CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1358|Reply: 7

“Pakcik dah rasa hancurnya hati pakcik bila dibuang anak sendiri,”Air Mata Saya

[Copy link]
Post time 23-2-2018 12:18 PM | Show all posts |Read mode




Assalamualaikum..just nak share 1 story yang agak buat hati ni sedih sangat… Tadi pergi dobi dekat dengan tasik prima tu …lepas settle letak baju dalam washing machine saya perasan ada seorang pakcik yang duduk dekat kedai dobi tu… Saya pun tegur.. Assalamualaikum pakcik…pakcik basuh baju ke? Dia pun balas sapaan saya dengan senyuman yang sangat ikhlas. Saya pun tanya lagi, Pakcik tinggal kat mana… Tiba2 dia jawab pakcik takde tempat tinggal..




Pakcik tinggal di surau yang berdekatan… Tak silap saya dia cakap tinggal di surau yg dekat dengan kfc tasik prima tu.. Saya bertanya lagi..kenapa pakcik tinggal kat sana? Pakcik tu pun mula bercerita …sempat saya lihat matanya mula berkaca.  Bermula la kami borak2 kosong… Pakcik tu cerita dia dihalau oleh anaknya… Mata ni mula berkaca juga (kita memang cpt sedih kalau bab mak ayah ni) … Pakcik tu sambung lagi cerita


.dia ada 2 orang anak… Lelaki dan perempuan… 2 orang anaknya dah berkahwin…isteri dia meninggal pada tahun 2015.. Katanya dia dihalau oleh anaknya yang kini tinggal di court 2…saya tak berapa pasti apa sebab nya… Pada pendapat saya walau apa salah seorang ayah dia sekalipun, sampai nya hati awak buang ayah awak… Saya tekun dengar pakcik tu bercerita… Sambil air mata dah tak mampu nak tahan lagi… Saya menagis juga … Pakcik tu pesan pada saya… Selagi nyawa ayah dan ibu awak ada.. Awak jagalah ibu ayah awak nak… Rezeki awak tidak akan putus kalau awak jaga ayah awak ..


Pakcik dah rasa hancurnya hati pakcik bila dibuang anak sendiri…anak yang pakcik besarkan dengan penuh kasih sayang… Semua keinginan anak pakcik, pakcik turutkan ..akhirnya ini balasan yang pakcik dapat nak..kata pakcik tu… Lagi la air mata saya ni laju… Sedih sangat2… Lepas borak2 panjang dengan pakcik tu tak sedar baju dalam mesin dah berhenti ..saya pun hulurkan sedikit sumbangan yang termampu saya beri… Pakcik tu cuba menolak..dia cakap awak nak kahwin..nak pakai duit.. Tak payah la nak… Tapi saya cuba memaksa juga utk ambil …





Alhamdulilah pakcik tu ambil sambil mendoakan saya… Semoga murah rezeki ya nak ..pakcik mampu doakan utk awak saja…. Semoga rumahtangga awak bahagia hingga ke jannah… Tiba2 rasa nak nagis lagi …hati ni mmg lembut sangat… Cepat sangat sedih… Sebelum berlalu pergi tinggalkan pakcik tu… Hati ni sayu sangat… Kalau anak dia ada dalam fb ni.. Saya merayu ambil la ayah awak balik .. Ayah awak tu syurga awak..


Sedih saya tgok ayah tadi… Walaupun dia pernah salah atau apa saja dia lakukan pada awak.. Maafkan lah ayah awak..sedangkan awak kecil2 dulu dia penat lelah membesarkan awak … Pada sesiapa nak hulurkan bantuan pada pakcik ni.. Boleh terus jumpa pakcik ni di surau berdekatan kfc tasik prima…

Ini Dinatara Komen Netizen Yg Memuji Tindakan Gadis INi…




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2018 12:31 PM | Show all posts
nak dengar cerita anaknya pulak..

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp anaknya buang..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Yes..nk dgr cerita anak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 03:00 PM | Show all posts
Tak nak cekap menghakim jadi kalau boleh nak dengar cerita dari pihak anaknya pulak
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Dobi tasik prima ni hot betul....

Tadi kat fb, kes curi seluar dalam kat dobi ni.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2018 04:15 PM | Show all posts
ada la pakcik tu buat something horrible, kalau tak takkan la anak eh sanggup halau dia..
btw tengok muka pakcik tu mcm familiar...  
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 04:31 PM | Show all posts
mcm mana cara pacik didik anak....then mcm mana jd bapak tunjuk contoh yg baik tak waktu anak membesar...last sekali apa pacik dh buat sampai anak2 senang je buang mcm tu...kalau semua cukup susah dapat anak2 mcm ni... kecuali campurtgn menantu hantu je la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.042855 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list