Aksi ‘twerk’ atau tarian seksi seorang wanita yang membuat gerakan pinggul di tepi jalan memberi malang kepada pengguna jalan raya lain apabila seorang penunggang motorsikal terlibat dalam kemalangan dipercayai ‘terganggu’ dengan tariannya.
Memetik portal Mail Online, kejadian berlaku di tepi sebatang jalan di Ukraine, Rusia ketika wanita itu melakukan tarian ghairah dan menggoda, sementara rakam wanita berkenaan merakam aksi tersebut.
Video yang dimuat naik di laman sosial Youtube pada 17 April lalu menunjukkan wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai Masha dilihat membuat tarian ‘twerk’ dengan menonjolkan gerakan pinggul dan beberapa aksi seksi lain dan ia dirakam oleh rakannya.
Masha dilihat begitu bersemangat mempamerkan aksi tarian menggodanya di tepi jalan tanpa menghiraukan kenderaan yang melalui kawasan itu.
Kemudian, kedengaran bunyi motorsikal yang ditunggang mangsa melalui tempat Masha melakukan aksi ‘twerk’, lalu Masha dilihat semakin ‘galak’ menari dan kelihatan bersorak ke arah penunggang motorsikal tersebut menyebabkan mangsa memandangkan ke arahnya sebelum melanggar sebuah kereta jenis BMW dari arah bertentangan.
Rempuhan kuat antara motorsikal dan kereta tersebut menyebabkan mangsa terpelanting dan tercampak ke tanah.
Dalam keadaan panik, Masha mula meraung selepas melihat nasib menimpa penunggang motorsikal terbabit, manakala rakannya kedengaran menjerit pada dia meminta supaya menghubungi ambulans.
“Masha – Kamu bodoh? Hubungi ambulans,” kata wanita itu. Wanita itu dilihat cuba untuk melarikan diri dari tempat kejadian sebelum menghampiri penunggang motorsikal berkenaan untuk melihat keadaan mangsa dengan lebih dekat.
Salah seorang daripada gadis itu boleh didengar berkata, “Kita menari dengan sia-sia”, sebelum klip video tersebut berakhir.
Difahamkan lelaki itu terselamat, namun mengalami kecederaan pada bahagian pinggul.
|