CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2200|Reply: 16

Pelajar Bukan Orang Gaji Padam Papan Hitam!

[Copy link]
Post time 24-1-2018 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Edited by jiwarasa at 24-1-2018 10:42 AM




Gambar Hiasan


Sebuah lagi kisah, seorang rakan saya yang bertugas di sebuah sekolah (bukan sekolah saya) menceritakan bagaimana dia ditegur kerana menyuruh anak didiknya memadam papan hitam. Ditegur supaya tidak menyuruh anak muridnya lagi melakukan sedemikian. Anak didik bukanlah orang gaji. Anak didik bukanlah orang suruhan. Anak didik adalah pelanggan kita.

Sejak itu, menjadi titik noktah. Dia serik.

Tentu tuan pernah menonton video yang viral bagaimana sekolah di Jepun yang mana anak didik yang menyapu lantai dan membersihkan kelas mereka. Jepun negara maju kot!

ni sebuah cerita di sekolah jiran, yang pada suatu hari seorang guru lelaki menegur seorang anak didiknya tentang disiplin. Menegur sahaja bukan menghukum atau mendenda malah bercakap pun dengan nada yang biasa.

Selepas itu, satu bahagian kereta guru itu dikopak, digores dan dicalar teruk. Guru itu menemui kembali anak didiknya itu.

“Kalau saya tahu awak mahu berbuat sesuatu dengan kereta saya, baik saya berikan awak terus duit daripada poket saya. Ambillah duit saya sekarang.”
Satu sindiran tentang bagaimana guru sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Kerana mengikut undang-undang, guru-guru tidak dibenarkan mengenakan hukuman ataupun denda kepada pelajar. Jika mengenakan hukuman fizikal, guru akan dipertanggungjawabkan. Jika guru menegur, maka semua kereta habis digores satu demi satu. Maka, apakan daya zaman sudah berubah.

Maka, beralihlah mereka ke alam dewasa di IPT dengan keluhan rakan saya yang bertugas selaku pensyarah itu. Rakan saya itu sungguh terkejut menerima whatsapp yang bertanya

“Tuan datang tak kelas pagi ini ?”
Sedangkan kita dahulu, menunggu 10 hingga 15 minit selepas jam 8 pagi. Ternanti-nanti jika pensyarah itu datang atau kelas dibatalkan sebaliknya tanpa diberitahu.

Jika dahulu, tidak hadir berhari-hari ke sekolah maka datanglah seorang guru yang menanyakan kisah mengapa tidak hadir.

Namun, zaman sekarang, guru datang menanyakan sudah berminggu-minggu tidak hadir. Datang menjemput anak didik ke sekolah dengan motor yang dibawa guru tersebut.

Esoknya, anak didik itu tidak datang juga. Lusanya tidak datang lagi. Guru itu datang lagi sekali.

Ayahnya yang melengkar lagi belum bangun dari tidur, terpisat-pisat selamba menjawab.

“La, saya ingatkan cikgu nak ambil anak saya hari-hari lepas ini”
“Cikgu, kalau nak anak saya datang awal sangat, cikgu buatlah asrama di sekolah itu ya”
Begitulah antara yang peristiwa yang hadir menjengah dalam minda saya apabila menceritakan tentang zaman sudah berubah. Klise sungguh apabila mereka menggunakan frasa sebegitu.

Zaman sudah berubah, cikgu
Zaman sudah berubah, cikgu
Zaman tuan-tuan belajar dahulu bagaimana ya?
Pernah atau tidak dirotan, dijemur, ketuk ketampi atau apa sahaja yang tidak boleh dilakukan sekarang. Apatah lagi duduk di atas lantai tar? Zaman kita-kita dahulukan. Saya pun pernah ditampar oleh ayah saya sendiri yang juga ustaz di sekolah saya di sekolah rendah dahulu.

Oh ya, satu hari saya pernah menghadiri sebuah bengkel di sekolah berasrama penuh di selatan daerah saya. Ya, sekolah berprestasi tinggi. Sedang saya memarkir kereta saya, saya melihat sekumpulan anak-anak didik bertuah ini sedang berjalan itik di atas padang sambil diperhatikan gurunya. Tangan di belakang. Turut perintah sungguh. Untuk pengetahuan, cikgu itu guru wanita. Harus menuntut ilmulah daripadanya.

Ya, kenangan yang amat dekat di hati. Zaman saya didenda sebegitu. Tersenyum saya melihatnya. Mendengar kata sungguh anak-anak didik itu akan hukuman itu. Dan, begitu beraninya dan tegarnya guru itu. Tak takutkah dipersoalkan kredibiliti hukuman sebegitu?. Kalaulah saya gemarkan memviralkan sesuatu dan suka dengkikan orang lain, saya akan ambil video kejadian itu dan sebar luaskan. Saya akan buat caption paling win.

“Guru denda pelajar sehingga pengsan. Tidak dibenarkan makan. Berjalan itik sehingga lewat petang”
Sudah tentu ayat itu tidak sekemas ayat saya dengan singkatan perkataan yang disukai orang sekarang.

Namun, saya tidak melakukannya kerana saya seorang guru. Hanya guru yang memahami dunia seorang guru. Cabaran dan getir hidup dijalani menjadi seorang guru mendidik yang zamannya sudah jauh berubah sama sekali. Sekalipun yang dilakukan itu sebenarnya untuk niat apa sebenarnya.

Guru ‘hamba’ kepada sistem ‘zaman sudah berubah’
Seorang doktor menulis di facebooknya tentang impiannya mahu bertugas selaku seorang doktor di daerah pedalaman. Yang jauh dari viral dan pelanggan yang suka menghentam dunia doktor dan jururawat. Suka memviralkkan situasi tidak benar kepada daerah komuniti penduduk pedalaman yang lebih tahu menghargai nilai kemanusiaan.

Hakikatnya, ada ramai juga guru yang mahu pulang ke daerah pedalaman dan kampung kerana tidak bisa mengajar anak-anak didik orang bangsawan yang menjadikan guru ‘hamba’ kepada sistem ‘zaman sudah berubah’.

Saya sudah lama tidak merotan anak didik saya. Sudah berbelas-belas tahun lamanya. Zaman sudah berubah tapi saya masih guru yang sama. Masih seperti dahulu.

Prof Muhaya pernah bercerita sewaktu zaman belajarnya dahulu arwah ayahnya sering mengajaknya pergi berhari raya ke rumah bekas-bekas guru Prof Muhaya. Jauh-jauh pergi beraya. Prof berkata arwah ayahnya mahu membalas jasa kepada guru-guru yang pernah mengadakan kelas tambahan secara percuma buat dirinya dahulu. Tanda berterima kasih. Begitulah orang zaman dahulu dengan guru-gurunya.

Bagaimanakah nanti 15 tahun lagi ya ? Takut pula sekiranya anak didik saya menumbuk saya yang sudah tua dalam umur 58 tahun kelak yang gigi nantinya sudah tiada lagi. Kerana sudah tidak ada apa-apa erti lagi dengan menjadi guru. Sekadar mengajar bukanlah lagi tentang mendidik.

Zaman sudah berubah, katanyalah.

Saya tinggalkan dengan serangkap pantun jelas menunjukkan suasana semasa.

Apa beza kolek dan sampan?

Mana panjang dari perahu?

Apa guna cantik dan tampan?

Adab kurang, mengaji tak mahu!


Kredit : As Syahid

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2018 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu aku ada cerita parents tak beri anak padam papan hitam.

Ada poremer tak percaya. Kata tak mungkin parents macam tu sekali. Mungkin cikgu buat cerita.

Untuk poremer itu, pohon hadam benang ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 10:50 AM | Show all posts
bertabah la cikgu cikgi sekalian..
lantak kan je la pelajar yang mak bapak kekwat tu..
esok yang tak jadi orang anak deme..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 10:59 AM | Show all posts
budak2 skrg takleh bg tugasan berat e.g: padam papan hitam ni..cedera parah nanti saper mau tanggungjawab
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah..sek ank saya ni cikgu masih hukum budak yg nakal dan tk buat keja sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 11:12 AM | Show all posts
pakai lagi ye papan hitam ni?
ingatkan dah tukar ke papan putih

dulu selalu ketuk2 habuk pemadam papan hitam tu kat longkang luar kelas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2018 11:16 AM | Show all posts
mcam2 hal..
nasib baik ank2 aku elok jerk bersekolah
da abis da pun....
xde masalah atau balik mengadu mcam2..
malah dia seronok pulak crita kalau dpt tolong cikgu/cikgu minta dia buat apa2
jd parents berfikir la dgn akal yg waras/lojik
kalau nak ank jd manusia baik spt mana yg kita harapkan
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 11:17 AM | Show all posts
Sian cikgu2 zaman skrg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2018 11:18 AM | Show all posts
padam papan hitam pon jadi hal besar.. bukannye suh anak ko berjemur kat tengah padang.. sensitif tak bertempat
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak kau ada asma or elergik ke logik la jugak tak bagi padam, selain dari tu aku rasa mengarut sangat dah manjakan anak ni..melahirkan tuan dah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 12:51 PM | Show all posts
kechikchomel replied at 24-1-2018 11:12 AM
pakai lagi ye papan hitam ni?
ingatkan dah tukar ke papan putih

logik la mak pak tak bagi. la ni tadak papan hitam dah.

pemadam papan hitam ni, dulu ada cikgu buat baling kat student yang sibuk bersembang kat belakang time dia mengajar. abih berdebu baju/seluar.

so... berbalik kepada topik, kalau tak boleh padam papan hitam/putih ni, adakah ini bermakna, kelas/sekolah dah tak ada jadual bertugas macam zaman-zaman 80-90an dulu? you know... sapu lantai, buang sampah, lap tingkap, susun meja/kerusi...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian cikgu2 zaman ni.. apa pon tak bole
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 01:09 PM | Show all posts
aku rindukan persekolahan yang tegas macam dulu...  cikgu2 semua tegas tapi kami semua tau cikgu sayangkan kami...  we kinda have special bonding dalam tegas2 garang2 tu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut habuk kapur masuk mata anak kot. Sbb tu x kasi
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 01:26 PM | Show all posts
dulu-dulu waktu sekolah, setiap hari ada jadual.

tugasnya;
sapu sampah
buang sampah dalam tong kat luar kelas
bersihkan tingkap (guna feather duster)
susun meja dan kerusi
termasuklah padam papan hitam.

sekarang ni tak tahulah siapa yang buat semua tu dah kalau katanya anak2 tak dibayar gaji untuk buat semua tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 01:36 PM | Show all posts
pakai papan itam lg ka??kakak aku senang dia beli projector kecik bawak netbook yg cenonet tuh dia buat slide show hg lambat salin ada aku kesahhh katanyer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2018 04:02 PM | Show all posts
AznieBunnie replied at 24-1-2018 12:51 PM
logik la mak pak tak bagi. la ni tadak papan hitam dah.

pemadam papan hitam ni, dulu ada cikgu  ...

betul2..teringat zaman dulu geng kena buat jadual tugasan kelas tu..kita yg buat,kita pilih sendiri nk giliran yg bila.haha

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.148861 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list