CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1590|Reply: 2

"Berdarah Digigit, Dibaling Botol Air Hingga Benjol Dahi," Kisah Guru

[Copy link]
Post time 4-1-2018 03:23 PM | Show all posts |Read mode





Menggalas tanggungjawab sebagai seorang pendidik bukan lah sesuatu yang mudah. Ramai yang beranggapan tugas seorang cikgu adalah mudah, mereka ini hanya perlu medidik anak bangsa sahaja. Ada pula yang beranggapan kerjaya seorang guru tidak sesibuk mana, mampu pulang seawal 2 petang dan banyak masa terluang.

Namun secara hakikatnya tugas guru sekarang bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangka. Tugas mereka ini mencabar bukan hanya tertumpu kepada mengajar sahaja. Hanya mereka yang bergelar guru sahaja yang akan memahami tugas dan beban yang dipikul sebagai pendidik.

Menerusi perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh, berkongsi kisah anak-anak pelajar yang menyakiti guru tidak pernah dihebohkan. Banyak perkara yang tidak pernah dikongsi oleh seorang guru mengenai kelakuan anak muridnya.




Cikgu rotan anak dengan pembaris kayu 15cm je pun, merah sikit je. Terus bawa check hospital siap report polis. Yang kena jentik telinga pun sama juga. Ada merah sikit, terus saman cikgu.

Ini antara cabaran guru Tahun Satu. Digigit murid yang mengamuk hendak ibu.

Pernah terlihat jari kawan sampai berdarah digigit anak murid, kena baling botol air hingga benjol dahi mereka. Dibaling pasir hingga masuk mata.

Tapi guru tetap senyum. Tetap dukung mereka. Tetap kasih dan melayani mereka tanpa sedikit pun memilih.

Nak pergi check hospital dan report polis? Jauh sekali. Seumur hidup aku belum pernah dengar cerita guru report polis dan saman ibu bapa kerana anak mereka gigit mereka sampai lebam. Sampai berdarah. Sampai benjol.

Yang kena tumbuk pun ada. Yang kena tendang kat perut saat sarat mengandung pun pernah berlaku juga. Malah, ada yang kena ludah.

Banyak kisah guru 'didera' dan 'disakiti' murid sebenarnya. Cuma mereka tak hebohkan sahaja.

Tak nak kecoh-kecoh. Tak nak panjangkan cerita.

Mereka tahu itu asam garam melayan karenah anak-anak. Lagi pun mereka masih budak kecil tidak tahu perbuatan itu salah.

Maka jika pernah ada guru tersilap 'menyentuh' anak kalian dengan niat untuk mendidik, jangan cepat hendak menghukum. Jangan cepat hendak membuat laporan dan membawa kes ke mahkamah.

Datanglah dengan tenang. Ceritalah dengan matang. Yang perlu maafkan, maafkan sahaja. Guru bukan malaikat. Masih manusia biasa yang sesekali membuat salah silap juga.

Kalian banyak tidak tahu kisah tersembunyi yang para guru sorokkan dari kalian. Kisah anak-anak kalian yang 'menyakiti' guru tidak dihebohkan. Sungguh!




- Kredit gambar : Cikgu Ahmad Din


#MFS
- Asam garam insan yang bergelar guru.



Sumber - ‎Mohd Fadli Salleh‎
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2018 04:04 PM | Show all posts
mak bapak bodo yang nak saman cikgu tu dah senyap kan? lega hak cikgu maruah di kembalikan
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2018 09:28 AM | Show all posts
aduhaiiiii...smpai kena gigit
pelik jugak kan..kalau budak2 jnis mengamuk ni
x tahu mcam mana parents didik dia org kat umah mcam mana kan
biasa tengok ank2 buah/sedara mara yg anak mcam ni parents yg sabar tahap dewa
dibiar jerk ank tu mengamuk mcm org gila & pujuk dgn lemah gemalai
kemudian turutkan sja apa kemahuan dia org..
tu pasal la jd gitu
so jd x takut dgn siapa pun sbb dimanjakan sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.278548 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list