CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5843|Reply: 68

“Saya Mohon Lelaki Itu Hubungi Saya Segera.. Jika Dia Sudah Berkahwin, Saya Sang

[Copy link]
Post time 25-1-2018 12:47 PM | Show all posts |Read mode







“SAYA mohon lelaki itu hubungi saya segera. Jika dia sudah berkahwin, saya sanggup menyara barangan dapur dan wang bulanan untuk anak isterinya. Saya sudah terhutang nyawa dengan lelaki itu.”





Demikian pengakuan ikhlas pembantu klinik di Jitra, Azliza Othman, 33, selepas status Facebook (FB) menjadi tular untuk menjejaki individu yang membantu menolak keretanya ketika hujan lebat, Isnin lalu.




Azliza berkata, tujuan dia memuat naik status itu bukan untuk mencari cinta tetapi kerana terhutang nyawa dengan lelaki itu yang sanggup berhenti membantunya ketika kereta dipandu terhenti di lorong kanan Jalan Batu 17 berhadapan Masjid Baru Padang Perahu, Jitra, Kedah, ketika dalam perjalanan ke Perlis, Isnin lalu.
“Kejadian kira-kira 5 petang, jalan dilalui dilanda banjir kilat menyebabkan kereta saya terhenti di lorong kanan dan kemudian melintang di tengah berdekatan selekoh berbahaya.
“Saya ketakutan ketika itu bimbang dilanggar oleh kereta atau lori, dan tiada sesiapa pun membantu saya ketika itu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.


Ibu tunggal kepada seorang anak lelaki berusia lapan tahun itu berkata, dia ternampak seorang lelaki menunggang motosikal sebelum melambai lelaki berkenaan dari dalam kereta.
“Lelaki dianggarkan berusia 40-an itu berpatah balik dan membantu menolak kereta saya ke tepi jalan manakala saya berada dalam kereta untuk mengawal stereng.
“Selepas itu, seorang rakan saya yang melalui kawasan berkenaan datang dan bersembang sebelum lelaki itu hilang secara tiba- tiba, tanpa sempat saya mengucapkan terima kasih atas bantuannya yang sanggup menggadai nyawa meredah jalan raya,” kata nya.
Dia yang juga juru mekap sambilan berkata, dia tahu lelaki berkenaan memerlukan bantuan kewangan melihatkan pakaian dan motosikal ditunggang nya.
“Saya berniat baik untuk membantu lelaki berkenaan sebagai membalas jasa kerana sanggup membantu saya.
“Bayang kan, ketika kejadian tiada seorang pun yang sudi membantu saya, jika lelaki berkenaan tidak membantu kemungkinan saya sudah hilang nyawa akibat di langgar kenderaan lain di lorong kanan” kata nya.
Azliza berkata, ramai netizen yang salah faham maksud statusnya kononnya untuk mencari lelaki berkenaan untuk ‘menggatal’ sedangkan niat nya hanya untuk membalas jasa.
“Ramai yang menghantar mesej kepada saya mengaku sebagai lelaki itu, namun saya dapat kenal pasti muka lelaki yang membantu saya dan tolong jangan menyamar.
“Apa dikesal kan, saya tidak sempat mengambil nombor pendaftaran motosikal lelaki itu untuk memudahkan pencarian dan berharap usaha menjejaki lelaki ini di permudahkan Allah SWT,” kata nya.
Sebelum ini, tular di FB status Azliza yang merayu lelaki berkenaan menghubungi nya segera sehingga tidak lena tidur terfikir mengenai kebaikan lelaki itu.


Sumber : harianmetro via mdia terkini

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2018 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Niat dah ok..cuma ayat tu aje kontroversi sikit...
ubah sikit ayat yer....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 12:54 PM | Show all posts
"Dia yang juga juru mekap sambilan berkata, dia tahu lelaki berkenaan memerlukan bantuan kewangan melihatkan pakaian dan motosikal ditunggang nya."

mana ko tau lelaki tu susah...asal naik moto je kata susah
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam2 hal
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 12:59 PM | Show all posts
udah xlena tidur jadinye...adakah ini jodoh??
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 01:03 PM | Show all posts
tebal mekapnyer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2018 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah..mujur bukan laki aku..hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Incoming drama tv3 "jodohku sipenolak kereta"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2018 01:34 PM | Show all posts
ntah kenapa aku x berkenaan ngan posting dia...  

cukuplah hanya  mendoakan yg baik2 kat laki tu kalo terhutang budi sangat pun ...

Ini siap nak sara keluarga bagai mcm byk benor duit dia tapi kerani n mua je pun..ingatkan doktor lawyer majistrett bisnessman...

harap2 lelaki tu x yah lah muncullah... kang kalo dah kawin jadi cerita lain ..post baru pulak sanggup bermadu pulak
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 01:41 PM | Show all posts
attention seeker nak lariskan bisnes je nih
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Posting dia, penulisan dia, gambar dia...emmmmm....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 01:44 PM | Show all posts
dan2 je jalan cerita kawan datang sekejap pastu dgn penuh misteri lelaki tu hilang
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 01:49 PM | Show all posts
taktik nak promo produk timbang kilo je ni..
confident je cakap laki tu orang susah based on naik motor dan pakaian..
jenis senang kena tipu bila bawak kereta besar pakai smart tapi duit dalam bank rm10..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 01:50 PM | Show all posts
seorang rakan saya yang melalui kawasan berkenaan datang dan bersembang sebelum lelaki itu hilang secara tiba- tiba


Rakan dia tu bersembang dengan dia ker dengan lelaki tu?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 02:07 PM | Show all posts
Mesti ni jenis kuat berangan ayat cam skrip drama kul 7 je kowser
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 02:21 PM | Show all posts
ko tahu gang kerabat yg namanya tidak didendangkan dimana2 mags atau TV apatahlagi namanya hendak dimasak dengdeng hahhahaha...


naik kapcai saja tp polis escort belkanag ...

kerabat negeri xboleh sebut kangggggggg kontroversi susah dikejar paparazzi pula

kpd awex diatas

doaka Allah murahkan rezeki dia  andia ko fikir dia susah


utk mencari jodoh ,jgnlah caras suami org..nak dijaidkan suami bukan aprt tolak kereta ko tengah hujan saja  tp yg boleh tolak ko masuk syurga ,,mungkin didunia dia tolah kerusiroda ko....

ehh susahlah nak buat suami kena tengok byk  segi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2018 02:21 PM | Show all posts
andai*


part******
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 02:24 PM | Show all posts
Cerita rekaan di hari ini yg dingin di tambah dengan angin sepoi2 bahasa
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 02:53 PM | Show all posts
hermm... ibu tunggal...

BAHAYA....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 03:04 PM | Show all posts
amboih selpie & ayat2 tu mengundang betui
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.067760 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list