Jerebu, asap tebal selubungi Aceh
https://www.hmetro.com.my/global/2017/07/247909/jerebu-asap-tebal-selubungi-aceh
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Julai 2017 @ 8:01 PM
AFP
Jerebu yang dirakamkan kelmarin, menyelubungi perkampungan Suak Raya di Acheh Barat dan kanan, keadaan jerebu di Meulaboh, hari ini.
RAMAI kanak-kanak di wilayah Aceh, Indonesia, mendapatkan rawatan di hospital bagi masalah pernafasan akibat jerebu dan asap tebal kebakaran hutan di wilayah berkenaan sejak minggu lalu.
Sebahagian kanak-kanak masih ke sekolah Meulaboh dengan memakai topeng muka namun beberapa sekolah ditutup.
Sejak minggu lalu, 35 titik panas kebakaran hutan dikesan dan setakat ini, 70 hektar hutan sudah musnah di Aceh.
Jurucakap agensi bencana Indonesia, Sutopo Purno Nugroho, berkata pihaknya meminta penduduk tidak melakukan pembakaran di ladang dan kebun mereka sekarang berikutan cuaca panas dan kering yang memudahkan api merebak.
Kakitangan kerajaan Acheh Barat mengedarkan topeng hidung kepada penunggang motosikal di Meulaboh, dan kanan, kanak-kanak yang dirawat kerana masalah pernafasan.
Setakat ini, kebakaran hutan juga berlaku di Pulau Sumatera dan Kalimantan dengan 180 titik panas di kesan di enam wilayah, termasuk Aceh.
Jumlah titik panas itu jauh berbeza berbanding tahun lalu, dan 2015.
|