CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12729|Reply: 81

Kek Kahwin Kawanku Musnah!

[Copy link]
Post time 4-12-2017 10:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 4-12-2017 02:15 AM

Kek Kahwin Kawanku Musnah!

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/12/03/kek-kahwin-viral/

Diterbitkan: Ahad, 3 Disember 2017 6:46 PM




PETALING JAYA: Hari perkahwinan umpama detik bersejarah yang paling dinanti-nantikan setiap pasangan mempelai bagi meraikan detik bahagia setelah sah diijabkabul sebagai suami isteri.

Selain pasangan merpati dua sejoli, kaum keluarga dan kenalan rapat turut teruja untuk memastikan majlis perkahwinan pasangan yang diraikan itu sempurna dan mampu memberikan kenangan terindah seumur hayat.

Namun, lain ceritanya bagi seorang wanita yang berhasrat untuk menaja kek perkahwinan buat sahabat karibnya yang ditempah daripada seorang pembuat kek terkenal apabila ia bertukar menjadi detik memalukan yang tidak mungkin dilupakan.

Kecewa dengan situasi itu, Syahilla Aziz memuat naik posting pada Sabtu malam mendedahkan pengalamannya dilayan acuh tidak acuh oleh pembuat kek tersebut sejurus wanita itu membuat bayaran sebanyak RM520 pada Isnin lalu.



Status yang dimuat naik oleh Syahilla menerusi akaun Facebook miliknya pada Sabtu malam.

Melalui posting tersebut, Syahilla mendakwa dia menempah kek perkahwinan dua tingkat yang dihiasi bunga segar dan bertemakan filem The Great Gatsby berwarna hitam, putih dan emas.

Namun, kek yang diterima pada majlis tersebut sama sekali tidak mengikut tema seperti yang dipinta oleh Syahilla dan didakwa tidak sepadan dengan harga yang dikenakan oleh pembuat kek itu.

Wanita yang berusia 31 itu ketika dihubungi mStar Online berkata, selepas posting tersebut mendapat perhatian netizen di Facebook, pihak pembuat kek terbabit tampil menghubunginya untuk membuat permohonan maaf secara peribadi.

"Rakan kongsi pembuat kek itu memberitahu bahawa dia dimasukkan ke hospital pada pagi Ahad kerana mempunyai masalah kesihatan.

"Saya diberitahu bahawa rakan kongsinya sudah beberapa kali menyuruh dia mengembalikan wang yang telah dibayar dan membatalkan tempahan, namun dia bertegas untuk melakukannya kerana saya bekas pelajar kelas membuat kek yang pernah dianjurkannya," kata  Syahilla.

Seorang netizen berkongsi pengalaman yang dialaminya selepas berurusan dengan pembuat kek tersebut.

Pembuat kek popular tersebut memiliki sekitar 95,800 pengikut di Instagram.

Menurut Syahilla, akaun Facebook miliknya turut dihujani pesanan peribadi daripada netizen yang mendakwa pernah 'terkena' dengan pembuat kek yang sama.

"Saya dapat tahu daripada seorang kawan yang awak pun terkena dengan B***** B*******.

"Tidak terkejut 'babe', saya pun terkena. Sangat tidak bertanggungjawab bila kita buat aduan...diam," tulisnya kepada Syahilla.

Sementara itu, pemerhatian mStar Online mendapati pembuat kek tersebut telah menetapkan akaun Instagram miliknya ke mod privasi dan usaha untuk menghubunginya bagi mendapatkan penjelasan tidak berjaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2017 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
alahai
kodai apo neh namonyo
den.slalu order kat kengkawan aje
bleh requestbutter anchor bagai
tp harga reasonable la
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2017 10:55 AM | Show all posts
kek macam ni biasa luar je cantik dalam rasa roti gardenier krim je.

akak lg suka kek cm secret recipe atau krim layer2 lembut mcm swiss roll
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2017 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik je kek tu i tengok..
Entah apa yg tak kenanya?

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2017 10:59 AM | Show all posts
sarahmirza replied at 4-12-2017 02:55 AM
Cantik je kek tu i tengok..
Entah apa yg tak kenanya?

Tak ikut the requested theme.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2017 11:00 AM | Show all posts
Kalau dah tak ikut theme orang tu minta, cantik macam mana kek tu pun tak guna. Common sense!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2017 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
vanillaninja replied at 4-12-2017 10:59 AM
Tak ikut the requested theme.

Oh....
apa2 la theme bagai ni.
Rumit betul ummah sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2017 12:17 PM | Show all posts
macam tema batu karang jerrr kek tuhh huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2017 12:24 PM | Show all posts
kahkah! memang buruk kek tu. tak great gatsby langsung
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2017 12:26 PM | Show all posts
Kalau tak boleh nak deliver macam mana yang mereka tempah elok decline atau pulangkan je duitnya.  Dari gigih juga nak cuba buat tapi tak menjadi nama baik sendiri juga akan busuk nantinya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2017 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Me ada follow ig baker ni..
Nasibla xpnh tempah per2 lagi...

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2017 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mommymonster82 at 4-12-2017 12:29 PM

Kek tu xikut tema 1 hal..
Lepas tu takkan harga 500..besar tu je..?

Kek tu kecik je..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2017 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
dah tu dia bagi tak kek tu kat kawan dia tu?
tapi bila tgk kek tu compare dgn price
Mahal sgt ke fresh flowers?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2017 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Baking bachelor ni dia punya kek sedap...
Sayangnya kalau dia buay camni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2017 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
kesahnye si bakingbachelor ni acuh x acuh je reply sis ni..dh bayar wat diam je...berhari2 wassap x rply gak..kek kawen bknnye kek bday..penaya je majlis kawin org..buruk kek harga rm500++..bagi kt newbie bakers laen pun lg elok la dr ni..kalau dh tau xley buat..jgn la amek order...tang retis elok molek je kek nye..tang rakyat marhein hasil hampeh..moral of the story, carik bakers yg xde kaitan dgn retis
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2017 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Baking bachelor ni en rabun jauh kan
Rasanya dia dah rabun dekat skrg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2017 01:03 PM | Show all posts
org yg mcm ni selagi nama x viral, mmg akan sentiasa aniaya org!
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2017 01:03 PM | Show all posts
tempah brg mkn ni, tempah dgn kedai la

ko tempah dgn org perseorangan,  home maker, suri rumah risiko ler
dibuatnya dia masuk spital, kiok kt dapur, rumah terbakar ke apa, gas meletup ke apa, sapa nk smbung buat kek tu?

lainla kt kedai, ada pekerja, kalau tuan kedai kiok, eksiden, kene langgar, bersalin, tetiba ke sawan babi  ke apa , pekerja ada leh cover kejer dia pstu siap kn

kalau ko tmpah dgn kawan, dia eksiden, sakit perut, cirit birit, hasilnya

kek macam cirit birit rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2017 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
yg diminta ala begini theme nye..great gatsby.



kek yg dpt kcik pstu jauh sgt theme yg direquest..ala kadar je hasilnye..kalau xley deliver n x mampu nk siapkan..jgn amek order.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2017 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah la mahal, buruk nak mampusnya design kek tu. So cincai tahap maksima. Lain kali tempah dengan Chinese baker jeh dek. Punya la ramai Chinese baker bukak kedai dok buat kek halal sekarang, pileh ja yang mana suka. Tempah online jah if malas ke kedai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.062384 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list