CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1435|Reply: 4

Iklan Besarkan Payudara - Nizam Rahman

[Copy link]
Post time 20-4-2017 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Edited by NormanJB at 20-4-2017 11:09 AM

KUALA LUMPUR: Selebriti laman sosial, Nizam Rahman semalam menjelaskan beliau ‘tidak kisah’ dikecam, dihina atau digelar sebagai ‘bapuk’ oleh segelintir pengguna media sosial gara-gara rakaman video iklan produk untuk besarkan payudara yang didakwa mempersendakan maruah kaum wanita.

Sebaliknya, Nizam, yang popular dengan koleksi video parodi berkata, beliau kesal dengan sikap individu-individu tertentu yang begitu cepat menjatuhkan hukum dan menghemburkan kata-kata kesat terhadapnya meskipun golongan itu berperwatakan seperti ‘ustaz’ dan ‘ustazah’.

"Seperti mana video yang tengah viral, aku peliklah kenapa yang kecam, komen, yang pakai tudung labuh, yang acah-acah ustazah/ustaz komen, orang macam itu sebenarnya pu**mak.

“Kalau aku cakap memang kau marah. Yang tudung-tudung labuh itu yang nak komen ala-ala ustazah, bu**h. Kau jangan nak feeling (perasan) kau ustazah, tak payah feeling kau masuk syurga,” katanya dalam rakaman Facebook video live.


Jelas Nizam, kecaman yang dilemparkan oleh individu yang disifatkan olehnya sebagai alim membuatkan dia hilang hormat kepada golongan tersebut

“Kalau korang jadi Nizam, Nizam tak kisah kalau korang nak komen cara baik. Masalahnya yang komen atau PM (private message) Nizam, 'wei bapok! kau ubah-ubahlah jadi lelaki'. Ya Allah, sampai Nizam hilang respect (hormat) dah pada orang tudung-tudung labuh ini. Orang yang macam itu yang banyak kutuk Nizam.

"Bila aku buat video B-Confident itu, hmm kutuk bukan main. 'Apalah video memalukan wanita', kau cakap aku memalukan wanita? Nasib baik aku yang buat, kalau perempuan yang buat, kau rasa apa jadi?,” kata Nizam mempertahankan tindakannya menghasilkan iklan video produk tersebut.

Pada 13 April lalu, Nizam memuat naik sebuah video berdurasi dua minit memaparkan aksi seksinya melakonkan watak daripada seorang wanita yang memiliki saiz payudara yang kecil berubah kepada wanita yang mempunyai ‘aset’ yang besar selepas menggunakan satu produk penjagaan diri.

Bagaimanapun, aksi ala-ala ghairah dengan menonjolkan saiz ‘payudaranya’ yang besar itu ketika mencuci kereta menerima kecaman netizen kerana didakwa menghina golongan wanita.

Tambah Nizam, sekiranya orang ramai mahu melihat dia berubah ke arah yang lebih baik, tindakan yang betul adalah mendoakannya, dan bukannya memaki-hamun.

"Kalau kau alim, kau pergi solat dan doakan Nizam. Bukan kau nak kutuk aku, 'hei, ubahlah. Tuhan laknat kau menyerupai wanita'. Kau tau tak, kau cakap-cakap laknat, kau siapa? Kau bukan tuhan. Hanya tuhan saja yang boleh melaknatkan kaum-kaum Dia.

“Kau kutuk aku, kau dapat apa? Aku dah dapat ijazah dah esok (semalam). Anggaplah benda (video) itu macam lawak. Kalau mindset kau anggap benda itu kotor, kotorlah jadinya. Kalau mindset kau lawak, anggap itu sebagai lawak. Dah, senang cerita.

Foto: Facebook

"Nizam tak kacau orang pun, Nizam buat video untuk korang happy, that's all (Itu saja). Kalau tak suka, tak payah share (kongsi),” katanya.

Sumber - MD





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2017 11:15 AM | Show all posts
whateverla...janji nizam happy, tido jap
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2017 12:02 PM | Show all posts
haha, macam haram
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2017 04:20 PM | Show all posts
bebudak sekarang takleh ditegur..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2017 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ermmm.srperti biasa, bodonye statement :zz
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.040286 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list