KECOH pengguna media sosial bercerita mengenai tindakan seorang pemandu Proton Saga BLM bersikap seperti samseng jalanan hanya kerana perselisihan faham yang boleh dielakkan.
Kejadian pelik tersebut dipercayai sempat dirakamkan oleh mangsa pada 9 November lalu sebelum menjadi tular menerusi media sosial, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang di Kilometer 34.4 Lebuhraya Senai Utara, mangsa yang memandu Perodua Myvi mendakwa telah dimaki hamun oleh lelaki berkenaan dengan menggunakan kata-kata kesat.
Malah, si lelaki tersebut cuba melakukan provokasi meminta agar ditumbuk mukanya pula.
“Semasa saya memandu kereta untuk pulang ke rumah di Taman Senai Baru, apabila sampai di persimpangan lampu isyarat, saya telah berhenti di lorong sebelah kanan.
“Tiba-tiba ada sebuah kereta jenis Saga BLM berwarna silver mendekati belakang kereta saya dengan rapat.
“Selepas itu, kereta tersebut telah berhenti di sebelah kereta saya dan menurunkan tingkap sebelah pemandu.
“Selepas bertanya kepadanya ‘Apa masalah?’, lelaki itu memaki hamun sebelum beredar meninggalkan kami,” dakwa mangsa seperti yang dipetik laman Facebook JB Traffic Report.
Namun secara tiba-tiba lelaki itu memberhentikan keretanya di bahu jalan dan kemudian cuba melakukan ugutan kepada mangsa dan seorang lagi lelaki dipercayai suaminya.
“Lelaki itu memberhentikan keretanya di persimpangan industri murni dan menghalang kereta saya dari meneruskan perjalanan. Saya turun dari kereta dan bertanya apa masalah lelaki itu.
“Dia kata, ‘kau yang bodoh, jalan besar kenapa nak berhenti?!’, malah saya dimaki hamun dan dilemparkan dengan kata-kata kesat,” katanya.
Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa bersama suaminya terus membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Video berdurasi satu minit 18 saat itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan kebiadapan pemandu Saga berkenaan.
“Ptuik! Ni abang long kawasan mane ni? Baru pakai Saga dah berlagak besar, kalah orang bawak BMW,” tulis seorang netizen.
ak dah berapa kali kena ngn beberapa jantan x guna, tunjuk samseng ngn ak bila diorg gesel kereta aku (contoh : ak parking elok diam2 dlm kerera then dia yg rapat pahtu bergesel pintu) lps tu ajak gaduh. dh la bersalah, x mtx maaf, ajak gaduh!
Post time 13-11-2017 12:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Balik keja kt hiway jugak..myvi dah kemik sebelah..lg 1 keta apatah..baru...2 laki malay n 1 chinese..betekak tepi hiway..tah apa jadi..bumper myvi tanggal duk atas hiway..aku langgar serpihan..choiii jahanam keta aku
psg aja dvr camera kakpemandu pmpn patut diwajibkn psg dvr, dari beli sematpon, tudung, baju,kasut mahal2 tu (yg para suami,abang,bapa kt sni jgnla kedekut kt sedara pmpn hang tu.., pi blikn pstu psg kt kete dia)
seketul baru rm80 aja
psg keliling, dpn blkg , sudut 170 degree punya
yg HD punya
dpt la bukti, pstu tepek kt tenet,
baru dia terasa kehilangan kemaluan dia
ni ada kes, baru nk pegang tepon, nk rekod cm dlm thread ni.
cmnela org nk tau cerita dari awal
Langgar manja jah..biar leww..lg pun benda mcm plastik..kalau besi nangis lah..
Bahaya duk berenti tepi hiway gitu..kalau komtena lalu sipi2 nk begesel
mcm bapok siam je gemuk ni
sakai bawak saga mmg beruk
org duk kata myvi je padahal saga pun sama sakai gak
sbb bkn salah tp mentaliti sakai tu dibawak xkire bawak keta ape