CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3243|Reply: 24

AkhirNya Gadis Ini Telah Berjaya Jumpa Lelaki Yang Dicari!! Saat Jumpa Sungguh T

[Copy link]
Post time 29-1-2018 04:05 PM | Show all posts |Read mode





“SEBAIK bertentang mata dengan dia, saya sebak dan menangis kerana dialah orang yang saya cari selama ini, yang sanggup membantu menolak kereta saya yang rosak ketika hujan lebat, Isnin minggu lalu,” kata Azliza Othman.

Kisah Azliza dilaporkan Harian Metro pada 24 Januari lalu selepas dia memuat naik status Facebook untuk mencari lelaki berusia 40-an yang sanggup menolak keretanya ketika hujan lebat sehingga ramai netizen salah faham dan mengecam tindakannya itu.

Menurutnya, selepas lima hari mencari, akhirnya dia berjaya mengesan lelaki terbabit, Kamalruzaman Ahmad, 43, sebaik menerima panggilan daripada seorang wanita.

Katanya, wanita itu yang enggan dikenali memberitahu tempat Kamarulzaman bekerja iaitu di kedai buku di Pekan Jitra.

“Mulanya saya berasa ragu-ragu untuk pergi ke situ, namun disebabkan semangat untuk bertemu orang yang membantu, saya nekad untuk pergi ke kedai buku berkenaan tengah hari tadi untuk mendapatkan kepastian.

“Sewaktu bertemu dengannya, dia memberitahu ada terbaca kisah saya tular di laman sosial namun dia tidak mengesyaki apa-apa kerana kejadian itu bukan di Batu 17 seperti yang saya nyatakan, sebaliknya di Padang Perahu, Jitra.

“Apabila saya beritahu yang dia adalah orang yang saya cari, dia hanya senyum dan saya kemudian mengotakan janji dengan memberinya wang sagu hati sebagai ganjaran kerana membantu saya tempoh hari,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Azliza yang juga pembantu klinik berkata, dia sangat terhutang budi dengan lelaki itu kerana sanggup berpatah balik membantunya dalam keadaan hujan lebat semata-mata untuk menolak Perodua Kancil miliknya yang rosak.

Katanya, ketika itu keretanya berada di tengah jalan di belakang treler dan sebaik menyedari kehadiran motosikal dinaiki Kamalruzaman, dia terus menahan motosikal itu.

“Saya tak sangka dia sanggup berpatah balik, betapa besarnya pengorbanannya ketika itu walaupun dia langsung tak kenal saya.

“Selepas bertemunya hampir 20 minit, saya sudah cukup puas hati dan dia beritahu pada saya yang dia mempunyai isteri dan empat orang anak,” katanya.

Azliza berkata, sejak kisahnya disiarkan dalam akhbar ini, ramai yang cuba menghubunginya termasuk menghantar pesanan melalui Whatsapp dan memberi laporan palsu selain meminta ganjaran yang dijanjikan untuk memberi maklumat mengenai lelaki itu.

Katanya, semua maklumat yang diberikan itu tidak tepat menyebabkan dia hampir berputus asa sehinggalah dia menerima panggilan daripada wanita itu, semalam.

“Tanpa fikir panjang, saya terus mencari orang yang sangat mulia itu dan dari riak wajahnya, dia seorang yang sangat baik dan lurus,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang pembantu klinik di Jitra cuba menjejaki individu yang membantu menolak keretanya ketika hujan lebat.

Usahanya mula mendapat perhatian sebaik dia memuat naik status Facebook bagi mencari individu berkenaan, tular.

Azliza berkata, tujuan dia memuat naik status berkenaan bukan untuk mencari cinta tetapi kerana terhutang nyawa dengan usaha lelaki itu yang sanggup berhenti membantunya ketika kereta yang dipandunya berhenti di lorong kanan jalan Batu 17 berhadapan Masjid Baru Padang Perahu, Jitra ketika dalam perjalanan ke Perlis Isnin lalu.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2018 04:17 PM | Show all posts
Syukur alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 04:22 PM | Show all posts
disebabkan desakan rakan sekerja aku terpaksa mengalah.....puasla hati ko dah jumpa aku ye
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 04:36 PM | Show all posts
harap-harap dia kotakan janji nak sara orang tu anak beranak
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 04:38 PM | Show all posts
bodo juga netizen duk pung pang cakap tolak kereta mercedes . pe2pun syabas niat balas jasa yang menolong.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 29-1-2018 04:36 PM
harap-harap dia kotakan janji nak sara orang tu anak beranak

Rasanya klu di offer jd 2nd wife, mesti dia reject tu.....

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2018 07:03 PM | Show all posts
Baguslah dah jupa juga akhirnya dan kembali ke reality bukan dalam angan2 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Bg saguhati je?
Haritu bkn kata nk sara org tu ank beranak ke..
Btw akak ni salah mekap ke ape..kening dia x balance
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2018 09:30 PM | Show all posts
pearl.silver replied at 29-1-2018 07:10 PM
Bg saguhati je?
Haritu bkn kata nk sara org tu ank beranak ke..
Btw akak ni salah mekap ke ape..ke ...

kena cermat lah dalam berkata2 biar berpada2...org dha kahwin....hutang budi tolak kereta dgn yg tahan redah dalam rumahtangga tu siapa nak   balas...

Budi terbesar permepuan ni boleh buat hanyalah jgn sesekali  caras suami org lepas tu buat statement isteri tua sudah lama moved on ke laut


Budi mmg bawa ke mati walau kita rasa nak bayar semuanya tanpa perlu rasa terhutang budi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Perlu eh nak selpie?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 29-1-2018 06:02 PM
Rasanya klu di offer jd 2nd wife, mesti dia reject tu.....

sapa yang reject kaka? hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 10:18 PM | Show all posts
pearl.silver replied at 29-1-2018 07:10 PM
Bg saguhati je?
Haritu bkn kata nk sara org tu ank beranak ke..
Btw akak ni salah mekap ke ape..ke ...

klu rupa mcm serap muslim....
for sure dia tanggung anak beranak, lelaki tu pun tak yah kerja dah...kerja dgn dia je...

ni....
pepaham je lah....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 10:22 PM | Show all posts
pearl.silver replied at 29-1-2018 07:10 PM
Bg saguhati je?
Haritu bkn kata nk sara org tu ank beranak ke..
Btw akak ni salah mekap ke ape..ke ...

Kening tak balance?.....
Akak nampak muka mcm ketat je....mcm ada yg tak lepas tu....
mcm terpaksa je selpie.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2018 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 29-1-2018 10:22 PM
Kening tak balance?.....
Akak nampak muka mcm ketat je....mcm ada yg tak lepas tu....
mcm terpak ...

Hahaa..kening dia macam salah lukis..
Sebelah tinggi sebelah rendah
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2018 03:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlm gmbar atas tu dia ke bini laki tu? Knape nmpk mcm 40an plak? Prangai dah la xsemenggah. Ckp nk tlg sara ank bini laki tu. I syak masa dlm hujan tu nkpk hensem. Skali dpn2 atok2 sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2018 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 30-1-2018 03:03 AM
Dlm gmbar atas tu dia ke bini laki tu? Knape nmpk mcm 40an plak? Prangai dah la xsemenggah. Ckp nk t ...

Masa buat statement nak sara ank bini org tu, dia imagine muka mcm zulripin.....

Bila dah tgok, terus lupa dah statement dia pernah buat ....tu yg amik gmbar sambil ketap gigi....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2018 10:16 AM | Show all posts
kenapa tajuk gadis..gadis ke..klu gadis iols ajet2 dalam lingkungan early 20's gituh..


tp...ermm
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2018 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Korg ni org buat baik pn nk kecam..lantak p la dia nk bls budi gitu..laki tu xmintak blsan pn pmpuan tu yg beria yg nk cari sbb nk bls budi.Sampai ke muka laki tu korg buat bahan pdhl heols xde slh pon.
Hrp2 pmpuan tu kotakan janji nk tggung brg dapur kluarga laki tu bulan2 bkn stkt bg sagu hati je.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2018 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 29-1-2018 07:10 PM
Bg saguhati je?
Haritu bkn kata nk sara org tu ank beranak ke..
Btw akak ni salah mekap ke ape..ke ...

Dia tengah senyum sinis sambil angkat kening sebelah ala2 ziana zain. Dia kutuk forumer cari lah kott sbb dia ada berkuntum kat sini

Cc: @nooriesz
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2018 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
evlinne replied at 30-1-2018 01:05 PM
Dia tengah senyum sinis sambil angkat kening sebelah ala2 ziana zain. Dia kutuk forumer cari lah k ...

ahhahahhahahha.. ok la klu die jmpe sang jejaka yg menolong dikala hujan dgn tulus suci dan ikhlas..
so die da buktikan la ape yg die up kt fb.. tahniahh la yeaa.. lain kali ayt tu jgn la mcm citer kol 7 atau nobel.. buat kne hencap jer.. xmemasal naik id forum aku

btw.. fbnye tu knp kezennye yg pegang.. n umur sheol ni brpe yea.. lain pulak mse tgk kt fb dgn metro ni.. tp mekap mentenn..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.104726 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list