View: 81496|Reply: 2668
|
(Edisi sarung cincin ke idok?) **Heboh Nikah Malam Tadi #2, **Berangkat ke Mekah
[Copy link]
|
|
Edited by melnanzz at 15-11-2017 07:30 PM
ALL ABOUT FATTAH AMIN
VOLUME 58
Selamat berangkat ke tanah suci dan menunaikan umrah, kepada Fattah, Fazura, rakan-rakan dan ahli keluarga.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by melnanzz at 15-11-2017 01:06 PM
Heboh Fattah, Fazura Nikah Malam Tadi
Diterbitkan: Rabu, 15 November 2017 7:17 AM
Fattah dan Fazura dilaporkan bernikah secara senyap namun tiada pihak yang dapat mengesahkan berita itu. FOTO: Instagram Fattah Amin
PETALING JAYA: Spekulasi bertiup kencang sejak malam tadi (Selasa) kononnya pelakon Fattah Amin dan Fazura bernikah dalam diam.
Pasangan berkenaan dikatakan bernikah di rumah nenek Fazura yang terletak di Petaling Jaya namun tiada pihak yang berani mengesahkan perkara itu termasuklah pasangan berkenaan.
Sejak malam tadi, terdapat beberapa ucapan mengenai perkahwinan itu di status Instagram milik Fattah Amin menerusi gambar Kaabah yang dikongsinya selepas dia menulis kapsyen “semoga semuanya dipermudahkan.”
Bagaimanapun pada awal malam Selasa, mesej ucapan itu telah hilang mungkin dibuang oleh pengendali laman sosial berkenaan untuk mengelak berita kesahihan khabar angin itu terus diperkatakan.
Perkongsian gambar Kaabah ini mendapat ucapan tahniah daripada peminat Fattah Amin.
Namun pada awal pagi Rabu, beberapa mesej tahniah mula muncul pada status berkenaan daripada peminat yang antara lain memberi andainan pernikahan itu dilakukan mereka bagi memudahkan Fazura mengerjakan umrah bersama Fattah atas sebab mereka suami-isteri.
Dalam pada itu tinjauan sebuah portal berita mendapati rumah nenek Fazura dipenuhi tetamu namun tidak dipastikan majlis apa yang dilakukan selain kawasan rumah berkenaan dikawal ketat, hanya tetamu terpilih sahaja dibernarkan menghadirinya.
Sementara itu wakil artis berkenaan dan pihak pengurusan mereka juga mengunci mulut berhubung perkara itu.
Pasangan berkenaan dijadualkan akan berangkat mengerjakan umrah pada pagi Rabu.
Sebelum ini tersebar khabar angin Fattah, 27, dan Fazura, 34, memilih tarikh 13 November 2017 untuk bertunang namun apabila tiba tarikh itu, tiada pengumuman mengenainya dibuat.
Fattah dan Fazura digosipkan bercinta selepas mereka bergandingan dalam drama 'Hero Seorang Cinderella'. FOTO: Instagram Fattah Amin.
Sebaliknya Fattah berjanji tidak akan merahsiakan hal berkenaan selain meminta doa yang baik-baik sahaja buat mereka.
Mereka juga pernah dilaporkan akan bernikah di Makkah namun atas beberapa faktor, pernikahan awal terpaksa dilakukan sebelum kedua-duanya boleh mengerjakan umrah sebagai suami-isteri.
Pasangan ini ditemukan dalam drama Hero Seorang Cinderella dan bermula dari itu, timbullah gosip mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/11/15/fattah-fazura-nikah/#wALqpBKU3PAXzjoQ.99
IG Fattah Amin dibanjiri ucapan tahniah
MEEN TAHRIN
15 NOVEMBER 2017
Instagram Fattah Amin.
MALAM tadi hangat diperkatakan pasangan sensasi Fattah Amin dan Fazura dikatakan mengadakan sama satu majlis iaitu sama ada bertunang atau bernikah terus.
Tinjauan di Instagram pelakon kesayangan ramai ini, malam tadi Fattah hanya meletakkan sekeping gambar Kaabah berserta status 'semoga semuanya dipermudahkan'.
Status tersebut telah mengundang pelbagai persoalan di kalangan peminat. Ada yang mengucapkan selamat pergi dan selamat pulang kepada Fattah dan Fazura yang dikatakan bakal mengerjakan umrah bersama keluarga masing-masing.
Ada juga yang mengucapkan tahniah di atas majlis pertunangan atau pernikahan yang berlangsung.
Namun sehingga hari ini tidak dapat dipastikan apakah yang membuatkan berita pertunangan atau pernikahan tersebut tersebar luas di media sosial.
Sinar Harian telah menghubungi pihak pengurusan Fattah, namun hanya dimaklumkan pengurusannya akan menyediakan siaran media secepat yang mungkin berkenaan isu tersebut.
Bagaimanapun, pengurusan Fattah memaklumkan ketika ini Fattah berada di KLIA untuk mengerjakan Umrah bersama keluarganya bermula 15 hingga 23/24 November.
Ditanya mengenai adakah Fazura turut sama dalam rombongan berkenaan, jawapannya, "tiada komen buat masa ini." |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by muneerah at 15-11-2017 01:00 PM
yeayyyy first! tahniah FATTZURA.. for watever. |
|
|
|
|
|
|
|
masuk dgn ucapan TAHNIAH FATTZURA
Semoga berbahagiaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Kaka castle semua bwk2 la belajar multitasking.kesian duk tahan kencing, tomyam sejuk. Iolss sambil baca forum sambil menjoyah dlm group chat pun boleh duk suap nasi lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Calling2 join birah sini plak chuolss
@stayathomemom
@adaris
@bedah
@suzy
@ayaqmasin
@pujanggameranti
@jenny
@yurithecat
@sora
Lagi..lagiii.... Mmari...mari sambung sini |
|
|
|
|
|
|
|
yuyoi replied at 15-11-2017 12:52 PM
Kaka castle semua bwk2 la belajar multitasking.kesian duk tahan kencing, tomyam sejuk. Iolss sambil ...
Kaka dah srh pakai pampers dr semlm diorang tak mo... Tu le pasalll..
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga mendapat umrah yg mabrur... cpt lah sikit buat announcement tu ye Abdul Fattah bin Mohd Amin |
|
|
|
|
|
|
|
Pandanleaf replied at 15-11-2017 12:54 PM
Calling2 join birah sini plak chuolss
@stayathomemom
Ye kaka coming!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
check in benang baruuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah both |
|
|
|
|
|
|
|
Pandanleaf replied at 15-11-2017 12:54 PM
Calling2 join birah sini plak chuolss
@stayathomemom
Masuk mengadap tahniah fattzura.. semoga berbahagia till jannah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Errr...mcm mana Fazura boleh lepas buat umrah dgn family Fattah ye? Bukan utk wanita berusia 45 ke bawah nak buat umrah mesti ada mahram sekali ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Sbnrnya apa status mereka berdua ni
Pmg dah kahwinnke
Dah tunang ke
Cmne nii |
|
|
|
|
|
|
|
Lavender_Violet replied at 15-11-2017 12:57 PM
Errr...mcm mana Fazura boleh lepas buat umrah dgn family Fattah ye? Bukan utk wanita berusia 45 ke b ...
Abg dgn adik lelaki dia ikut |
|
|
|
|
|
|
|
Masuk rumah baru dgn ucapan tahniah bamtah n fazzy.. Selamat menunaikan umrah.. Selamat pergi dan balik.. We still loveeee u |
|
|
|
|
|
|
|
ok akk nak keluar dari peti sejuk beku SR
rasa terawang2 macam akk plak yg bernikah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|