Aku gitaris, hobby lah. Bereksperimentasi dgn musik jenis LiveLoop.
Apa tu LiveLoop? LiveLoop ni bermain dgn gajet/alat/pedal perekod (looper).
Biasanya, ofkos banyak efek pedal diguna. So, banyak kali kena godek.
Kaedah/metod yg diguna i.e. rekod, play, dub, stop, freeze, reverse, etc.
Banyak bermain dgn masa dan sela masa diisi dgn permainan improvise.
Yang lebih panjang sikit... LIVELOOPING adalah persembahan instrumen yang dimainkan
dengan kaedah merakam dan memutar-semula cebisan muzik
secara langsung menggunakan gajet khas iaitu looper atau
persampelan frasa ataupun menggunakan perisian komputer
melalui antara muka audio.
Pemuzik boleh mengulang-main dengan perisian laptop atau pedal looper,
yang dijual untuk kegunaan pemuzik sama ada dikawal daripada atas meja atau di lantai.
Alatan looper terawal ditemukan pada tahun 1887,
yang dipasarkan pada 1889 dalam bentuk rekod gramofon.
Pada tahun 1963, pemuzik dan pelakon Terry Riley mengeluarkan sebuah alat
looper awal yang disebut "The Gift", yang menampilkan trompet mainan Chet Baker.
Ia adalah cebisan pertama yang berdasarkan sistem kelewatan/sistem suapan-semula
menggunakan dua perakam pita Revox yang digelar sebagai Time Lag Accumulator.
Sound yg utama ada beberapa:
1) Drum/percussions/beats - sama ada guna drum machine, beatbox (vokal), sequencer/sampler, etc.
2) Gitar - overdriven, distorted, fat, octave, fuzz, bass dan synthesized
3) Efek - banyak sgt kalau nak dilistkan...refer Rig
i.e. echo-delay, reverb-space, pitch-octave shifter, fuzz, distortion, compressor, synthesizer, etc.
4) Amplifier yg diguna: Hi-Gain Marshal, clean Fender, Vox, Laney, Ibanez, etc.
LiveLoop yg aku nak bawak ni seni jenis freestyle.
Ada unsur atau kesan ambient (space), echo-delay, drpd sound clean hingga ke dirty.
Paling banyak unsur osciliation fuzz dan synth utk kesan harmoni, abstrak, kontradik, pelik2, etc. LiveLoop juga adalah falsafah bunyi, iaitu di mana ada ruang kosong pasti berisi dgn gelombang pd Hz dan dB nya LiveLoop juga sbg penambah-baikan teknik bermain dgn kaedah/metod tertentu sesuai dgn pemain dan permainan dia LiveLoop juga adalah teknologi selain yg state-of-the art (guna komputer je), ia lebih dekat dgn pemain drpd segi
kawalan dan instrumentasinya, feedback terus-menerus, dan berulang2 itteration, interpolation, ofkos interaksi antara
pemain dgn kesan bunyi hingga harmoni. LiveLoop juga adalah kemahiran mendengar dan melontarkan bunyi menerusi rig secara LIVE!
Rig!
Rig ni alat2 dan kelengkapan yg aku guna:
1) Gitar > efek2 > looper > drum machine > amp
2) Utk sample2 video yg aku akan post nanti, semua guna fon recording je.
(at the moment, sebelum settle/complete fasiliti home recording/broadcasting)
Boleh follow di facebook KLIK! --> Muddy Angel Liveloop
Kiranya, aku bermain secara solo; instrumental, eksperimental, improvisation.
Gitar (elektrik) ada beberapa, bertukar2. Antaranya:
Gibson Les Paul Std DC, ES339 CS, Les Paul Jr, Fender Stratocaster YJM,
Ibanez RG1570, RG2228, RGD2120, RG2570Z, AXS42,
PRS CE24, G&L Tribute Asat Classic, Rickenbacker 330FG
PSU: CIOKS Ciokolate, DC10, Voodoo Lab Pedal Power 2+, CIOKS Eventide Power Factor 2
Mixer/Interface: Behringer Xenyx 502usb
Amplifier & speaker cabinet
Marshall JMP50 Plexi, Fender Bassman50, Hot Rod Deluxe III, Vox AC4TV, AC30C2, Laney LC15
Custom Classic 2x12", Vintage 4x12", Low Down 4x10", Square CTS 1x15"
So, aku akan post tiap2 sample yg aku rekod dgn label: Test chain #XX Test rig #YY
Sbg rujukan je lah.
Beri masa sikit, tak sempat nak post semuanya skali.
Akan update dari masa ke semasa
Note:
- Aku bukan gitaris profesional, so salah-silap tu cincailah.
- kalau rasa tak sedap, sila post yg sewajarnya. No prblm.
- setakat hari ini dah ada 56 chain sound sample yg direkod...so sabarlah.
- setiap sample sound bukan LiveLoop, tapi ke arah itu lah.
- kalau langsung tak faham, tunggu je aku post sample sound dulu dan dengarkan (video)