View: 4340|Reply: 11
|
Tempat Dah Cantik, Namanya Pula Pelik! Dalam Malaysia Je, Dah Pergi Belum?
[Copy link]
|
|
Tidak dinafikan lagi Malaysia sememangnya mempunyai banyak tempat semula jadi yang sangat indah. Pulau, sungai, hutan dan gunung-ganang ada yang didiami dan ada yang tidak berpenghuni.
Kali ini kami ketengahkan tempat-tempat indah di Malaysia dengan nama pelik yang mungkin anda tidak pernah dengar!
Pulau Kentut Besar/Pulau Kentut Kecil
Foto:says.com
Lagenda menyatakan bahawa pulau ini mendapat namanya dari kejadian yang berlaku semasa majlis perkahwinan anak perempuan Gunung Mat Cincang dan anak Gunung Raya di Langkawi. Keluarga pengantin perempuan telah menghidangkan nasi setengah masak kepada pengantin lelaki mengakibatkan dia kentut sebanyak dua kali setelah memakannya.
Gunung Besar Hantu
Foto:says.com
Gunung Besar berketinggian 1.462 meter di atas paras laut, menjadikannya gunung tertinggi di Negeri Sembilan. Namun tidak banyak fakta menjelaskan apa maksud di sebalik nama ‘hantu’. Perjalanan ke gunung itu mengambil masa enam jam dari Kampung Chenah di Kuala Klawang, Jelebu.
Gunung Besar Hantu juga merupakan rumah kepada air terjun Lata Kijang , salah satu air terjun tertinggi di Semenanjung Malaysia, yang terletak di dasar gunung.
Pulau Babi Tengah
Foto:says.com
Terletak sembilan batu nautika dari pantai Mersing di Johor, pulau yang dahulu digunakan sebagai kem transit pelarian Vietnam, kini diwartakan sebagai taman laut oleh kerajaan Malaysia. Kini perkataan babi tidak digunakan lagi dan ia lebih dikenali sebagai Pulau Tengah.
Pulau Babi Besar
Foto:says.com
Kini dikenali sebagai Pulau Besar, sebelum ini ia dikenali sebagai Pulau Babi Besar kerana terdapat banyak babi hutan yang mendiami pulau itu sebelum ia dikomersialkan.
Terdapat enam buah kampung di pulau ini - Kampung Atap Zing, Kampung Batu Hitam, Kampung Busong, Kampung Teluk Bakau, Kampung Teluk Kampa dan Kampung Teluk Penagat - dengan hanya sekitar 100 nelayan dan keluarga mereka.
Sungai Bangang
Foto:says.com
Sungai ini mungkin ‘bangang’ tapi ia salah satu daripada sungai yang paling indah di negara ini. Terletak kira-kira 100 kilometer dari Kuala Terengganu, sungai berwarna hijau zamrud ini adalah sebahagian daripada laluan mendaki ke Chemerong, Berembun, dan Langsir (CBL) di Terengganu.
Ia mengambil masa kira-kira dua hari untuk sampai ke Sungai Bangang. Trek biasanya bermula dari Hutan Rekreasi Chemerong di Dungun, dan kemudian ke Puncak Chemerong, dan Puncak Berembun. Setibanya di sana, para pendaki biasanya menghabiskan malam di puncak Air Terjun Langsir untuk bangun pagi yang indah pada keesokan harinya.
Sungai Bangang boleh dicapai kira-kira tiga jam dari puncak Air Terjun Langsir.
Pulau Susu Dara
Foto:says.com
Hanya sedikit info yang diketahui tentang asal usul pulau ini. Pulau Susu Dara, Pulau Susu Dara Besar dan Pulau Susu Dara Kecil terletak berhampiran Pulau Perhentian di Terengganu. Pelawat biasanya tinggal di Pulau Perhentian dan pergi untuk perjalanan snorkeling ke kepulauan Susu Dara.
Anda tahu nama tempat pelik yang lain? Kongsilah dengan kami pada komen di bawah! -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
pulau kopek vokuru uols xpernah pergi lagi kan? kalau pergi , pendekar penyu pun ada mengeram telur kt cleavage vokuru.
by the way kelakar juga nama pulau kt malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
pulau susu dara |
|
|
|
|
|
|
|
kekekek!! ada kopek ke dia.
Pulau Babi Besar tu confirm meleis tak berani nak jejak
|
|
|
|
|
|
|
|
Sungai bangang tu lawanye air dia. |
|
|
|
|
|
|
|
dah pernah pergi pulau babi besar ni early 90s .. buat team building kat sana .. sgt2 cantik .. airnya jernih
|
|
|
|
|
|
|
|
jangan lihat pada nama... |
|
|
|
|
|
|
|
Rainrein replied at 1-3-2018 02:13 PM
Sungai bangang tu lawanye air dia.
Dolu iols pegi sungai belukar bukit
Kaler sebiji gini
Aduhai syiok nye tp iols x dpt.nak.mandi |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 1-3-2018 07:46 AM
Dolu iols pegi sungai belukar bukit
Kaler sebiji gini
Aduhai syiok nye tp iols x dpt.nak.mandi
Tapi baca artikel tu kemain lagi susah nak sampai sungai tuh. Sungai belukar bukit kat mana uols? |
|
|
|
|
|
|
|
Rainrein replied at 1-3-2018 04:34 PM
Tapi baca artikel tu kemain lagi susah nak sampai sungai tuh. Sungai belukar bukit kat mana uols? ...
Kat hulu.terengganu
Best gilaaa..jernih gini la
Kaler biru laut gitu |
|
|
|
|
|
|
|
pulau susu dara memang cantik..pulau tenggol pun cantik kalau nak dive |
|
|
|
|
|
|
|
oh dah tukar nama ya pulau kt johor tu..baru tahu.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|