CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1553|Reply: 11

Ulasan Professional Syarie berkenaan Penasaban

[Copy link]
Post time 2-8-2017 10:20 PM | Show all posts |Read mode
JANGAN TERLALU AMBIL MUDAH
Datuk Zainul Rijal Abu Bakar

sumber pautan asal :
http://www.utusan.com.my/rencana ... mbil-mudah-1.509823


MINGGU lalu negara ditularkan dengan penghakiman Mahkamah Rayuan mengenai isu membinkan anak luar nikah kepada nama bapa biologinya.

Setelah meneliti penghakiman tersebut, didapati antara lain ia dibuat berdasarkan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 yang membenarkan pendaftaran anak tak sah taraf dibinkan kepada bapa biologi jika kedua-dua ibu bapa bersetuju. Penghakiman itu juga mengambil kira bahawa menurut hukum syarak, anak tak sah taraf mempunyai limitasi tertentu seperti hak untuk mewarisi dan sebagainya kerana hanya memutuskan isu pendaftaran sahaja.

Selanjutnya isu hak pewarisan dalam kalangan orang Islam mestilah diputuskan di Mahkamah Syariah jika kesahtarafan dicabar. Secara ringkas alasan Mahkamah Rayuan antara lainnya memutuskan pendaftaran sebegitu dibenarkan oleh akta tersebut dan mahu mengelakkan stigma serta kesan psikologi yang dihadapi anak-anak tak sah taraf.








Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/jangan-terlalu-ambil-mudah-1.509823#ixzz4objgXWYx
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2017 10:25 PM | Show all posts
ADAKAH IA BERPERLEMBAGAAN?


Saya tidak berhasrat untuk mengulas dari sudut hukum syarak kerana ulama sudah mengulas panjang isu ini, saya fokuskan pandangan berdasarkan undang-undang dan kerangka Perlembagaan Persekutuan sahaja.

Setelah meneliti penghakiman tersebut, timbul persoalan adakah Seksyen 13A akta tersebut berperlembagaan kerana isu sah taraf anak orang Islam adalah dalam bidang kuasa negeri melalui undang-undang negeri. Walaupun dijelaskan dalam penghakiman itu ia hanya berkaitan pendaftaran tetapi kesannya akan turut menyentuh kesahtarafan anak, pewarisan dan sebagainya yang tidak dapat dinafikan adalah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

* Akta itu sebenarnya sebuah undang-undang prosedur yang memperinci tentang tatacara pendaftaran kelahiran dan kematian.

* Semua maklum undang-undang prosedur mestilah mengambil kira undang-undang substanstif (Undang-Undang Keluarga Islam) dan tidak boleh mengatasinya.

* Peliknya dalam penghakiman tersebut, undang-undang substantif tidak diberikan tempat sewajarnya. Malah mahkamah mengambil pendekatan simplistik hanya mengehadkan penghakiman mereka setakat tatacara pendaftaran sahaja.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/jangan-terlalu-ambil-mudah-1.509823#ixzz4objsDYso
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2017 10:27 PM | Show all posts
Justifikasi:

* Pendekatan Mahkamah Rayuan dengan hanya mengambil kira kuasa dalam Akta Pendaftaran boleh mengundang pelbagai polemik dan memusnahkan institusi keluarga orang Islam.

* Akta tersebut tidak boleh dibaca secara berasingan dengan undang-undang lain termasuk Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Islam yang sah berkuatkuasa.



Hakikat:

* Seksyen 110 hingga 119 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntuk tentang kesahtarafan anak, antaranya:

Seksyen 110 khususnya berkaitan dengan siapakah yang dikaitkan sebagai bapa bagi orang Islam.

* Undang-Undang Keluarga Islam ini seharusnya menjadi panduan kepada undang-undang lain kerana ia adalah undang-undang spesifik untuk orang Islam, manakala Akta Pendaftaran itu adalah undang-undang yang lebih umum.





Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana ... 09823#ixzz4oblAQU5F
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2017 10:28 PM | Show all posts
PINDA SETIAP YANG BERCANGGAH

Semua peruntukan mengenai kesahtarafan anak yang bertentangan dengan hukum syarak hendaklah dipinda agar tidak terpakai kepada orang Islam. Walaupun Mahkamah Rayuan mengatakan ia hanya isu pendaftaran tetapi kesannya sangat melata, bakal dirasakan oleh semua orang Islam.

Kerajaan Persekutuan perlu meminda Akta Pendaftaran ini bagi menghormati Islam sebagai agama Persekutuan selaras dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan mengecualikan pemakaian sebahagian daripadanya yang bertentangan dengan hukum syarak kepada orang Islam.

Malah sumpah Yang di-Pertuan Agong dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan untuk memelihara Islam pada setiap masa mestilah diberi impak perundangan sepenuhnya, tidak sekadar dekorasi sahaja yang tidak membawa obligasi berperlembagaan.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana ... 09823#ixzz4obliJluN
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2017 10:30 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 3-8-2017 09:37 AM

CADANGAN TUNTAS

Kerajaan juga boleh mengambil tindakan lain seperti tidak mengehadkan bin kepada Abdullah sahaja (boleh juga dibinkan dengan Abdul Rahman atau yang bersesuaian) untuk mengelakkan stigma tersebut.

Sebenarnya penyelesaian isu kesan psikologi kepada anak-anak tak sah taraf yang tidak berdosa ini bukanlah melalui undang-undang dan penghakiman mahkamah, ia harus diselesaikan melalui pendidikan, sistem sosial dan kefahaman sebenar tentang undang-undang Islam itu sendiri. Penyelesaian melalui undang-undang sebegini akan hanya mengundang lebih banyak kucar kacir dalam masyarakat Islam.

Dikatakan penghakiman ini dapat menjadikan bapa yang menyebabkan anak luar nikah lebih bertanggungjawab menanggung anak tak sah. Saya mendapati ia tidak benar kerana Akta Pendaftaran hanya membenarkan pendaftaran sebegitu dalam keadaan kedua-dua ibu dan bapa biologi bersetuju sahaja. Jika bapa biologi tidak bersetuju akta ini tidak berupaya meletakkan nama bapa biologi tersebut dan tidak boleh memaksanya berbuat demikian.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana ... 09823#ixzz4obm3oRNc
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2017 10:31 PM | Show all posts
TELAH DIJELASKAN DALAM PERUNTUKAN

Sebenarnya isu ini telah dihuraikan dalam Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 iaitu dalam seksyen 78:

* Kewajipan menanggung nafkah kanak-kanak yang diterima sebagai ahli keluarga

1 Jika seseorang lelaki menerima seseorang kanak-kanak yang bukan anaknya sebagai ahli keluarga, menjadi kewajipannya menanggung nafkah semasa dia masih seorang kanak-kanak, setakat mana bapa dan ibu kanak-kanak itu tidak berbuat demikian dan mahkamah boleh membuat perintah yang perlu bagi memastikan kebajikan kanak-kanak itu.

2 Kewajipan dalam subseksyen (1) terhenti jika kanak-kanak itu dibawa balik oleh bapa atau ibunya.

- Oleh itu bapa biologi tersebut jika menerima anak tak sah taraf sebagai anaknya masih boleh dibebankan dengan menanggung nafkah anak tersebut walaupun anak tersebut tidak dibinkan kepada namanya.






Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana ... 09823#ixzz4obmT0ctI
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-8-2017 10:34 PM | Show all posts
REALITI SEMASA

Ketika ini di Mahkamah Syariah terdapat kes-kes pembahagian harta pusaka yang mana ada pihak mendakwa seorang itu tidak layak mewarisi kerana bukan anak sah taraf atau hanya anak angkat tetapi dibinkan kepada bapa biologi atau bapa angkat. Ia agak sukar diselesaikan sehingga ada yang memerlukan keterangan pakar DNA bagi mengesahkan hubungan darah. Malah kos juga menjadi faktor bagaimana keadilan boleh dicapai khususnya bagi yang tidak berkemampuan mendapatkan laporan DNA.

Saya berpandangan kempen kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat perlu dibuat dengan lebih teratur bagi menerangkan anak tak sah taraf tidak sepatutnya dipersalah.

Terima kasih kepada Jabatan Peguam Negara yang menyatakan akan memohon kebenaran merayu kepada Mahkamah Persekutuan agar isu ini dapat dimuktamadkan oleh mahkamah tertinggi negara. Mudah-mudahan kelak akan memberi keputusan yang lebih menepati hukum syarak.

Penghakiman tersebut sudah pasti memberi kesan kepada undang-undang Islam yang berkuat kuasa di seluruh Malaysia. Oleh itu saya menyarankan agar Majlis-Majlis Agama Islam seluruh negara memohon untuk mencelah semasa rayuan di Mahkamah Persekutuan didengar. Dengan cara itu suara negeri-negeri yang merupakan pemilik undang-undang tersebut akan didengar dan kuasa sultan berkaitan dengan isu ini tidak terhakis.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/jangan-terlalu-ambil-mudah-1.509823#ixzz4obmn0E3G
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2017 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah. tiada daya manusia melainkan dgn izin-Nya.

moga-moga ALLAH memelihara iman kita semua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2017 10:40 PM | Show all posts
apabila mereka yg mendepani kes sebegini berbicara , da[pat dilihat banyak aspek yg menjadi pertimbangan dalam menghuraikan implikasi sesuatu penghakiman.
Dan ulasan yg komprehensif atau menyeluruh  ini juga dapat dilihat dalam bayyan linnas


ulasan Mufti Perlis  yg menekankan soal menutup  ' aib etc ' dan hadis Utbah & Waqqas ( yg mana dijelaskan konteksnya dengan TERANG dan jelas oleh Mufti Wilayah )  yg menjadi kontroversial   dan rasionalnya boleh dibaca di sini.


http://www.utusan.com.my/rencana ... n-abdullah-1.491951


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2017 10:41 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 2-8-2017 10:45 PM

saya memuji usaha Professional syarie yg menekuni kes ini dan inisiatif mereka dalam memerah otak menjaga maqasid syariah, syabas and semoga jariah kudrat anda memberatkan al mizan di sana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2017 10:44 PM | Show all posts
ibrah atau pengajaran secara personallah dari kes ini - agensi atau institusi Islam bermual dari sekarang haruslah menekuni undang undang yg bersifat seperti ini agar  konflik tidak tercetus lagi.

Sebenarnya benarlah agama yg baik ia mencegah dari mengubati, sebab itu zina dipandang serious dan bukan enteng dan bagi mereka yg mengucap syahadah dan beriman mengaku beriman dengan keesaan Allah,  kalamullah dan rasul, hari kiamat dan segalanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2017 09:31 AM | Show all posts
إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَنْ يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ، وَمَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُولَهُ وَيَخْشَ اللهَ وَيَتَّقْهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ

"Sesungguhnya jawaban orang-orang mu’min, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan.” “Kami mendengar dan kami patuh.” Mereka itulah orang-orang yang beruntung. Siapa saja yang taat kepada Allah dan rasul-Nya serta takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan." (QS An-Nur [24]: 51-52).

آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

"Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): “Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya”, dan mereka mengatakan: “kami dengar dan kami taat" (QS Al-Baqarah: 285).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 1.424305 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list