View: 4929|Reply: 14
|
20 tahun penutup pen dalam paru-paru
[Copy link]
|
|
Penutup pen yang dikeluarkan dari pesakit. - Foto Asia Wire
HUNAN - CHINA. Punca batuk-batuk yang sering dihadapi seorang lelaki sejak kecil akhirnya diketahui selepas doktor menemui penutup pen tersekat di paru-parunya.
Doktor terkejut selepas menemui penutup pen berkenaan selepas lelaki yang dikenali dengan nama keluarga Wang mula mengalami batuk berdarah dan pergi mendapatkan rawatan di hospital.
Ketika doktor menunjukkan penutup pen berkenaan, lelaki itu mengakui pernah menyedut objek berkenaan ketika kanak-kanak iaitu sekitar tahun 1990 an.
Dia sering mengalami batuk sejak kanak-kanak lagi dan lelaki yang kini berusia awal 20 an itu tidak menyangka ia sebenarnya adalah disebabkan penutup pen berkenaan.
Wang dari Huaiha di wilayah Hunan memberitahu, dia mengalami batuk kronik dan ketidakselesaan pada dada sejak berusia enam atau tujuh tahun, namun tidak mengetahui punca sebenar.
"Saya sentisa mengalami batuk dan jangkitan paru-paru, namun ini pertama kali saya menjalani pemeriksaan ke hospital kerana saya mula mengalami batuk berdarah," katanya dipetik Mirror.uk.
Melalui imbasan, doktor Zhou Kangren dan pasukannya menemui penutup pen yang menghalang laluan udara yang menyebabkan kesukaran bernafas.
Endoskopi dilakukan ke atas Wang dan objek berkenan berjaya dikeluarkan dari dalam badan pesakit.
Hanya selepas ditunjukkan kepada lelaki itu, dia mengakui pernah menelannya ketika kecil.
Wang masih dirawat dan dijangka keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari. |
|
|
|
|
|
|
|
msa heols dh btuk2 dlu xprgi hosp. ke? xde bt xray ke? lme plak tue pnutup pen tue dok kt situ.. |
|
|
|
|
|
|
|
20 years..must be painful |
|
|
|
|
|
|
|
aleesyasofia replied at 10-6-2017 03:42 PM
msa heols dh btuk2 dlu xprgi hosp. ke? xde bt xray ke? lme plak tue pnutup pen tue dok kt situ..
Mungkin keluarga pesakit ingat batuk |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti lega betul dia rasa lepas ni..
Agak seksa sebenarnya bila kerap sangat batuk nak2 batuk kronik..tekak perit 1 hal, dada sakit n yg paling azab urat2 Kat perut smua rasa kejang aje.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik dah selamat buang. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila kena penyakit batuk selesema yg jrg2 tu pun dah rasa kurang selesa dan tak best ini kan pulak 20 thn terbatuk2 |
|
|
|
|
|
|
|
mcmna boleh sangkut kat paru2? bukan ke pegi ke perut terus |
|
|
|
|
|
|
|
pergh...lama giler penutup pen dalam tu... |
|
|
|
|
|
|
|
mse kecik knpa x report kat family yg dia penah telan penutup pen? |
|
|
|
|
|
|
|
Macamane boleh sesat ke paru paru ye ?. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh pulak penutup pen tu tak hancur kan, elok jer duduk sana 20 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
Macamana boleh jadi camtu |
|
|
|
|
|
|
| |
|