CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3218|Reply: 16

Dunia Sudah Tua – 10 Destinasi Ini Akan Pupus, Anda Perlu Kunjungi Segera!

[Copy link]
Post time 21-3-2018 05:44 PM | Show all posts |Read mode
Bumi makin tua.
Jadi, apa yang ada di muka bumi ini ada tarikh luputnya.
Maklumlah dengan perubahan iklim yang tidak menentu serta tangan-tangan manusia yang ganas, maka ada destinasi cantik mungkin terhakis, lama kelamaan pupus.

Jadi, selagi kudrat masih ada, mereka yang belum sempat lagi berkunjung ke 10 tempat bersejarah ini, harus mengambil peluang ya.

1) Tembok Besar China


Hakisan semulajadi ke atas binaan bersejarah ini lama kelamaan akan menyumbang kepada runtuhnya tembok besar China ini.

2) Taj Mahal


Pakar kaji cuaca percaya, dengan adanya pencemaran udara dan hakisan di sana sini mungkin menyebabkan ia akan runtuh satu hari nanti.

3) Laut Mati


Laut Mati yang sempadannya antara Jordan dan Israel sebenarnya telah hilang daratan sebanyak 80 kaki. Ia diramalkan akan hilang dalam masa 40 tahun lagi.

4) Seychelles


Pulau Seychelles yang terletak di Lautan India di pantai Madagascar –akan lenyap kerana hakisan pantai.

5) Egypt



Dikelilingi pembinaan, air bawah tanah dan pencemaran yang menyebabkan segala makam, monument dan piramid Mesir ini akan pupus.

6) Gondola di Venice


Gondola di Venice, Itali dilaporkan semakin tenggelam hinggakan kekerapan banjir menyebabkan ia makin besar.

7) Maldives


Perubahan cuaca menyebabkan Pulau Maldives juga makin tenggelam. Sesetengah saintis meramalkan pulau ini akan hilang dalam masa 100 tahun.

8) Petra


Binaan kota Petra di Jordan adalah daya tarikan utama pelancong, namun artifak ini menerima tempias bencana alam seperti hujan, angina serta disentuh oleh pelancong menyebabkan nilainya juga makin susut.

9) Gunung berapi Hawai


Taman Negara gunung berapi Hawai memberi peluang kepada pengunjung merasai aktiviti membabitkan gunung berapi. Namun ia meningkatkan risiko suhu, situasi dan keadaan yang tidak menentu.

10) Alaska


Di Alaska pula dilaporkan gua ais dan kubah ais semakin mencair setiap tahun.

Ngeri juga kan? Tapi berbalik kepada prinsip kehidupan - ada tarikh luputnya.Jadi, jom lah menyempatkan diri ke lokasi bersejarah ini. - CARI

Kredit : The Weather Channel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2018 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau hawaii tu payah sikit nak p huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaska tu.alahaiii
Nak cari.makan.susah ntol
Iols.insoofff.kejap.tgk cite life below zero...
Semua kena cari.sundiri
Xdak.kedai.jual ikan sayur ayam bagai
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmm Gua Niah pun tak sampai lagi ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringin nak pergi tembok besar china tu. Jangan runtuh dulu nah, tunggu konah!
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
for muslim.. bek pi mekah dulu huhuhu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2018 11:40 PM | Show all posts
Iema5008 replied at 21-3-2018 06:57 PM
Kalau hawaii tu payah sikit nak p huhu..

Air Asia ada pi Hawaii rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk pegi tembok besar china tu tp risau jgk tgh jln2 tiba2 runtuh {:yameteh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2018 09:39 AM | Show all posts
Edited by mirian1110 at 22-3-2018 09:53 AM

korang, ada yang nak gi japan tak dalam hujung tahun nie? nak ikuttt...nak cari travel buddy yg boleh dipercayai ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 09:58 AM | Show all posts
dlm list tu, akak dah pernah smpi ke Taj Mahal, Laut Mati, Petra and Venice
kat taj mahal tu mmg akak siap keliling makam dlm tu sbb nak tahu apa yg diorg simpan kat situ
tp mmg sejukkkkkk sgt duk dlm taj mahal sbb lantai dinding siling sume marble...best gak dikelilingi batu marmar ni..sejuk jah

yg laut mati dan petra tu lak ms akak di jordan
dr jordan-petra dlm 4 jam sebegitu...situ pun kubur purba dan toursit guide akak ckp ada satu tomb yg kat depan2 tu kepunyaan nabi saleh.ntah betul ke tidak, entah le kheeenz

venice lak, akak tgk mmg ala2 dah dibawah paras laut
dan weols tak pakai map lgsg ms ada kat venice..kita explore smpi sesat2 masuk lorong2 tikus smpi la jmpe cafe utk lepak + makan dan jmpe hard rock venice
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 10:13 AM | Show all posts
nak gi taj mahal tapi meollss takot la brita2 psal yindia ske rogol tourist ni..ingat lagi dlu owner ke pekerja hotel nak rogol western tourist sampai sheollss patah kaki la terjun dari bilik hotel dia tu..seram yachhh!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 10:29 AM | Show all posts
passport pon tkde lagi ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 10:40 AM | Show all posts
cantiknyeeeee
jelesssss
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 11:43 AM | Show all posts
anony-mous replied at 22-3-2018 01:14 AM
Nk pegi tembok besar china tu tp risau jgk tgh jln2 tiba2 runtuh {:yameteh

Jangan risau tembok ty teramat ler panjangnya dari utara tanah cina hingga ke bahagian selatan.  Kalau area yang selalu pelancong kunjung tu macam di Bejining ok je sebab dia orang selalu jaga bab maintainence nya.  Kalau yang agak rosak sikit pun yang belah2 utara area yang tak ramai pengunjung sebab dah betul2 atas gunung sangat tak ramai sanggup nak daki atau yang kat area gurun.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 11:45 AM | Show all posts
Kalau area monument rajin je mereka baiki dan baik pulih.  Hanya part pulau2 tu susah sikit sebab hakisan air agak extreme susah nak control.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 12:15 PM | Show all posts
satu tempat pun iols tak penah sampai lagi.. langkawi yang dekat pun belum jejak.. sedih hidup iols ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2018 03:55 PM | Show all posts
3 dari tempat kat atas tu iols dah selalu pergi

sampai naik bosan dah

alaska tu ada jual nasik tak kalau sehari  tak makan nasi mula iols rasa nak makan orang



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.445214 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list