Selalu kita dengar, ramai orang memanfaatkan media sosial bagi mencari jodoh atau teman istimewa. Namun, berbeza dengan lelaki dari China ini yang memilih untuk memohon masuk ke sebuah universiti wanita bagi mencari teman wanita.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/28/165031iwdvb6pbsr7rrvjd.gif) Foto: Tenor
Ketika sesi temu duga di China Women's University di Beijing, pelajar lelaki berusia 18 tahun itu berkata, tindakannya itu adalah "supaya senang mencari teman wanita", lapor Yangtze Evening News.
Walaupun ia khas buat pelajar wanita, namun setiap tahun, universiti itu akan mengambil sekurang-kurangnya seorang pelajar lelaki untuk fakutli kesusasteraan.
Tindakan remaja dari Ningbo, Zhejiang itu telah mencetuskan perdebatan isu ketidaksamaan jantina di China dalam kalangan netizen selepas video sesi temu duganya tersebar di media sosial.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/28/165029gyawo16y67m171x7.jpg) Foto: South China Morning Post
"Terdapat ramai pelajar perempuan di universiti ini. Kalau saya dapat menyambung pengajian di sini, saya tidak akan ada masalah dalam mencari teman hidup," katanya.
Lelaki itu bagaimanapun mengakui saingan untuk diterima ke universiti itu sangat sengit kerana ia hanya menerima seorang pelajar lelaki tahun lalu. Pun begitu, keluarganya kurang bersetuju dengan tindakannya itu.
"Ayah saya berpesan supaya berhati-hati. Dia tidak mahu anak lelakinya berubah kerana berada di persekitaran dikelilingi kaum wanita," katanya.
Hei, kalau dia diterima masuk, memang ramailah calon kekasihnya. Siap boleh bertukar pasangan lagi tu!
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/28/165029ee8aiurp7e8dzv7e.jpg) Foto: Youtube
Tapi, betulkah semudah disangka nak mencari teman wanita di situ? Kalau seorang pun tidak 'tersangkut' dengannya, memang murung berpanjangan lah gamaknya. - CARI |