tu la...aku takut tali putus je sbb tgk badan 'sado' abg tu blh tahan jugak...
dgn beban anak dia lg...bila dh turun kt bwh rasa mcm nk kena batu kt dlm sungai tu je...
mmg menakutkan sungguh la...
memang la setiap benda ada jaminan safety sebelum dibolehkan terjun tapi tak fikir ke ada je kes buggy jump yang jatuh mati. benda kalau nak jadi tetap jadi... itu lah yang rasa emo pulak tengok bawa anak sekali
Boleh hanya kalau anak juga bersetuju nak lakukan aktiviti tu, dengan semua syarat dan ciri2 keselamatan dah betul2 dipatuhi dan diguna pakai untuk setiap penerjun sebelum terjunan dilakukan.
iishhhh...xde makna la kalau stakat nak org viral atau dpt like berjuta
jd benda2 buruk yg x dijangka ..menyesal x sudahhh..
tp bg dia buat ank bukan susah pun..
JUARA Fear Factor Malaysia 2014, Mat Redho mengakui sangat bangga dengan anak perempuannya, Mecca Mikaela, 2, yang melakukan aktiviti ekstrem terjunan ‘rope swing’ atau tali hayun meskipun dikecam segelintir netizen baru-baru ini.
Redho, 30, atau Mohd Redha Rozlan berkata anaknya itu sendiri yang mahu dan teruja mencuba aktiviti berkenaan disebabkan sudah terbiasa melihat dia serta isterinya melakukan pelbagai aktiviti lasak.
“Saya sangat bangga dengan Mecca dan nampak gaya dia bakal mengikut jejak saya serta isteri untuk menceburi bidang aktiviti lasak pada masa hadapan.
“Sebenarnya tiga hari sebelum membuat terjunan itu, saya dan isteri sudah tunjukkan beberapa video aktiviti ‘bungee jumping’ dan ‘rope swing’. Dia memang sangat suka dan teruja.
“Selepas itu kami membawanya ke taman permainan untuk bermainan buaian untuk membiasakannya. Dia memang sudah bersedia untuk melakukannya.
“Faktor keselamatan memang dititikberatkan sepenuhnya pengendali aktiviti itu dan Mecca pun dipakaikan abah-abah keselamatan,” katanya.
Redho juga bersyukur apabila lebih ramai sebenarnya yang menyokong tindakannya selepas meletakkan kapsyen penjelasan secara terperinci di Instagram.
“Ramai yang suka sebenarnya apabila saya berani membabitkan anak saya dalam aktiviti itu. Bukan semua ibu bapa tahu bila untuk tahan anak atau anak sudah bersedia melakukan aktiviti sebegitu.
“Aktiviti yang saya lakukan itu adalah selamat dan mendapat kelulusan daripada beberapa agensi berkaitan,” katanya.
Sabtu lalu, Redho memuat naik video pengalamannya melakukan terjunan bersama anak sulungnya, Mecca pada ketinggian 60 meter di sebuah jambatan di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.
Video itu mendapat perhatian netizen yang kagum dengan keberanian kanak-kanak itu dan tidak kurang mempersoalkan tindakannya apabila disifatkan membahayakan nyawa Mecca.