Edited by pompankabaret at 1-2-2018 11:14 PM
surat dari Kementerian kesihatan:
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Dengan hormatnya e-mel tuan di bawah bertarikh 29 Januari 2018 adalah dirujuk. Surat Bahagian ini bertarikh 15 Januari 2018 xxxxxx adalah berkaitan.
2. Bahagian ini ambil maklum, pihak tuan hanya menerima surat yang dimaksudkan pada 26 Januari 2018dan memohon perlanjutan tempoh untuk mengemukakan maklum balas.
Sehubungan itu, kerjasama dan perhatian pihak tuan untuk mengemukakan maklum balas tersebut sebelum 9 Februari 2018 kepada PENGADU dan sesalinan ke Bahagian ini adalah amat dihargai. Sekian, terima kasih. Ketua Penolong Pengarah
Unit Aduan
Sektor Penilaian Perkhidmatan Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta
Bahagian Amalan Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
------- Surat dari prince court
PRINCE COURT MEDICAL CENTRE – MALAYSIAN IDENTITY TYPE AS MALDIVES (NO. KES: 13/18)
Dengan hormatnya, merujuk kepada perkara di atas dan dengan surat yang kami terima dengan rujukan xxxxx yang bertarikh 15hb Januari 2018. Sebagai makluman, kami akan memohon agar mendapat kelulusan bagi mengemukakan penjelasan berkaitan kepada pihak Puan Dr di dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penerimaan kami iaitu pada26hb Januari 2018. Bersama ini disertakan salinan surat permohonan kami untuk tindakan selanjutnya pihak Puan Dr. Untuk sebarang persoalan dan kerjasama, diharap agar pihak Puan Dr dapat menghubungi En. Azrai Torji (Eksekutif Kanan, Pematuhan dan Perlesenan) di talian 012-3247266. Sekian, pihak kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih terhadap kerjasama dan nasihat yang diberikan daripada pihak Puan Dr.
Salam Hormat
Yang Benar,
---------------------------------------------------
sebab saya ke prince court: iklan "
World’s Best Hospitals in Medical Tourism" luar nampak 5 bintang hakikatnya, semua mengelirukan... saya tidak akan ke prince court lagi...
Indah kabar daripada rupa.
mungkin saya akan saman prince court dan agen luar negara yg mempromosi prince court kononnya
World’s Best Hospitals in Medical Tourism
|