View: 8243|Reply: 87
|
Fattah suami manja - Fazura
[Copy link]
|
|
Edited by skinskin at 21-2-2018 03:03 PM
sumber BH Online
KUALA LUMPUR: Pelakon, Nur Fazura Sharifuddin, pernah berasa ragu-ragu dengan perkahwinan kerana bimbang andai lelaki ditakdirkan menjadi suaminya seorang yang kuat mengongkong.
Justeru, daripada menghabiskan separuh daripada usianya bersama lelaki yang salah, Fazura lebih rela hidup membujang.
Biarpun ramai yang mengatakan dirinya rugi kerana tidak berkahwin awal, pelakon yang mula dikenali menerusi filem Bicara Hati ini tidak ambil kisah kerana dia yakin dengan keputusannya.
Bagaimanapun, semua perasaan gusar dan bimbang itu hilang, manakala pandangannya terhadap percintaan serta perkahwinan juga berubah apabila dirinya sah menjadi isteri kepada pelakon, Fattah Amin.
Selepas tiga bulan mahligai cinta mereka terbina, Fazura mengakui lelaki terbabit ialah suami terbaik buat dirinya.
"Kalau saya cakap nanti, orang kata saya mengada-ngada pula, tetapi Fattah sememangnya seorang suami yang baik dan sangat memahami. Dia tidak pernah memberikan sebarang tekanan kepada saya, apatah lagi mengongkong.
"Sebelum ini, memang saya takut untuk berumah tangga kerana bimbang akan dapat suami yang suka mengawal gerak-geri dan mengganggu kerjaya saya. Memang saya trauma dengan lelaki yang suka mengarah dan menetapkan dengan siapa saya boleh berkawan atau keluar.
"Ternyata Fattah tidak bersikap sedemikian. Dia memberi kebebasan sepenuhnya, selain membenarkan saya bekerja. Kalaulah saya tahu sikapnya itu lebih awal, sudah lama saya berkahwin dengannya," jawab Fazura ketika ditanya fasa baharu alam rumah tangga dilaluinya ketika ini.
Enam bulan serius menjalinkan percintaan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga, pelakon J Revolusi ini berkata, mereka masih dalam peringkat mengenali hati budi dan belajar menerima kekurangan serta kelebihan masing-masing.
"Kami bercinta selepas berkahwin. Apabila sudah menjadi isterinya, ada juga perangainya yang saya baru tahu. Antaranya, dia seorang yang manja. Kadang-kadang, apabila tiba masa nak tidur, dia akan suruh potongkan kuku. Jadi, kenalah bangun.
"Fattah juga seorang yang sabar dan pemaaf. Sepanjang tempoh perkahwinan kami, macam-macam perkara berlaku kepadanya, seperti dikecewakan mereka yang dianggap sebagai kawan rapat. Bagaimanapun, dia tidak pernah berkata buruk pasal mereka," cerita aktres berusia 34 tahun ini.
Menyifatkan mereka sebagai pasangan saling melengkapi, Fazura memberitahu, Fattah juga banyak membawa perubahan dalam kehidupannya.
"Saya kini lebih tenang dan terasa lengkap dengan kehadirannya. Ada yang menjaga dan apabila ditimpa masalah, adalah juga tempat untuk mengadu. Kalau bergaduh pun, selalunya disebabkan benda remeh.
"Walaupun sebelum ini ada antara kawan rapat yang skeptikal dengan perhubungan kami, tetapi kini mereka sudah dapat menerimanya selepas mengenali diri Fattah sebenar," ujar Fazura ketika ditemui pada majlis tayangan telefilem, Janji Zehan, di ibu kota.
Fazura dan Fattah selamat bernikah pada 27 November lalu dalam majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di Kuala lumpur. Mereka akan mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka pada 25 Februari ini.
Dalam perkembangan lain, pelakon yang juga seorang penyanyi ini baru saja selesai menjalani penggambaran filem terbaru berjudul The Legend Of Pontianak.
Berkongsi pengalaman, Fazura mengaku melihat kelibat pontianak ketika berada di set penggambaran di Hulu Langat, Selangor.
"Ketika kejadian itu, saya sedang makan bersama kru lain. Sambil makan, saya pun membuka cerita mengenai kejadian makhluk terbabit datang ke lokasi penggambaran. Rupa-rupanya, tidak jauh dari kawasan tempat kami bersembang itu, pontianak yang dimaksudkan sedang memerhatikan saya.
"Selepas dimaklumkan seorang kru, saya menoleh ke belakang. Memang saya nampak seorang wanita berpakaian kebaya putih, sama dengan apa yang saya pakai ketika itu. Bersama rambut panjang yang dilepaskan ke depan, dia memerhatikan saya, seperti diberitahu oleh kru itu," cerita Fazura.
Sebelum ini, aktor yang terbabit dalam filem sama, Remy Ishak turut mendedahkan perkara yang sama apabila diganggu makhluk menyeramkan ketika di lokasi.
"Itulah pengalaman saya melihat hantu. Memang menakutkan. Ketika kami berlakon, memang ada nampak kelibatnya, tetapi saya buat tak tahu saja," katanya.
...............................................................................
sumber: utusan online
Tiga purnama melayari kehidupan berumah tangga, pasangan popular Fattah Amin, 28, dan Nur Fazura, 35, kini mendakap bahagia.
Bukan sahaja setiap perkongsian di laman sosial menjadi bualan hangat netizen malah kehadiran mereka pada acara keramaian menjadi buruan lensa tidak kira oleh media massa mahupun peminat yang ingin merakam momen pasangan ini.
Melalui fasa solo yang cukup selesa selain pernah beberapa kali menjalin hubungan cinta, pada mulanya Fazura tidak merasakan perkahwinan adalah satu jawapan kepada kehidupan yang bahagia.
Malah pada awalnya dia takut perkahwinan hanya akan menyebabkan kariernya mati begitu sahaja.
Bagaimanapun pilihan untuk mendirikan rumah tangga dengan Fattah memberi gambaran baharu buat definisi hidupnya kini. Selain mengecapi bahagia, jelas Fazura, suaminya juga adalah penyokong utama dalam kariernya.
“Saya memang risau dengan perkahwinan sebab trauma dengan hubungan sebelum ini yang banyak mengawal saya. Saya takut karier saya terganggu tetapi Fattah berbeza.
“Kalau saya tahu ini rasanya alam perkahwinan, awal-awal lagi saya mahu berkahwin,” katanya berseloroh.
Dia kemudiannya menyambung: “Pada mulanya memang saya beranggapan hidup solo itu lebih selesa sebab kita boleh buat keputusan sendiri tanpa gangguan. Bagaimanapun Fattah tidak pernah meletakkan saya dalam keadaan tertekan.”
Tidak jemu-jemu memuji suaminya, Fazura turut menggambarkan suaminya itu juga seorang yang sangat penyabar.
“Dia adalah seorang suami yang baik, berkenalan hanya enam bulan sebelum berkahwin ternyata tempoh tiga bulan ini sangat manis sebab kami saling mengenali hati budi masing-masing.
“Yang orang tidak tahu mengenai dia, suami saya adalah seorang yang pemaaf.
“Sebenarnya dalam tempoh tiga bulan ini banyak yang berlaku kepada dirinya tetapi dia tetap bersabar,” jelas Fazura.
Mengakui yang Fattah bukan sekadar suami tetapi insan yang akan sentiasa dengannya ketika jatuh dan bangun, kata Fazura, kehadiran Fattah menyempurnakan dirinya.
“Apabila kita dalam masalah, dia ada dengan saya... begitu juga bila kita pulang ke rumah, kita ada seseorang yang menanti.
“Kelebihan berkahwin bukan sekadar saya dapat meneruskan pekerjaan saya seperti biasa tetapi juga dapat seorang suami yang sangat memahami,” ujarnya.
Tambah Fazura, kehadiran Fattah turut disenangi rakan-rakan yang selama ini menjadi peneman setianya.
“Pada mulanya memang kawan-kawan saya agak skeptikal dengan Fattah apabila mendengar pelbagai kisah (yang) tidak benar.
“Tetapi apabila mereka sendiri mengenali Fattah, ternyata mereka juga bersetuju dengan pilihan saya.
“Fattah juga tidak ada masalah untuk berkawan dengan rakan-rakan saya. Hubungan mereka sangat baik,” kata Fazura yang memilih tema kisah dongeng untuk majlis resepsi mereka yang bakal diadakan pada 25 Februari ini secara tertutup.
“Resepsi ini juga tidak akan mendapat liputan di laman sosial bagi menghormati keluarga saya yang mahu privasi dalam hal ini.
“Bagaimanapun pada 11 Mac nanti akan diadakan satu lagi resepsi khas buat peminat dan ramai yang boleh hadir,” jelasnya.
Semakin kenal, semakin manja
Fattah yang ditemui pada pelancaran produk terkini keluarannya juga turut berkongsi kisah rumah tangganya.
“Sebenarnya kalau peminat perasan kami berdua ada persamaan iaitu seorang yang manja. Jadi bila di rumah, sikap manja kami lain macam.
“Semakin kami saling mengenali dengan lebih rapat, semakin manja jadinya,” dedahnya kepada Mega HITS.
Bukan itu sahaja, Fattah juga memberitahu, disebabkan sikap manja masing-masing, hal kecil pun mereka kongsi sehingga topik perbualan menjadi serius dan panjang lebar.
“Mungkin itu cara untuk kami pupuk kepercayaan dan memahami antara satu sama lain. Kadang-kadang kita rasa hal itu kecil tetapi orang lain fikir sebaliknya.
“Jadi supaya tidak timbul sebarang masalah, kami cerita mengenai semua perkara,” ujarnya.
Tentang persediaan pasangan itu dalam memikirkan soal cahaya mata, Fattah menyerahkan hal tersebut kepada Yang Maha Kuasa untuk menentukan rezeki mereka.
Katanya, dia dan Fazura tidak merancang atau menetapkan sebarang tempoh yang sesuai untuk menimang cahaya mata hanya kerana mahu mengecap kebahagiaan alam perkahwinan pada tahap optimum.
“Kami tidak kisah jika ditakdirkan untuk memperoleh zuriat dalam masa terdekat.
“Meskipun masing-masing sibuk, saya pasti dengan kehadiran cahaya mata, Allah akan permudah kerana anak itu sumber rezeki,” jelasnya
Berhenti berlakon?
FATTAH yang bakal tampil menerusi filem sulung, KL Special Force pada 8 Mac ini berharap karya arahan Syafiq Yusof itu dapat mengubah landskap seninya.
Begitu dikenali dengan watak romantik ekoran kejayaan beberapa drama lakonannya, Fattah mahu menjadikan filem tersebut sebagai penanda aras baharu dalam hala tuju terhadap bidang seni.
“Sebenarnya saya sudah berhenti menerima sebarang tawaran berlakon kerana mahu memberi fokus terhadap promosi filem ini.
“Saya harap sentuhan magis Syafiq itu dapat menukar persepsi penonton yang selama ini mengatakan saya seorang pelakon stereotaip, terikat dengan satu-satu watak sahaja.
“Membawakan watak seorang polis dengan lagak aksi yang dilakonkan sendiri menerusi beberapa babak, harapnya penonton boleh membuat penilaian mereka.
“Rakan lakon, Datuk Rosyam Nor dan Syamsul Yusof juga banyak membantu menggilap bakat untuk menyerlahkan sisi lain Fattah Amin,” katanya.
Pada masa yang sama, keputusan untuk berehat seketika daripada lapangan seni adalah untuk memberi fokus kepada perniagaannya yang baru sahaja ditubuhkan.
“Saya baru sahaja melancarkan produk pertama syarikat milik saya, MRP Diet Sdn. Bhd., berupa sup segera dengan tiga perisa iaitu tom yam, cendawan dan ayam.
“Produk ini adalah bayi sulung saya dan perlu diberikan tumpuan supaya perjalannya lancar, bukan hangat-hangat tahi ayam.
“Selepas sup, MRP Diet juga akan mengeluarkan produk minuman kesihatan detoks berperisa buah beri yang dinamakan BerryTox.
“Harap langkah saya untuk membina empayar perniagaan dipermudah dari semasa ke semasa,” katanya.
Buah tangan baharu
Menghabiskan masa selama dua minggu di Iran untuk menyiapkan naskhah terkini lakonannya yang kini di tayangkan di Astro First Eksklusif, bagi Fazura, Janji Zehan memberi peluang untuknya mendalami satu lagi budaya baharu.
“Apabila diberi peluang untuk berlakon dengan Bernard Chauly, saya terus bersetuju.
“Memang pada mulanya apabila beritahu lokasi penggambaran di Iran, saya agak skeptikal. Malah bukan sahaja saya tetapi juga keluarga dan rakan.
“Tetapi bila sampai di sana semuanya baik malah kami dapat menjalani penggambaran dengan lancar.
“Yang menjadi perbezaan adalah makanannya, memang pada mulanya saya tidak biasa tetapi selama dua minggu di sana saya belajar erti menghormati budaya dan erti kesabaran,” katanya.
Kali pertama digandingkan dengan pelakon kelahiran Iran, Amir Rezazadeh, Fazura memberitahu, dia berpuas hati dengan gandingan berkenaan.
“Bercakap soal perbezaan memang ada sebab saya sudah lama berlakon tetapi dia masih baharu namun semuanya berjalan dengan baik.
“Berlakon sebagai pasangan suami isteri juga memerlukan kami mencipta keserasian dan kami tiada masalah,” katanya.
Selain Bernard, Zabrina Fernandez juga adalah pengarah bersama Janji Zehan.
Berdurasi selama 90 minit, telefilem ini bergenre drama dan romantik turut membuat penampilan khas ialah Bront Palarae sebagai abang kepada Zehan bernama Faizal.
Fazura juga baru selesai menjalani penggambaran filem baharu, The Legend of Pontianak berpasangan dengan Remy Ishak. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
I suka sangat Ngan dua org nih. Walaupun i tak pernah tengok Fattah tu berlakon. Tgk kat IG sweet je diorg. Saling melengkapi |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki manja ni pencinta wanita tegar chuol. Semoga Fazura sebagai kak long kawasan sentiasa berjaya mematahkan jurus2 cobaan mengextend mesjid oleh tino dan jantan garit terhadap suaminya. |
|
|
|
|
|
|
|
Fazura tak jeles ke kalau bam tah berlakon dgn heroin lain? |
|
|
|
|
|
|
|
chazey replied at 21-2-2018 02:03 AM
Lelaki manja ni pencinta wanita tegar chuol. Semoga Fazura sebagai kak long kawasan sentiasa berjaya ...
Zaman skg ni jantan pun x tlepas sebagai pesaing pengextend ye chuolss |
|
|
|
|
|
|
|
Dah dia muda. ...tambah2 tahu fazura ni lawa banyak peminat. ...tentu dia ikut takut kehilangan ...entah2 dulu sebelum fattah ni terkenal pun dia dah memang minat fazura ni. ... |
|
|
|
|
|
|
|
Macam TMJ dulu dia dominan. ...tak kisah pun kehilangan perempuan. ..dengan duit petik jari jah. ..... |
|
|
|
|
|
|
|
Mestilah adik kena ikut ckp kakak |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 21-2-2018 07:17 AM
Dah dia muda. ...tambah2 tahu fazura ni lawa banyak peminat. ...tentu dia ikut takut kehilangan ...e ...
Haah dia ada ckp gitu kan. Zmn2 fazura gol n gincu pon dia dh minat |
|
|
|
|
|
|
|
manja korang towards each other tu dpt pahala. hehehe. teruskan bercinta fattzura! |
|
|
|
|
|
|
|
So suwitttt derang ni...hopefully mahligai yg dibina berkekalan hendaknya...aamiin |
|
|
|
|
|
|
|
Tasabar nak tengok mejelis resepsi theyol kelak |
|
|
|
|
|
|
|
babynina30 replied at 21-2-2018 07:49 AM
Haah dia ada ckp gitu kan. Zmn2 fazura gol n gincu pon dia dh minat
Kan. Teringat statement nazreef apa ntah nama heols. Nazreef ni satu batch hero remaja dgn fattah. Nazreef kata masa batch dorg 2011/2012 hampir semua hero minat kat faz termasuk fattah. |
|
|
|
|
|
|
|
"seperti dikecewakan mereka yang dianggap sebagai kawan rapat. Bagaimanapun, dia tidak pernah berkata buruk pasal mereka"
siapa? kesian gak fattah ni... asyik kena je oleh org2 keliling dia. dia baik sgt kot.. tu yg org suka amik kesempatan. |
|
|
|
|
|
|
|
zaman gol gincu meols xrasa fattah kenal..tgk adik adik dia yg xkenal retis sgt ni buatkan meols speku camtu.. mungkin fattah mula kenal bila dia masuk hero remaja tu..and suka camtu2 je kot xdela celebrity crush sgt.. semulajadinya mmg dia manja la uols..ibu dia pung kata camtu..ayah dia pun kata apa apahal tempat dia mengadu ke ibu dia la selalu skrg dah ada wife.wifela tempat dia skrg.. alaa fazzy pun manja jugakk..kan fattah ckp persamaan diaorg ialah diaorg sgt manja... semoga kasih syg mereka hingga ke tua.
|
|
|
|
|
|
|
|
mesti zaman dolu2 tu faz rase terkongkong kan..sampai terpaksa senyap few years dari buat something yg dia passionate about..
btw mengadanya kau bamtah,bini nk tido pun mintak potongkan kuku ye..mujur kawen ngan kak faz, kalau kawen ngan meols kossserrrrr nak layan.. |
|
|
|
|
|
|
|
abam xde close friend yg dia boleh percaya..ibu je tempat dia uols.. tgk jela mcmana dia dgn ibu dia mmg dah tau sgt dia manjaa...
|
|
|
|
|
|
|
|
faz ni walaupun sheols ni kaklong kawasan tapi kalau dgn bf atau suami, taatnya mcm wanita melayu terakhir. masa finale hsc yg depa buat live tu, abam marah suruh duduk, sheols duduk. banyak kalilah nampak kalau bamtah suruh sheols buat apa2 sheols ngikut aje. untunglah bamtah.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar tunggu reception diorang. tengok semalam ig story diorang pergi fitting etc, teruja kot iols.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|