Edited by zasrfikri at 3-2-2018 11:53 PM
GALAKSI VIRAL - Mari kita lihat siapakah Penyanyi Lelaki Paling Berjaya di Malaysia Sepanjang Zaman. Pemilihan dilakukan berdasarkan bakat dan populariti yang setara dan mempunyai impak yang hebat terhadap industri muzik Malaysia amnya.
PENYANYI LELAKI
PALING BERJAYA DI MALAYSIA
01. ALLAHYARHAM TAN SRI P.RAMLEE
NAMA PENUH : Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh
UMUR : 44 tahun (Meninggal Dunia)
TARIKH LAHIR : 22 Mac 1929
TEMPAT LAHIR : Pulau Pinang, Malaysia.
TAHUN AKTIF : 1945 - 1973
CATATAN :
Allahyarham Tan Sri P.Ramlee adalah Penyanyi Lelaki, Penghibur dan Legenda Muzik No.1 Malaysia. Arwah adalah penanda aras paling atas dan Ikon Muzik Malaysia sepanjang zaman. Semua karya beliau adalah masterpiece dan evergreen.
02. ALLAHYARHAM DATO' SUDIRMAN
NAMA PENUH : Sudirman bin Arshad
UMUR : 37 tahun (Meninggal Dunia)
TARIKH LAHIR : 25 Mei 1954
TEMPAT LAHIR : Pahang, Malaysia.
TAHUN AKTIF : 1976 - 1992
CATATAN :
Allahyarham Dato' Sudirman adalah Penghibur No.1 Malaysia yang cukup terkenal dengan pelbagai gimik persembahan di atas pentas. Beliau juga merupakan penyanyi yang sangat versatile kerana boleh menyanyikan pelbagai jenis rentak lagu dengan baik sekali. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang Legenda Muzik Malaysia yang cukup dihormati rakyat jelata kerana kebanyakan lagu-lagu beliau sangat dekat dengan kehidupan rakyat tempatan serta kejayaan beliau memenangi anugerah antarabangsa iaitu Penghibur No.1 Asia di Saleem Music Award Festival 1989, London.
03. DATO' M.NASIR
NAMA PENUH : Mohamad Nasir bin Mohamad
UMUR : 61 tahun
TARIKH LAHIR : 04 Julai 1957
TEMPAT LAHIR : Singapura
TAHUN AKTIF : 1979 - kini
CATATAN :
Dato' M.Nasir diberi gelaran Sifu Muzik Malaysia kerana kehebatan beliau di dalam bidang seni nyanyian Malaysia. Beliau merupakan Artis Lelaki Pertama yang menang tiga anugerah utama bidang nyanyian iaitu Artis Paling Popular Anugerah Bintang Popular 1994, Juara Anugerah Juara Lagu 1994 & 1999 dan Album Terbaik Anugerah Industri Muzik 2001/2002. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang komposer paling popular di Malaysia kerana banyak lagu beliau meletop di pasaran muzik tempatan.
04. DATO' JAMAL ABDILLAH
NAMA PENUH : Jamal Ubaidillah bin Haji Mohd Ali
UMUR : 59 tahun
TARIKH LAHIR : 07 Mei 1959
TEMPAT LAHIR : Perak, Malaysia
TAHUN AKTIF : 1979 - kini
CATATAN :
Beliau digelar sebagai Raja Pop Malaysia. Nama beliau sentiasa berada di papan atas industri muzik Malaysia sejak awal 80 an sehinggalah kini. Selain itu, vokal emas yang dimiliki beliau juga menjadikan beliau di antara vokalis lelaki terbaik di Malaysia.
05. DATO' AWIE
NAMA PENUH : Ahmad Azhar bin Othman
UMUR : 50 tahun
TARIKH LAHIR : 24 November 1968
TEMPAT LAHIR : Kuala Lumpur, Malaysia
TAHUN AKTIF : 1985 - kini
CATATAN :
Dato' Awie adalah Penyanyi Lelaki No.1 Malaysia untuk tahun 1995, 1996,1997, 1998 dan 1999. Beliau juga digelar Raja Rock Malaysia. Banyak lagu solo beliau yang hits dan menjadi evergreen sehingga ini seperti Tragedi Oktober, Ukiran Jiwa, Ratuku, Di Penjara Janji, Terima Kasih dan banyak kali.
Kalau nak baca dengan lebih lanjut, boleh rujuk sumber rujukan ini. >> PENYANYI LELAKI PALING BERJAYA DI MALAYSIA SEPANJANG ZAMAN
|