Dan,2002)
Apabila manusia hanya asyik memikirkan keuntungan material sahaja dengan cara memperniagakan kegiatan intelektual secara komersial secara tidak langsung akan menyebabkan terpinggirnya budaya ilmu itu sendiri kerana ia sudah tidak lagi diasaskan oleh konsep ibadah dan keikhlasan

Tiada wujudnya kesinambungan usaha intelektual di alam karier .(Prof. Dr. Azyumardi,1999) . Usaha membuat kajian dan penyelidikan (research and development) di dalam sektor kerajaan serta swasta sebenarnya memberikan impak besar terhadap kemajuan negara . Tanpa adanya dapatan daripada penyelidikan dan kajian yang berterusan , produktiviti yang dikecapi hanyalah bersifat minima sahaja .
Institusi informal dan non-formal dalam masyarakat yang pincang .
Perkara ini dapat dilihat melalui kurangnya peranan ibu bapa yakni kekeluargaan di dalam budaya ilmu (M.Wasiullah Khan,1989)

Realiti zaman sekarang menyaksikan para ibu bapa kurang berperanan sebagai ejen sosialisasi dan role model penting kepada keluarga mereka . Hal ini sama sekali berbeza dengan masyarakat zaman silam yang tidak begitu terdedah dengan pengaruh negatif dari budaya luar kerana utuhnya sistem kekeluargaan yang rapat walaupun para ibu bapa selalunya tiada berpendidikan tinggi .

Kurangnya imbalan atau insentif pihak kerajaan kepada para ilmuan dan kegiatan intelektual .
Ibn Khaldun di dalam kitab Muqaddimahnya ada menceritakan tentang kepesatan dan kemajuan ilmiah yang dicapai oleh wilayah Islam semasa pemerintahan amir-amir Turki dimana sekolah-sekolah (zawiyah) dan wakaf-wakaf banyak didirikan sebagai industri pelaburan di mana keuntungan yang diperolehi akan digunakan sebagai upah dan insentif serta motivasi bagi para pendidik dan pelajar .

Kurangnya usaha mempublisitikan ilmu , tokoh keilmuan dan karya intelektual kepada masyarakat (Wan Mohd. Nor Wan Daud,1997) yang disebabkan oleh pendedahan berlebihan terhadap dunia hiburan dan sukan melalui media massa serta gadget elektronik .


Khazanah karya intelektual yang dilupakan .
Usaha mengkaji dan menyelidik karya-karya intelektual tokoh-tokoh keilmuan zaman silam perlulah dijalankan , diperkembangkan dan didedahkan kepada pelbagai lapisan masyarakat dari masa ke semasa agar segala pengajaran , nilai tujuan , kandungan dan kejayaan atau kegagalan para tokoh ilmuan tersebut dapat dimanfaatkan secara hormat-kritis (Wan Mohd. Nor Wan Daud,1997)  .

Berbalik kepada tema , konsep dan budaya ilmu ; apakah yang akan terjadi sekiranya masyarakat kita tidak berbudaya ilmu? Masyarakat yang tidak berbudaya ilmu pastinya akan berbudaya jahil atau bebal , bukan kerana ketiadaan maklumat atau fakta yang betul tetapi kerana rendahnya sifat rohaniah dan degil walaupun mempunyai maklumat yang betul dan cukup . (Wan Mohd. Nor Wan Daud,1997).
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 12:46 PM | Show all posts
Edited by miss.emy at 10-4-2017 12:47 PM

"Maksud budaya ilmu ialah wujud satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri samada secara langsung mahupun tidak langsung dalam kegiatan keilmuan bagi setiap kesempatan. Budaya ilmu juga merujuk kepada kewujudan satu keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap individu, apatah lagi di peringkat masyarakat diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan samada melalui pengkajian mahupun syura. "
-(Prof Madya Dr Wan Mohd Nor Wan Daud: Penjelasan Budaya Ilmu)

Pada pendapat i, didikan untuk menyemai budaya  ilmu harus bermula dari rumah. dari ibubapa itu sendiri.dan asas utama untuk membina masyarakat berilmu semestinya ialah MEMBACA

Untuk ibubapa yang sezaman dengan i nih, pesanan untuk anda dan juga i sendiri:

1. Jangan jadikan smart phones/tab sebagai pacifier. sebab i anggap ini adalah ibubapa yang malas. (maaf jika ayat i menyinggung sesiapa, sebab i tak buat benda ni). bile nak makan, disuapkan anak dengan tab supaya senyap. bila anak menangis, di pasang kan video cartoon di tab untuk menghentikan tangisan. kenapa bukan kita sendiri yang jadi pacifier tersebut?

tanpa smart phones/tab, ada buku 3D yang boleh berinteraksi dengan anak, yang boleh bertindakbalas dan mengeluarkan bunyi untuk berinteraksi dengan anak. pada pendapat i ini adalah lebih bagus dari phones/tab.

2. Cari masa untuk bawa anak2 ke perpustakaan awam. perpustakaan sekarang dah banyak buat aktiviti dengan kanak2/ remaja. dok situ pi baca buku. lepas baca buku, pi isi NILAM - mana tau terpilih jadi student yang paling banyak membaca...kan ke best tu.

3. wujudkan perpustakaan mini di rumah. tak semestinya kene ada satu bilik khas sebagai bilik bacaan (kalau ada lagiii bagus), cukup sekadar ada ruang untuk membaca yang selesa. kerusi yang selesa. pengcahayaan yang bagus. pengudaraan yang bagus. confirmm tak gerak dari situ dok baca buku sampai habis.

4. bawak anak2 pergi karnival buku. banyak sangat buku murah2 kat karnival nih. buy 1 free 1. buy 1-  2nd at 50%. macam2 jenis discount ada. tapi jangan beli semata2 sebab murah saja. tengok juga content supaya bersesuaian dengan anak2 untuk memupuk dan meneruskan minat membaca mereka.

5. yang paling penting, kita sebagai ibubapa nih mesti membaca dulu. anak tengok kita selalu membaca, mereka pun mesti teruja nak tau kenapaaala best sangat membaca nih kan. memang best pun.

ibubapa/bakal ibubapa sezaman i sekalian, ingatlah bahawa membaca ialah jambatan ilmu. membaca menambahkan pengetahuan kita. membaca membebaskan penjajahan dalam fikiran kita. membaca mambantu kita membina dan menjana minda yang lebih cemerlang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Leeanne88 replied at 13-3-2017 04:32 PM
Dulu kan ada program nilam (kalau tak silap namanya). Masa i sekolah menengah dulu ada 1 session ni  ...

Masih ada lg program nilam...tp pelajar tak minat membaca & tak minat tulis report tu. Pljr sekarang prefer facebook to books.  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2017 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada sy ibu bapa kena main peranan...jgn suap anak dgn ipad, smartfon & tv utk isi masa. Cuba bawa anak ke kedai buku n biar dorg pilih buku yg dorg suka...klu buku yg dorg x minat pun x guna jugak..hanya menguatkan pandangan yg buku tu membosankan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2017 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Parents zaman skrg nak bagi anak bergaul dgn org lain tak nak pastu disua pulak handphone ipad segala. Dah main ipad tu hadap game jela.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 01:15 AM | Show all posts
Setuju sangat. Betul kena mulakan balik budaya membaca dan hendaklah bermula dari rumah. Zaman kita dulu segala buku cerita detektif, cerita2 dongeng , sirah nabi semua pakat baca. Kalau pergi mana-mana rumah mesti ada je rak buku cerita.
Skrg rak buku cerita x ada sangat..lps tu termakan pujuk raya seller, beli buku grolier. Tersusun cantik dkt rak jd hiasan je (koda pun sama)




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
jika nak wujudkan budaya ilmu,ibu bapa perlu mainkan peranan membentuk serta menanam sifat cintakan buku dlm diri anak-anak sejak Dr kecil lg...jgn ajar anak2 bermain dgn gajet bila ada ms lapang sebaliknya ajar anak2 membaca buku...galakan anak2 memilih sendiri buku yg ingin dibaca...in Shaa Allah,hasrat untuk wujudkan masyarakat yg cintakan ilmu dpt diwujudkan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.632783 second(s), 53 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list