View: 4038|Reply: 6
|
10 Penjara Paling Mewah Di Dunia, Siapa Sangka No.4 Pun Wujud!
[Copy link]
|
|
Penjara yang dikelilingi jeriji besi dan berbau busuk sering dikaitkan sebagai tempat menggerunkan lagi mengerikan! Namun, ternyata ada penjara 'terlajak mewah' dan lebih nyaman dari hotel.
Lengkap dengan katil empuk, ruangan nyaman serta fasiliti lainnya. Malah, ada penjara menawarkan kelas pelatihan ketrampilan hingga fasiliti gimnasium. Bahkan, ada juga penjara di mana ibu bapa boleh menemani anaknya. Jom tengok sama mewah atau tidak penjara berikut seperti dipetik Brilio.
1. Penjara Bastoy, Norway
Penjara ini terletak di pulau Bastoy dan boleh menampung hingga 100 pesalah. Di dalam penjara ini terdapat lapangan tenis, pacuan kuda, kolam memancing, dan kawasan berjemur.
2. HMP Addiewell, Scotland
Penjara ini memiliki sel yang nyaman dan pesalah akan dilayan baik. Mereka menjalani kursus sehingga boleh kembali ke masyarakat setelah bebas kelak.
3. Pusat Pemulihan Otago, New Zealand
Sel di penjara ini tersusun cantik di mana pesalah boleh belajar selok-belok pertanian, tekik elektro dan juga memasak.
4. Penjara Aranjuez, Sepanyol
Penjara untuk kanak-kanak pun ada! Penjara ini menyediakan fasiliti terbaik untuk anak-anak yang ditahan. Dalam tahun pertama di penjara, ibu bapa dibenarkan untuk menemani mereka. Sel di penjara ini direka bentuk untuk anak dengan beberapa karakter Disney dan tempat permainan khas.
5. Champ-Dollon, Switzerland
Sel penjara ini muat untuk tiga orang dan ruang biliknya sangat nyaman. Ia lebih mirip asrama pelajar kolej.
6. JVA Fuhlsbuettel, Jerman
Penjara ini nyaman dengan pencahayaannya yang cukup. Di dalam sel penjara ada tilam, bilik air sendiri dan sofa yang kelihatan menyelesakan penghuninya. Tak hanya itu, ia juga mempunyai ruang konferensi dan rekreasi untuk tahanan.
7. Sollentuna, Sweden
Sel di penjara ini sangatlah selesa. Ada ruangan menonton TV, tempat bersenam dan beberapa fasiliti lainnya.
8. Halden, Norway
Ia dikatakan penjara paling manusiawi di dunia. Sel di penjara ini sangat selesa dengan pencahayaan yang cukup. Ada TV untuk menonton filem, ruangan gim dan tempat rakaman muzik.
9. Justice Center Leoben, Austria
Tawanan diberi sebuah sel dengan bilik mandi dan dapur peribadi. Penjara ini juga dilengkapi lapangan bola keranjang, tempat rekreasi dan kemudahan fasiliti gim.
10. Pondok Bambu, Indonesia
Foto: Brilio
Penjara wanita Pondok Bambu merupakan salah satu penjara di mana beberapa sel dikatakan dilengkapi sofa empuk dan ruang berkumpul yang selesa.
Kalau begini 'layanannya', mungkin orang berlumba-lumba nak masuk penjara. Cara ini mungkin menjamin mereka berubah menjadi lebih baik sebaik dibebaskan kelak. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
berapa byk duit tax payer nk tanggung diaorg hidup selesa mcm tu. makin ramai nk masuk bkn nk berubah tpi tk pyh fikir nk cr duit tanggung diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah selesa cam ni mana nak insafnya silap2 tak nak keluar lagi ada ler |
|
|
|
|
|
|
|
bilik kolej meols wkt zaman u pon kalah yach! |
|
|
|
|
|
|
|
ni penjara berbayar ke mcmana ni. ala2 pusat pemulihan swasta? |
|
|
|
|
|
|
|
klu kt malaysia mcm ni berlumba2 la org nk msk penjara. alang kan yg skrg ni pn berlumba2 org buat jahat. lg nk penjara cntik mcm ni. cnfrm gst naik nti |
|
|
|
|
|
|
| |
|