View: 4443|Reply: 38
|
[Jenayah]
Dulu cat merah, sekarang Ah Long guna bom
[Copy link]
|
|
LELAKI berusia 50 tahun parah di kedua-dua kaki akibat terkena letupan bom yang dipasang di keretanya dalam kejadian di Jalan Pengkalan Setia, Taman Pengkalan Setia, Simpang, Taiping, kira-kira 10 malam semalam.
Mangsa yang bekerja di sebuah kilang kejuruteraan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dipercayai menjadi mangsa bom buatan sendiri dipasang along yang bertujuan mendapatkan bayaran hutang.
Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Harrith Kam Andullah berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian pada 10.10 malam daripada orang awam yang memaklumkan berlaku letupan di lokasi kejadian.
"Siasatan di lokasi mendapati letupan itu berlaku di luar rumah berhampiran jalan raya di tempat mangsa meletakkan kereta jenis Toyota Corolla.
"Mangsa dikatakan datang melawat anak lelakinya pada Sabtu dan semakan mendapati dia pernah tinggal di Taiping sekitar 2014 sebelum ke Bukit Mertajam dan hanya anak lelaki saja tinggal di Taiping kerana belajar di Tingkatan 5," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, berdasarkan keterangan, mangsa bersiap untuk pulang ke Bukit Mertajam dan sebaik saja membuka pintu bahagian pemandu, berlaku satu letupan kuat hingga mencederakan kedua-dua kaki mangsa.
Katanya, kereta mangsa turut mengalami kerosakan dan pemeriksaan menjumpai beberapa barangan antaranya besi, bateri, wayar dan tali yang dipercayai adalah komponen bahan letupan buatan sendiri untuk mendatangkan kecederaan.
"Tiada saksi yang nampak kejadian atau suspek yang memasang bahan letupan itu.
"Bahan letupan itu dipercayai dipasang dengan cara tali diikat ke pintu kereta dan meletup sebaik tali ditarik apabila pintu dibuka," katanya.
Menurutnya, mangsa masih dirawat di Hospital Taiping dan dilaporkan tidak mengalami kecederaan yang mengancam nyawa selain mengalami luka-luka luaran.
"Hasil pemeriksaan X-ray dapati ada serpihan menyerupai skru dalam kedua-dua bahagian kaki mangsa.
"Temubual dengan mangsa juga mendapati dia berasal dari Seberang Perai dan sebelum ini mempunyai kilang kejuruteraan sendiri yang mengalami masalah. Pada 2013 dia membuat pinjaman dari along di Seberang Perai sebanyak RM300,000 serta tidak mampu membayarnya," katanya.
Menurutnya, mangsa sendiri percaya punca kejadian adalah perbuatan along yang masih menagih hutang yang belum dijelaskan dan mengesyaki diekori kumpulan along sehingga ke Taiping.
"olis sedang mengenalpasti kumpulan along yang disyaki melakukan perbuatan ini," katanya.
http://www.hmetro.com.my/utama/2 ... sekarang-pasang-bom
Korang yang meminjam ngan Ah Long tu hati hati jela |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
X paham aku along ni. Ko buat mcm boleh dpt duit balik x...melainkan ko kutip duit insuran dia. Patut along ni suh peminjam amik insuran nyawa or kemalangan time bagi pinjaman. Kalau x bayo utang suh peminjam p accident sendiri x payah susah2 bom org..nnt kene cop teroris lagi susah. Anak bini along sape nak bagi makan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa ah long masih dibenarkan beroperasi? |
|
|
|
|
|
|
|
teringat pulak mercun tali main masa kecik-kecik dulu..
ikat kat pintu pastu tarik |
|
|
|
|
|
|
|
tak dapat duit balik.. sekurang puas hati gamaknya kata ah long ituuuu |
|
|
|
|
|
|
|
kan...
rata2 ade lesen as "Peminjam Wang Berlesen"
|
|
|
|
|
|
|
|
Along ni tak pikir jauh ni. Kalau dah cacat lagi susah org tu nak kerja and bayar hutang dia. |
|
|
|
|
|
|
|
bodohnya along ni
kalo ko dah bagi dia cacat, cemana dia nak keje and bayar duit ko?
kalo dia x amik insurans lagi la parah
bodoh nyer along |
|
|
|
|
|
|
|
fuh bom terus... tapi tuh laa padan muka... pinjam along lagi laa... |
|
|
|
|
|
|
|
along tak ganggu parti politik terkenal tu
sbb tu tk kene ambush smpai lubang cacing
klu parti pembangkang tu musuh negara, sebab tu apa2 isu dlm tv, msti kene kutuk pembangkang.
pembangkang lebih bahaya dari along
|
|
|
|
|
|
|
|
Along ni lari lah mcm mana pun..let say dia mati kena bom tu...nnt anak form 5 tu yg dorang kejar suruh langsaikan utang apaknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Peminjam Wang Berlesen bukan kelulusan Kementerian Kewangan ke?
Prftttt..... |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 15-5-2017 04:52 PM
bodohnya along ni
kalo ko dah bagi dia cacat, cemana dia nak keje and bayar duit ko?
kalo dia x am ...
#kisahplakaku kta along...
|
|
|
|
|
|
|
|
along ni mmg patuf diharamkan drpd beroperasi...ni dh peringkat mengancam keselamatan org lain ni...pihak penguasa kena buat something la takkan nak biarkan nyawa org yg tak terlibat melayang mcm tu saja... |
|
|
|
|
|
|
|
Ya ampun .. ganasnya |
|
|
|
|
|
|
|
Err scary gila.. Dah upgrade dah... |
|
|
|
|
|
|
|
guna bommmmmmmmmm pulakkkkkk |
|
|
|
|
|
|
| |
|