View: 35293|Reply: 72
|
[Idea]
...KUASA FIKIRAN...
[Copy link]
|
|
Edited by seribulan at 28-2-2018 08:52 AM
FEB 13, 2018Bagaimana "MENGUBAH" Takdir
(Tiga perkara yang boleh "mengubah" takdir.., InsyaAllah)
Dulu masa aku belajar agama, ada satu silibus penting iaitu; BETULKAN FIKIR.
Biasa bila sampai masjid, ustaz akan suruh betulkan fikir kerana apa yang kita fikir, itu yang akan kita dapat. Ustaz kata jangan fikir nak cari salah orang, tapi fikir nak baiki diri dengan serah diri pada perintah Allah.
Aku pada mulanya tak tahu macam mana nak betulkan fikir, lalu kawan aku cakap, dia pernah waktu duduk di masjid fikir nak makan kuda, tiba tiba kuda melintas jalan, eksiden!, cedera dan disembelih, lalu daging kuda di beri kepada Jemaah masjid, dapatlah dia makan daging kuda buat pertama kali dalam hidupnya..
Aku masa tu anggap kebetulan jer tu, lalu aku fikir nak makan jagung rebus, lama aku fikir, petang tu orang kampung datang bagi jagung rebus, wow!
Lepas tu aku fikir nak makan durian, tak dapat terus, tapi esoknya dapat! Orang kampung datang bagi pada aku yang sedang iktikaf di masjid. Lepas tu aku fikir nak makan daging itik sebab lama dah tak makan, tak dapat terus, dalam tiga hari akhirnya ada orang tiba tiba bagi aku makan daging itik!
Bila aku cerita pada ustaz, maka ustaz tegur aku:
“Hamka! Jangan fikir tentang makanan, jika fikir tentang makanan, makananlah yang kau dapat. memang manusia di beri kuasa Fikir, Manusia fikir atas besi, besi boleh jadi kapal laut, fikir lagi atas besi, besi boleh jadi kapal terbang. Orang kaya fikir tentang wang, bisnes menjadi semakin maju, orang miskin fikir tentang salahkan orang lain, akhirnya semakin miskin! Gunakan kuasa fikir di jalan yang benar!
Formula formula matematik yang ditemui itu pun berkat fikir manusia, teknologi-teknologi sains yang manusia cipta adalah berkat fikir dengan sungguh sungguh! Betapa hebatnya fikiran manusia. Fikir apa sahaja, kemudian, ia boleh terjadi. Ini Sunnatullah!
Jadi, kenapa kamu tak manfaatkan fikiran kamu yang hebat itu untuk fikir atas agama? Jika fikir atas benda dunia pun menjadi, maka fikir atas agama pun, mesti jadi! Sampai masjid kita kena bawa lari dari fikir dunia kepada fikir akhirat. Kita sebagai orang Islam, fikir kita kena betul. Jika banyak fikir dunia, maka dunialah yang akan maju. Cuba kita ubah kerisauan kita daripada kerisauan dunia kepada akhirat... insya-Allah, kita akan berjumpa jalan-jalan ke arah akhirat. Nabi fikir tentang ummat, akhirnya agama tersebar dan ramai ummat dapat hidayah!"
Panjang aku kena ceramah dengan ustaz tentang JANGAN SALAH GUNA KUASA FIKIR, tapi memang betulpun apa yang ustaz cakap, masuk akal sebab apa yang ustaz tu cakap sebijik macam LAW OF ATTRACTION yang terkenal di Barat.
Aku waktu itu memang ada baca buku HOW LIFE WORKS oleh Andrew Matthew, yang bincang bab “Law of Attraction”, atau dalam Bahasa melayu, hukum tarikan.
Iaitu REAKSI FIKIRAN kita akan menghantar gelombang kepada alam semesta dan akan menarik AKSI KEJADIAN selari dengan gelombang otak.
Katanya, Jika kita berfikiran ceria, maka nasib yang untung akan tiba, tapi jika kita berfikiran murung, nasib malang akan menimpa. Begitu lebih kurang.
Kata pengarang, dia bergaduh dengan isterinya, lalu isterinya bengang dan pandu kereta hingga sampai di lampu traffic light warna merah, isterinya berhenti sambil tunggu lampu hijau, tiba tiba kereta lain datang dan langgar isterinya. Katanya bencana datang sebab isterinya sedang menghantar gelombang kesedihan pada alam semesta.
Waktu lain, kata pengarang bila dia susah hati, semua benda tak jadi, tapi bila dia senang hati, semua yang di buat-menjadi! Inilah kuasa fikiran yang boleh mengubah takdir!
Jadi, dalam konsep “Law of Attraction” di Barat, Mereka percaya gelombang positif dari otak akan mengundang takdir positif dalam hidup yang dikuasai alam semesta, dan gelombang negatif dalam otak juga akan mengundang takdir negatif dalam hidup, cuma mereka tak merujuk kepada kuasa Tuhan, tapi merujuk kepada kuasa alam semesta sebab mereka tak percaya pada TUHAN tapi percaya pada kuasa alam semesta dalam bab kuasa fikir.
Mereka juga percaya bahawa semua dalam alam ini saling berhubung dengan manusia, dan mereka juga percaya dengan kuasa doa dan niat! (sebijik macam ajaran islam!)
Siap mereka percaya, jika fikirkan orang lain ditimpa bencana, maka bencana akan timpa kita! wow!
Jadi jika korang ada baca buku The Secret dan Law Of Attraction maka yakinlah kita bahawa asas kefahaman kedua buku tersebut telah diajarkan oleh Nabi Muhammad 1400 tahun yang lalu. Jadi kita tak payah nak ikut Hukum TARIKAN ini dalam bab ‘mengubah’ takdir sebab mereka takde Tuhan, boleh pulak berdoa kepada Alam Semesta! adohai..,
Jadi mari kita balik ke pangkal jalan kerana semua ini sudah ada dalam Islam dalam bab kuasa fikir:
Firman Allah “Aku mengikuti sangkaan hambaKu padaKu, jika sangkaannya baik maka baiklah yang didapatkan, jika sangkaannya buruk maka buruklah yang didapatkan.
Tempat lain Allah berFirman: “Mintalah kepadaku niscaya kuperkenankan bagimu”.
Maka yakinlah kita bahawa Allah memberi kita KUASA FIKIRAN yang boleh ‘mengubah’ TAKDIR ALLAH, Kuasa itu ada dalam FIKIR, NIAT dan DOA.
Dengan tiga perkara ini, kita boleh ‘mengubah’ takdir dari sudut padangan kita.
Note: di sisi Allah semua takdir telah tertulis, di sisi kita, belum tahu apa takdir yang di tulis, maka usaha perlu dibuat untuk ‘mengubah’ nasib tapi dengan yakin yang betul bahawa segalanya telah ditakdirkan.
Dalil Allah suruh ubah Nasib:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka”
Jadi bagaimana nak ubah?
Guna kuasa fikir, niat, dan doa:
Allah berfirman: Aku bersama sangkaan hambaku padaku, dan aku menyertainya ketika ia telah berdoa pada ku.
“Setiap orang akan memperoleh sesuai dengan apa yang ia niatkan” (HR Bukhari Muslim)
“Aku mengikuti prasangka hambaKu, jika prasangkaannya baik maka baiklah yang didapatkan, jika prasangkaannya buruk maka buruklah yang didapatkan.” (Hadits Qudsi)
Maka fahamlah kita, dengan betulkan FIKIR, betulkan NIAT, dan Betulkan DOA, maka takdir akan berubah daripada takdir yang tidak baik kepada Takdir yang lebih baik!
Sebab tu Nabi gunakan kuasa FIKIR nya untuk risau kepada Ummat, Nabi NIAT untuk selamatkan semua Ummat, dan Nabi DOA siang malam untuk selamatkan Ummat hingga berbondong bondong orang masuk islam, tapi bukan semua sebab hidayat ditangan Allah, dan inilah takdir.
Akhir kata:
Kita adalah apa yang ada dalam fikiran kita, dan fikiran kita akan menarik apa yang kita fikir, jika kita takutkan hantu, maka semua benda nampak seram, dan ada peluang untuk berjumpa dengan hantu walaupun itu hanyalah kain putih ditiup angin, bunyi kucing bersetubuh pun kita akan sangka suara puntianak bila terlalu fikirkan hantu! Adohai.
Tapi jika kita fikir tentang nikmat Allah, lalu bersyukur, Allah akan tambah nikmat, jika kita mengeluh, maka hidup akan menjadi lebih susah, jika kita sangka baik, maka takdir baik akan berlaku, sungguh Allah tak akan ubah nasib kita jika kita tak berusaha, sebab tu Nabi fikir risau ummat, dan berdakwah sungguh sungguh pada ummmat dan Yakin bahawa rezeki serta Hidayat milik Allah.
Hasil kerja kita adalah takdir Allah tapi kita kena berusaha dan bertawakkal sebelum takdir itu berlaku.
Wahai hati, apa yang sedang kamu rasa? Bertenanglah dan pergilah berjumpa dengan Tuhanmu Bersama hati yang tenang!
Amin.
POSTED BY HAMKA KERETA MAYA
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sy setuju sgt dgn kuasa fikiran.
Masa zmn sekolah, cikgu sll htr sy gi kem motivasi.
One of the speaker suruh tulis ape yg kite mahu dlm hidup.
So sy tulis matlamat hidup sy sampai sy umur 25thn.
Alhamdulillah tercapai semua.
Lps tu sy stop.x tulis. Hurmmm
I shld start sml. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
saya setuju, sebab kalau kita sedih apa yang kita nak buat semua takkan menjadi. cuba kalau kita gembira InsyaAllah semua Allah permudahkan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku setuju dgn kata2 seribulan...
And yes, kdg2 dalam feng sui juga ada mengajar beberapa perkara spt yg dnyatakan seperti di atas.
Salah satunya, kurang kan mgumpat atau berkata buruk tentang orang sekeliling anda. Sebab mcm satu energy atau "chi" jahat akan masuk dalam diri anda. Tapi berbuat baik la selalu dengan orang sekeliling walau siapa pun dia dan bagaimana kehidupan dia. Jangan sesekali jadi penyumbang masalah kepada kehidupan mereka. Seperti kita menjoyah atau myebarkan sekeliling yg anak si anu mengandung luar nikah dan kawin senyap. Sedangkan orang cuba menutup aib dan sedang bertaubat serta memperbetulkan kehidupan. Serta merta mendapat masalah. Cukup lah anda dan org yg tahu hal ni tahu cerita(brp byk tahu da... teringat tauhu fa yg sedap). Tak usahlah d canang ke sana sini. Kita tak tahu apa orang sedang uruskn dalam kehidupan dan masalah dia alami.
Tapi bagi aku pula, memang bila kita kurang mgumpat tentang orang sekeliling kita, hidup kita jadi aman dan tenang. Kita akan pikir perkara positif sahaja..kuasai fikiran dengan perkara baik2 saja tentanf org sekeliling kita....
Perkara seterusnya.
Set kan dalam diri, jangan sesekali berhutang dalan kalau terhutang sila lah bayar. Set dalam minda, bila aku selesai hutang2 ni hidup mesti aman. Dan yes, anda ada goal dalam hidup utk settle hutang kreta rumah mak abah dan rakan2 anda.. dan anda terasa lega.. sebab dalam fikiran anda, telah terset dengan satu minda d mna anda perlu settle segalanya.
Selain itu, latih fikiran anda untuk tidak putus asa dan lemah.. percaya lah segala masalah yg datang anda boleh hadapi...
Yang jadi kat aku pula;
Pernah satu masa aku drive kat area ampang.. satu motor drive laju tp still ok jgk la bagi aku sbb x merbahaya. Entah tetiba aku terdetik.. silap2 dlm bbrp km dia ni boleh accident ni kalau silap langkah. And yes... after few km lepas dia overtake aku.. dia selesai.. tak dpt control kelajuan atau kenapa aku x pasti.. dia terlanggar lori aiskrim and dangg... berkecai terheret..
Byk lg nak crita tp rehat jap.. lotih menaip kat hp |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kata-kata Hamka Kereta Mayat
Tapi memang apa yang teringin di fikiran, memang dapat...macam adik nak telur itik...biasanya susah nak dapat...ada pula yang menjual...hairan bin ajaib
|
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 28-2-2018 03:35 PM
Kata-kata Hamka Kereta Mayat
Trima kasih che seribulan atas 200 kedit.. happy.. hahaha..
And yes memang terjadikan.. kita kdg kala tak terjangkau oleh akal yg benda kita fikir akan dapat atau jadi. Bagi aku pula, ianya datang dari Allah. Memberikan rezeki atau perkara tepat pada masanya.. ( yg ni kes mcm che seribulan)..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg kita fikir dan sebut berulang kali
Yes.
Masa smk cgu sllu tny cita2
Ai ulang cita2 yg sama wlipun hny utk jln selamat...
Ke situlah ai skg...
Kata2 kn doa katanya...
So guys carefull with ur words |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
setuju.
kata-kata adalah doa.
bila kita fikir positif,aura positif itu sentiasa ada dlm fikiran dan tingkah laku kita.
"kadangkala apa yg kamu suka itu tidak baik untukmu, tapi yang kamu tidak suka itu yang terbaik bagi mu" |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
doa yg baik2, InshaAllah yg baik2 la kita dpt..
di uji sikit2 tu biasa la.. nama pn kehidupan kan.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ya. Fikiran tu ibarat magnet pd kehidupan. Siapa yg suka baca buku Law of Attraction dan The Secret mesti faham benda2 mcm ni. Sebab tu Islam suruh kita bersangka baik atau dalam istilah skrg berfikiran positif. Nanti perkara positif tu akan dtg pd kita. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 1-3-2018 10:59 AM
Ya. Fikiran tu ibarat magnet pd kehidupan. Siapa yg suka baca buku Law of Attraction dan The Secret ...
Oh my lama ai ingat u non moslem |
|
|
|
|
|
|
|
GigaMom replied at 1-3-2018 01:49 PM
Oh my lama ai ingat u non moslem
Mihmihmih............ |
|
|
|
|
|
|
|
Kena fikir yg positif lepasni, mudahan yg baik jugak yg datang
I suka fikir lebih2, fikir byk benda ngarut, fikir apa yg I dah buat silap. Lastly jadi migrain pastu mula la hidup murung ja seharian, buat apapun serba tak kena
Esok tu mesti I cuba kuatkan diri utk lupa. Haritu semua benda lancar saja. Betullah semua yg berlaku based on apa yg kita fikir |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Meols pulak..tak bole fikir sesuatu perkara..sbb mesti jadi sebaliknya. Jadi apa meols buat adalah..jgn fikir tp usaha je sampai dpt. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ya setuju!
Bila kita fikir nakkan sesuatu contohnya, nma pon hendak, mesti kita akan berusaha ke arah itu. Bila ada usaha automatik kita berdoa bermohon bhajat. Slalunye walau xcepat, akan dapat juga.
Penah jugak nakkan benda yang mustahil akan dapat sbb halangan kemampuan dari segi kewangan, tapi asikla tbayang2 berangan2, Alhamdulillah... Diberi keizinan untuk memiliki.
Tp itulah, slalu juga fikir perkara x elok, ade negative mindset, hah pon mendapat jugak . Huhuhuhu..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Saya setuju. Kerana apa yg kita fikir dan rancang itu adalah doa kita dalam hati.
Pernah satu ketika, roommate saya ketika mengerjakan haji, bergaduh hebat dengan suaminya. Sampai dah menyebut perkataan minta cerai. Dalam keadaan kalut saya pujuk dia pergi berjumpa kaunselor tabung haji.
Saya bawa dia berjumpa kaunselor. Baru tersedar masa kaunselor berjumpa dia, tekak saya begitu kering dan haus. Nak pergi beli air, tak bawa duit. Ternampak air mineral atas meja di pejabat kaunselor tu, sambil bercakap dalam hati, "kalau dapat minum air mineral tu pun sedap". Saya sabar menunggu roommate saya berjumpa kaunselor.
Tak lama tu, pegawai kaunselor lain masuk ke pejabat tu, sambil bertanya serba sedikit, kemudian dia mengambil jus mangga di dalam peti ais, lalu menghulurkan kepada saya.
Usai mengucap terima kasih, saya pandang jus mangga sejuk tu sambil mengucap syukur pada Allah. Mendengar lintasan hati hambaNya
Saya cuma mengharap air mineral, tp Allah beri rezeki jus mangga yang sejuk dan manis...
Alhamdulillah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 1-3-2018 10:59 AM
Ya. Fikiran tu ibarat magnet pd kehidupan. Siapa yg suka baca buku Law of Attraction dan The Secret ...
I have that book, tp bc 2 mukasurat, tidur |
|
|
|
|
|
|
|
koi tak pernah lak mcm tu bila kita pikir akan terjadi... mungkin sbb koi xpernah pikir bukan2 kot... cuma waktu kerja je koi byk pikir... lg satu boleh ke pikiran kita nh sama spt doa? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Fikir, ditambah dgn rasa (Feeling). Itulah yg menghasilkan gelombang (wave) dan disebarkan untuk apa yg kita fikir dan rasa tu jadi kenyataan (manifested). Kena rasa dgn kuat sekali macam benda yg kita nak tu kita dah dapat (good feeling). Dan Allah pasti makbulkan, insya Allah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|