Edited by KitabTurath at 11-11-2017 11:06 AM
Firman Allah:
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلْقُرْءَانَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَآ
"(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memerhati dan memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? (QS Muhammad,47:24)" 1.0 Satu Pengenalan
.
Ilmu shorof ialah ilmu tashrif iaitu perubahan kalimah dari bentuk asal kepada bentuk2 lain untuk mendapatkan makna yang dikehendaki.
.
Kita sering terjumpa kalimah (perkataan:words) seperti kalimah 'qaala' (قال) yang bererti 'dia telah berkata', kalimah 'yaquulu' (يقول) yang bererti 'dia sedang berkata', kalimah 'qul' (قل) yang bererti 'katalah'.
Kaedah untuk mengubah dari satu kalimah ke kalimah lain dapat dipelajari dalam ilmu shorof.
Keyword: Shorof - ubah kalimah fe'il madhi kepada kalimah2 lain yang ertinya juga berbeza. |