AKTRES Fasha Sandha dengan bekas suami, Jejai memilih jalan damai apabila menyelesaikan dua kes mahkamah melibatkan mereka secara baik di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, hari ini
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 33, menarik balik tuntutan injunksi yang difailkan terhadap Jejai bagi menghalangnya daripada terus mengganggunya pada Mac lalu.
Jejai atau Rizal Ashram Ramli, 41, turut menarik balik permohonan komital (pemenjaraan) ke atas Fasha kerana beberapa isu iaitu berhubung hak lawatan anak dan kenyataan berkaitan keluarganya yang dibuat Fasha kepada umum.
Pasangan yang bercerai 20 Januari 2016 itu bersetuju untuk menarik kesemua kes mereka selepas sepakat menyelesaikannya demi kebaikan bersama.
Kedua-dua kes itu berlangsung di dua kamar hakim secara berasingan dengan dihadiri Fasha dan Jejai bersama peguam masing-masing.
Mereka juga bersetuju untuk mematuhi semua perintah asal mahkamah yang dipersetujui selepas bercerai pada 20 Januari tahun lalu.
Kesemua penyelesaian itu direkodkan oleh mahkamah.
Bagi injuksi, kes itu didengar di hadapan Hakim Syarie, Muhammad Abdul Karim Wahab manakala komital di hadapan Nasir Abdul Aziz secara berasingan.
Fasha dan Rizal tiba di Mahkamah kora-kira jam 10.10 pagi dan dilihat meninggalkan mahkamah bersama menaiki sebuah kereta.
Dalam pada itu pasangan berkenaan dalam satu kenyataan bersama kepada media memberitahu penyelesaian secara baik itu dibuat demi masa depan dua anak mereka.
Berdasarkan satu status bergambar yang dimuat naik dalam laman Instagram @fashasanda dan @rizalashramrnt, kedua-duanya menyatakan perkara sama yang dimuat naik kira-kira 30 minit sebelum prosiding mahkamah.
"Alhamdulillah, tuhan telah memberikan petunjuk serta hidayah Nya, jalan-jalan kebaikan di antara kami, supaya mencapai penyelesaian demi untuk masa depan anak-anak. Kami amat bersyukur dengan anugerah ini," menurut kenyataan itu.
Fasha turut mengedarkan kenyataan yang sama kepada media melalui peguamnya Zulkifli Che Yong.
Pasangan itu berkahwin pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 3 dan Putri Raysha Jemyma, 2 tahun.
Bagaimanapun tindakan tersebut menimbulkan tanda tanya adakah pasangan itu akan kembali sebagai pasangan suami isteri.
Author|Post time 6-10-2017 01:22 PMFrom the mobile phone|Show all posts
@darly
@Mistral
@Minami2013
Hadap noks... sado mmg buat definisi cinta teragong. Sampai hampir kene komital. Apa rasanya eak?
Aritu kemain tunjuk prangai kuda ku berlari gagah berani. Cek2 menunduk gak, padan muka nak tunjuk biadap sangat ngan ex in law. Itulah jadahnya bila anak tak diajar beradab, jadinya biadap cam fasha, biadap ngan mertua tak sudah.
lucu kan dia ni kakcik? why bother state the timing also? for whatever purpose, yg lagi sorang nak jadi mcm joy rempah asik larr nak berfantasi, apa lar nasib si comel ND dikelilingi wanita2 yg tak matang ni? harap badan jer sado both