CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 17222|Reply: 42

Acik2 kepam,,Kalau Kau Ke Port Dickson, Elakkan Tinggal Di Kondo Tepi Laut Ini

[Copy link]
Post time 11-5-2017 10:54 AM | Show all posts |Read mode


Aku Hairi, berumur 25 tahun. Kejadian ini terjadi tahun lepas.


Aku mengajak seorang rakanku untuk pergi ke Port Dickson untuk bercuti. Aku berdua sahaja. Yelah dah habis exam kat U. Konon nak relakskan minda.



Dari KL kami menyewa kereta Myvi. Dan Lepas sahaja Zohor kami bertolak ke PD. Tanpa persediaan nak menginap di mana. Kami main terjah sahaja.


Sampai di PD petang tu, tak tahu nak menginap di mana. Barulah kami sibuk google nak menginap di mana. Satu-satu tempat kami pergi, semuanya penuh.


Ada hotel yang kosong, tapi rate sangatlah tinggi. Tak mampu kami nak bayar. Hinggalah sampai ke satu hotel yang terletak di tepi jalan je. Kami pun masuk tanya sama ada ada bilik kosong tak. Akak di dalam office tu menyambut kami dengan senyuman. Katanya, nak cek dulu ada ke tak kosong.


Dalam 5 minit menunggu, kakak tu bagitahu yang semua bilik dah full.


“Bilik dah full la dik”
“La ye ke kak. Kami dah pergi hampir seluruh kawasan penginapan kat PD ni macam semua full je.
“yelah dik, datang masa cuti memang selalu macam ni”
“Oo, tak pe lah kak kalau macam tu”

“eh, tapi akak ada kawan yang ada buat pakej penginapan ni, tapi bukan hotel la. Kondo”

Dipendekkan cerita, kami terpaksa mengambil sahaja tawaran akak tadi. Dia tunjukkan peta dan kami sampai ke kondo tersebut.

Dari jalan utama, masuk ke simpang dan turun sikit bukit. Nampaklah kondo tersebut. Waktu tu dah maghrib.


Sampai di sana, kami berjumpa seorang apek katanya kawan akak tadi. Serius, kondo memang nampak usang. kat basement parking, walaupun banyak kereta parking. tetap menyeramkan. Ada juga beberapa kereta nampak dah berhabuk seperti lama terbiar di sana.

Naik lif, sampai ke tingkat yang kami sewa. Bilik jauh sedikit dari lif.Sepanjang perjalanan ke bilik tu, aku cuba melihat pintu-pintu bilik yang lain kot-kot ada yang tinggal. Nampak macam tak ada orang langsung.


Selesai apek tu tunjukkan bilik, kami pun berehat la kejap. Dari beranda rumah tu boleh nampak laut yang luas terbentang. Memang cantik view kondo tu. Dan juga nampak kolam renang. Aku konon beriala ajak kawan tadi untuk tengok kolam tu lepas ni.


Sekitar pukul 7.30 malam. Aku dan kawan tadi cuba turun ke tingkat di mana ada kolam tadi.Nak tengok kolam yang kami nak mandi esok kan. Sebab memang nak turun cari makanan.


Lif berhenti di tingkat ada kolam tadi. Bila pintu life terbuka je, gelap gelita. Cuma diterangi cahaya samar-samar dari lubang-lubang yang terdapat di sekitar bangunan tu. Kami pun tengok la kolam tu dan langsung tak ada lampu. Dengan keluasan macam tu, terasa macam memang bangunan kondo tu terbiar.


Dari kolam tu, aku dongak atas tengok kalau ada orang menginap. Aku cuma nampak ada 2,3 bilik yang berlampu.

Sebab dah rasa seram, kami pun tak jadi nak ronda-ronda kolam. Jadi kami nak turun ke bawah sebab nak beli makanan.


Aku cuba tekan butang lif turun. Tak ada respon. Lama tunggu. Takkanlah lif rosak.Tadi masa turun ok je. Nampaknya tak ada pilihan lain, kami kena turun mmelalui tangga.


Bila aku buka pintu tangga. Ya Allah, gelap gelita. Langsung tak nampak apa. Bila aku on kan lampu hp, nak tengok keadaan tangga tu. Terkejut aku sampah berselerak kiri kanan tangga.


Dahlah nak kena turun tangga gelap, dengan keadaan macam tu. kang ada apa-apa sembunyi kat tangga tu. Tak nampak langsung. Kami tak ada pilihan langsung, nampaknya kena turun tangga juga. Kawan aku berjalan dahulu. Aku di belakang.


Dengan keadaan takut, kami berjalan turun, tiba-tiba terasa ada tangan menyetuh bahu kananku. Aku dah tak tahu nak buat apa. Apa yang terfikir hanya nak cabut lari. Aku dengan cemas lari sekuat hati. Kawan yang di depan tadi pun ikut cabut.


Sampai di basement, cepat-cepat kami naik kereta nak keluar dari kawasan kondo tersebut.


Semasa turun lari tadi, mata aku sempat menangkap kelibat seperti perempuan berpakaian putih berada di kiriku.

Di luar kondo kami mencari makanan untuk mengisi perut . Selesai makan, jam dah pukul 9 malam.


Aku ajak member tadi balik, tapi dia takut. Aku tak payah nak cakaplah, memang lagi takut.


Ikutkan hati, nak je kitorang blah malam tu juga. Tapi barang-barang masih tinggal kat atas. Nak tak nak kena naik balik ambil.

Sebab kami berdua dah takut nak pergi sana. Kami ambil keputusan untuk tidur sahaja dalam kereta.


Bila dah berada dalam kereta tu,aku cuba google pengalaman penyewa lain yang menginap. Memang kebanyakkanya pernah alami kisah mistik di sana. Ada yang cerita tempat tu ada kes perempuan bunuh diri.


Kisah aku ni rasanya tak cukup mistik berbanding dengan yang orang lain alami. Tapi bila dah baca tu, menguatkan lagi perasaan takut kami untuk bermalam di sana malam itu.


Akhirnya, duit burn macam tu je. Tanpa kami dapat tidur pun di sana.


Keesokan harinya, pukul 8 pagi, kami kembali ke kondo mengambil barang. Alangah terkejutnya kami bila lihat keadaan dalam rumah tu seperti ada yang tinggal semalam. dengan cadar dan bantal berselerak sana sini. padahal kami tak sempat tidur pun.


Kami dah ketakutan, cepat-cepat ambil barang call apek tu untuk kembalikan kunci, dia suruh letak je atas meja.


Pagi tu juga kami kembali ke KL dengan perasaan takut. Pengajaran yang aku dapat, kalau nak menginap mana-mana cek dulu background tempat tu.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2017 11:48 AM | Show all posts
Aku pernah stay ade course @thistle pd

Baru je check in letak beg tetiba air terbuka sendiri

bula roma tetiba meremang then ape lg blum sempat

baring ke ape aku & roomate angkut beg trus

cak alip bot..kursus2 pun tak jd attend

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 12:08 PM | Show all posts
huhu...

mmg kena check backgrond segala

tambah2 kalu ada anak2 kecik.. kalu qeyau malam2 tu... ada la tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 12:09 PM | Show all posts
Satu benda klise psl citer seram ni kan, mesti puncanya konon org bunuh diri or perempuan mati bersalin
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 12:13 PM | Show all posts
Salah board dah ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 12:24 PM | Show all posts
yg akutak tahan tu, kenapa asal citer hantu je dikaitkan dgn pompuan....ape lelaki tak de yg jadi hantu ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2017 12:28 PM | Show all posts
krustykrab replied at 11-5-2017 12:24 PM
yg akutak tahan tu, kenapa asal citer hantu je dikaitkan dgn pompuan....ape lelaki tak de yg jadi ha ...

agaknya kalau hantu lelaki pun terus bertukar rambut panjang mengurai. kalau tak mengurai kurang sikit scenario seram tu kannn
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 11-5-2017 12:24 PM
yg akutak tahan tu, kenapa asal citer hantu je dikaitkan dgn pompuan....ape lelaki tak de yg jadi ha ...

Hahaha tulah. sbb pempuan je kot rambut panjang? Hantu laki rambut pendek siap pakai pomade nnt jd macho tak seram mcm hantu langsuir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2017 12:42 PM | Show all posts
Itu macam ka
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 12:43 PM | Show all posts
aku kena kat ancasa resort... ala2 apartmen jgk tempat tu..memang celaka sebab benda tu ngikut sampai balik rumah...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg kalo apartment n kondo tu me tgk gelap x brp de penghuni walau time weekend. Me mmg book hotel la sesiap. Kalau bukan time ramai stgh jam nk check in pon bleh booking via Agodahh
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 01:52 PM | Show all posts
macam pernah baca dalam fiksyen shasha
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 01:58 PM | Show all posts
bolamata replied at 11-5-2017 12:43 PM
aku kena kat ancasa resort... ala2 apartmen jgk tempat tu..memang celaka sebab benda tu ngikut sampa ...

nampak dari luar cantik je apartment tu
aku penah tingin nak stay kat situ
cuba ko cita skit pengalaman seram ko ni...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 02:20 PM | Show all posts
Kondo mana lah agaknya. Nasib baik pengalaman paz di Thistle tidak seram.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 02:38 PM | Show all posts
iznanaziz replied at 11-5-2017 01:58 PM
nampak dari luar cantik je apartment tu
aku penah tingin nak stay kat situ
cuba ko cita skit pen ...

macam2 jadi, bilik tetiba blackout.. lift tetiba rosak dok dlm tu terperangkap.. sliding door balcony bergegar dari luar..balik rumah dia ikut dengan tetiba rumah bunyi guli2..sebelum ni rumah tak de bunyi macam tu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 02:59 PM | Show all posts
krustykrab replied at 11-5-2017 12:24 PM
yg akutak tahan tu, kenapa asal citer hantu je dikaitkan dgn pompuan....ape lelaki tak de yg jadi ha ...

klu dia perempuan mati bunuh diri.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2017 03:57 PM | Show all posts
Banyak kali juga baca kisah hantu dekat PD. So far, I belum pernah kena lagi dekat mana-mana hotel.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 04:15 PM | Show all posts
susah2 ko berkhemah je kat teluk kemang
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Hotel kat pd mmg byk entiti
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2017 09:08 AM | Show all posts
bolamata replied at 11-5-2017 02:38 PM
macam2 jadi, bilik tetiba blackout.. lift tetiba rosak dok dlm tu terperangkap.. sliding door balc ...

aku dulu pnh stary kar Marina PD tu, masa tu apartment ni ok lagi.
skrg je dah tak beroperasi.

aku duk tingkat berapa tah.

cuma aku perasan masuk bilik tu, tapi masa tu siang lagi
sliding door terbukak, angin kuat
hati tu cuak jugak
aku ckp dlm hati, org lupa tutup sliding ni kut...tu pasal angin kuat dia terbukak

tapi alhamdulillah, tak ada apa2 berlaku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.077239 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list