Edited by LelakiTeragung at 16-10-2017 03:22 PM
PERHATIAN: BUKTI DAN MAKLUMAT YANG DIJUMPAI DI BAWAH MERUPAKAN PUBLIC RECORDS DARI CLARK COUNTY, NEVADA YANG BOLEH DIAKSES OLEH KHALAYAK RAMAI. JUSTERU, TIADA ISU PRIVACY INVASION DALAM PENEMUAN INI KERANA BUKTI DAN MAKLUMAT YANG DIJUMPAI DI BAWAH BUKAN MAKLUMAT SULIT.
[9 OKTOBER 2017]
ANITA SARAWAK JUAL RUMAH DI LAS VEGAS PADA 31 JULAI 2017
Tak pasti kalau dah ada berita ni.
Berdasarkan penyelidikan terperinci, Anita Sarawak atau nama sebenar Ithnaini M Taib bersama suami, Mohamad Mahathir Abdullah (nama asal Martin E Cox) telah menjual rumah mereka di Las Vegas (8241 Campana Dr, Las Vegas, NV) pada 31 Julai 2017 dengan harga USD350,000 kepada Roselinda Cohen dan Lawrence Cohen.
Tidak pasti sama ada mereka membeli rumah lain di Las Vegas atau tidak menetap di Las Vegas lagi. Tetapi berdasarkan LinkedIn suaminya (https://www.linkedin.com/in/martin-cox-8a252120), Abang Mahathir masih berkerja di Las Vegas atau mungkin profile LinkedIn tu tak update.
Sumber:
Grant, Bargain, Sale Deed:
Gambar-gambar rumah:
************************************************************************************************
[KEMASKINI PADA 11 OKTOBER 2017]
ANITA SARAWAK BELI RUMAH BARU DI LAS VEGAS PADA 4 OKTOBER 2017
Berdasarkan penemuan terbaru, Anita Sarawak dan suami baru sahaja membeli sebuah rumah di Las Vegas pada 4 Oktober 2017 yang beralamat di 8652 Jenely Bay St, Las Vegas, NV 89178 dengan harga USD326,509. Rumah baru mereka terletak kira kira 22 minit dari Las Vegas Strip.
Berdasarkan peta di bawah, rumah baru mereka masih dalam pembinaan.
Nampaknya, Kak Nita dan suami masih menetap di Las Vegas.
Sumber:
http://sandgate.co.clark.nv.us/AssrRealProp/ParcelDetail.aspx?hdnParcel=17618310076&hdnInstance=pcl7
************************************************************************************************
[KEMASKINI PADA 12 OKTOBER 2017]
JUMLAH HARTANAH KAK NITA DI LAS VEGAS
Berdasarkan penemuan terbaru, Kak Nita hanya memiliki sebuah rumah di Las Vegas yang beralamat di 8241 Campana Dr, Las Vegas, NV, 89147 yang dibeli pada tahun 1991 dengan harga USD184,400. Rumah ini kemudiannya dijual pada 31 Julai lalu dengan harga USD350,000.
Pada Jun 2012 pula, Kak Nita dan suami memilih landscaping company, CHIP-N-DALE'S untuk mengubah landskap rumah mereka di Campana Dr. Testimoni daripada mereka seperti di bawah:
************************************************************************************************
[TERBARU!!!]
[KEMASKINI PADA 13 OKTOBER 2017]
BUKTI KAK NITA TIDAK PERNAH BERCERAI DENGAN ABANG MAHATHIR
Berdasarkan lagi satu penemuan terbaru seperti bukti di bawah, khabar angin sebelum ini yang mengatakan Kak Nita telah bercerai dengan Abang Mahathir adalah tidak benar sama sekali. Hanya ada satu rekod kes perceraian Kak Nita iaitu dengan bekas suami, James Dean Nicholas pada tahun 1999.
|