CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6065|Reply: 34

{DIETARY ADVICE}: DAGING MERAH VS DAGING PUTIH, PILIHAN YANG SIHAT

[Copy link]
Post time 30-9-2017 01:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by biskutraya at 30-9-2017 09:14 PM

Assalam dan salam sejahtera semua,

Kali ini nak beri sedikit info pemakanan mengenai daging merah dan daging putih. Biasa kita tengok semua daging sama je ye. Hehe.. OK daging merah dan daging putih ni diberi kategori macam ni sebab mengikut biologinya. Daging merah sebab banyak kandungan myoglobin, sejenis darah merah juga. Myoglobin ni yang bekalkan oksigen pada muscle utk buat kerja. Nak bezakan daging merah dan daging putih ni kita tengok bilangan kaki haiwan tu. Kalau haiwan berkaki 4, kategori nya daging merah. Contoh: lembu, kambing, khinzir. Kalau selain itu, kategori daging putih. Contoh: Ikan

Tapi, special sedikit untuk poultry (burung-burungan). Ayam walaupun die daging putih, tapi dia ada juga daging merah. Kalau bahagian dada dikira daging putih, kalau bahagian peha kita kira daging merah. Sebab ayam banyak berjalan jadi kandungan myoglobin banyak kt bahagian kaki ayam.

Daging ni sumber protein utama untuk manusia. Sehari kita disarankan mengambil sebanyak 1/2- 2 sajian protein. Banyak mana 1 sajian protein?

Tengok dekat gambar-gambar ni. 1 aajian untuk sekali makan.


2 ketul daging tanpa lemak saiz kotak mancis


1 ekor ikan saiz tapak tangan termasuk jari



1 ketul ayam saiz tapak tangan tidak termasuk jari (buang kulit)



2/3 cawan ikan bilis tanpa kepala dan isi perut


Pengambilan daging merah dan daging putih ni penting kita kawal sebabnya:-
Daging merah- tinggi lemak tepu dan kolesterol. Namun baik untuk individu yang mengalami anemia (kurang darah) seperti ibu hamil dan perempuan yang mengalamai haid yang teruk

Daging putih- Tinggi kandungan protein dan kurang lemak tepu.
                  - Tinggi kandungan omega 3 dan DHA bagi ikan laut dalam

pengambilan daging merah juga tidak digalakkan bagi pesakit gout sebab kandungan purin yang tinggi.
Pengambilan daging yang diproses adalah tidak digalakkan kerana kandungan lemak dan juga garam yang tinggi.


Jadi, pengambilan daging putih dan merah adalah penting, dengan syarat kita tahu apa yang kita nak dari sumber makanan tu. Yang penting juga kita kawal sukatan daging tersebut.

Daging merah kalau nak makan kita pilih yang tanpa lemak atau kurang lemak. contoh bahagian yang ada "loin". Tendeloin, sirloin. Tapi kalau dh g pasar cakap gitu kompem la peniaga kurang paham kan. jadi kita balik rumah, kita buang la die punya lemak2 pada daging tu.

Kalau ayam pula, digalakkan buang kulitnya sebelum di masak. tapi kulit la yang sedap kan? Hehehe

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2017 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Nice and good info.

TQ TT.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2017 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq tt for thr info. Seronok baca
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2017 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
I love read meat.i tgh hadam ape yg u tulis .thanks for the info
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2017 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Daging merah saiz kotak mancis je.. Aduh mcm tak cukup je
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2017 03:34 PM | Show all posts
excellent info Biskut.

regarding designation of kaki ayam sbg red meat walaupun ianya dari kategori poultry tu, ialah kerana ayam sgt jarang terbang dah dikala ini, tak mcm burung lain.

i must say, i mmg susah nak keep my red meat (mainly beef lah), below 500g per week. tapi berjaya nost of the time alhamdulillah kerana sy mmg mkn sikit je each meal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2017 03:45 PM | Show all posts
waalaikumussalam..lupa nak jawab
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2017 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa apa pun kena ambil dlm moderation & exercise
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2017 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
I x mkn langsung red meat
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2017 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Incik ipes2, saya punya total cholesterol tinggi, LDL saya borderline high. HDL optimal. So for now saya avoid red meat. Apa lagi saya boleh buat utk turunkan cholesterol?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2017 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
munchkin replied at 30-9-2017 10:47 AM
Tq tt for thr info. Seronok baca

Welcome u..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2017 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 30-9-2017 11:44 AM
I love read meat.i tgh hadam ape yg u tulis .thanks for the info

Welcome mem.. I pun suka red meat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2017 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kerepektempe replied at 30-9-2017 12:16 PM
Daging merah saiz kotak mancis je.. Aduh mcm tak cukup je

Hehe.. Tula tp protein ni mengenyangkan juga. Sebab kalau terlebih protein nanti risiko  pada buah pinggang pula.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2017 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 30-9-2017 03:34 PM
excellent info Biskut.

regarding designation of kaki ayam sbg red meat walaupun ianya dari katego ...

Haha ok la tu doc. Bagus2.. Actually red meat ni juga kene tengok cara masakan.. Kalau makan sikit tapi cara masakan banyak goreng2 nnt boleh tambah lemak bdn juga. Harusla kene grill2, soup atau pun stew gitu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2017 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Despacito replied at 30-9-2017 05:31 PM
Apa apa pun kena ambil dlm moderation & exercise

Betul.. Tepat sekali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2017 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
minahsenget replied at 30-9-2017 06:12 PM
I x mkn langsung red meat

Owh gitu. Make sure ambil protein dari sumber yang lain kalau tak makan daging. Contoh: tempe, tauhu dan kekacang ( sumber tumbuhan)

ikan, ayam, kerang, ikan bilis adalah sumber protein dan juga zat besi yang bagus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2017 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Selama ni kira i mkn white meat je la..
Ikan tongkol atau dada ayam je yg selalu dibeli

Daging lembu x pernah beli..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2017 11:17 PM | Show all posts
pearl.silver replied at 30-9-2017 11:07 PM
Selama ni kira i mkn white meat je la..
Ikan tongkol atau dada ayam je yg selalu dibeli

Oic.. takpe la sebab lain orang lain citarasanya kan.. cuma make sure cukup keperluan dari segi nutrition dari apa yang puan makan. by right sesetengah orang memang tak makan daging sebab agama, kepercayaan atau alergik. so ok2 je nak ganti kan dari sumber yang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2017 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq TT..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 03:36 PM | Show all posts
pearl.silver replied at 30-9-2017 11:07 PM
Selama ni kira i mkn white meat je la..
Ikan tongkol atau dada ayam je yg selalu dibeli

wah macam maner u boleh elak dari makan beef ye? i myself mmg tak boleh..if tak fikir health, i tentu makan setiap hari. infact, dihari yg i so called tak mkn beef pon, i akan mkn 2-3 slices of this really hard and stringy (tapi sedap) Suho Meso.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.310979 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list