CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4401|Reply: 0

9 Petua Mudah Hilangkan Kahak Hijau. Tak Perlu Antibiotik!

[Copy link]
Post time 18-10-2017 10:58 AM | Show all posts |Read mode
Edited by BelovedTaeyeon at 18-10-2017 11:02 AM



Kahak hijau selalunya kahak yang sedang melawan bakteria.


Kahak Hijau Petanda Baik


Ia adalah perkara normal. Malah ia juga petanda bahawa sistem imunisasi bertindak dengan baik dalam melawan kuman dalam badan. Ia turut menandakan bahawa penyakit yang dihidapi bakal berakhir tidak lama lagi.


Tapi ramai yang salah sangka apabila melihat kahak berwarna hijau sebagai petanda kesihatan mereka semakin teruk sedangkan ia adalah sebaliknya.


Elak makan antibiotik untuk hilangkan kahak hijau kerana ia sebenarnya tidak membantu menghilangkan malah menyebabkan proses penyembuhan menjadi lambat.






9 Petua Hilangkan Kahak Hijau


1. Banyakkan Pengambilan Cecair




Apabila banyak cecair dalam badan, kahak akan menjadi semakin tipis dan melegakan sakit di kerongkong.

Banyakkan minum air kosong atauteh hijau panas dan sup ayam.
Minum juga jus sitrus seperti oren, lemon dan limau nipis kerana vitamin C di dalamnya mencepatkan proses penyembuhan.
Minum jus buah-buahan juga salah cara nyah-toksin




2. Kurangkan Minuman Manis Dan Sejuk


Minuman berkarbonat, kopi dan teh biasa menggalakkan lagi pengumpulan kahak. Begitu juga minuman sejuk.
Banyakkan minum air masak (bukan air bergula)







3. Makan Nanas





Mengandungi Bromelain, nanas membantu mengurangkan kahak dan sebagai agen antiradang, nanas meluaskan ruang yang tersekat akibat pengumpulan kahak.
Boleh dimakan terus atau dibuat jus segar. Tambahkan sedikit madu, sedap!





4. Banyakkan Makanan Hijau




Sayur-sayuran bertindak sebagai penghalang semula jadi pada masalah alergi dan kahak terutamanya bawang putih, kubis bunga, brokoli dan bawang merah.
Jauhi makanan rapu, makan makanan yang berkhasiat dan seimbang.





5. Elak Produk Tenusu







Makanan yang mengandungi susu seperti coklat, keju, yogurt dan susu akan menebalkan lagi kahak.




6. Minyak Eucalyptus







Titiskan 2 hingga 3 minyak Eucalyptus dalam satu pot air dan rebus. Kemudian masukkan dalam bekas dan sedut wap.
Ia membantu hilangkan kahak dan melegakan rasa sesak yang disebabkan oleh pengumpulan kahak.



7. Elak Telan Kahak






Jangan ditelan kahak kerana ia mengandungi pelbagai kompaun bakteria seperti immunoglobulins dan glycoproteins yang boleh mengganggu kesihatan badan.

Ia seperti anda memasukkan semula bakteria dalam badan yang ingin keluar!





8. Kurangkan Stres




Stres akan menyebabkan sistem imunisasimenjadi lemah untuk melawan penyakit dalam badan secara tak langsung melambatkan proses penyembuhan.




9. Bersihkan Persekitaran





Debu dan hama boleh menambahkan lagi ketidakselesaan pada hidung dan tekak.
Kemas dan vakum rumah atau bilik.





Periksa Petanda Ini Sebelum Hilangkan Kahak Dengan Ubat-UbatanKahak berwarna kuning, bermakna sistem imunisasi sedang ‘berperang’dengan kuman dalam badan.



Kahak berwarna putih/jernih bermakna badan sedang memasuki peringkat awal ‘tidak sihat’.

Dua situasi ini membolehkan anda mengambil ubat untuk merawat kahak namun elak mengambil sebarang ubat jika ingin hilangkan kahak berwarna hijau.

Tapi, jika kahak anda disertai dengan penyakit lain yang semakin teruk seperti demam atau sakit kepala, cepat-cepatlah berjumpa doktor ya!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.111011 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list