Edited by skankin7en at 15-4-2017 06:56 PM
Mungkin isu ini agak sensitif. Mungkin juga memalukan. Mungkin ramai menderita. Mungkin perlukan buah fikiran.
---
Dah lama i tak contact teman saya yang satu ini. Dulu kami bff dari zaman matrikulasi tetapi sejak dia kahwin kami dah jarang berhubung. Almaklum komitmen sebagai isteri,semestinya suami menjadi keutamaan dan yang lain-lain sudah menjadi kedua dan ketiga. Satu hari tiba-tiba dia Whatsapp mahu berjumpa, pelik tapi i gembira sebab rindu lama tak jumpa. Rupa-rupanya dia dah bercerai.
Siapa perempuan yang merosakkan rumahtangga you? Air mata dia terus berderai laju dan dalam nadatersekat-sekat dia menjawab, “He had an affair with a guy…” YaTuhan, nak tersembur air yang i sedut waktu tu. I have no words to describe her feeling.
Jujurnya ni bukan pertama kali i dengar kisah macam ni. Ya benar, jika ada pihak ketiga dalam rumahtangga ia amat mengecewakan waima pasangan sudah bersumpah untuk tidak mengulangi lagi. Luka itu akan masih terkesan di relung jiwa. Tetapi bagaimana pula jika suami bermain kayu tiga dengan lelaki lain, apakah rasanya? Luluh jiwa dan raga, menangis sampai air mata kering pun rasa sakit masih mencengkam di hati. Mahu bertanding macam mana lagi? Mahu cantik? Mahu kuruskan badan? Tidak. Dia tidak terpikat pada kecantikan atau keseksian wanita. Itu semua bukan menjadi tagihannya. Nafsunya mendambakan jantina sejenis dia. What would you do when your man loves another man?
|