View: 7160|Reply: 29
|
Lelaki Ini Larang Kita Pergi Klinik Kerajaan, Tapi Kenapa Orang Ramai Memujinya?
[Copy link]
|
|
Setiap orang memiliki persepsi tersendiri terhadap perkhidmatan kerajaan terutama di hospital.
Dalam pada kerajaan berusaha memberi yang terbaik untuk rakyat, ada juga yang masih tak berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan. Ada sahaja yang hendak diburukkan.
Pelbagai pengalaman buruk dikongsikan di laman sosial, namun tak semua menggelupur memburukkan hospital kerajaan. Ada juga yang memuji perkhidmatan kaki tangan dan fasiliti disediakan kerajaan memuaskan.
Sebuah posting di Twitter menarik perhatian ramai apabila menceritakan pengalamannya mendapatkan rawatan di sebuah klinik gigi kerajaan.
"Jangan pergi mana-mana klinik atau hospital kerajaan selepas ini!" serunya dengan tegas.
Aik, dah kenapa pula tu? Teruskan pembacaan untuk menyusuri pengalaman Inche Gabbana ini.
Menurutnya, itu merupakan kali pertama dia mendaftar di klinik berkenaan.
Klinik jenis apa kenakan caj RM1 saja?
Rasa tertipu! Inikah klinik kerajaan?
Foto: Giphy
Meneruskan ceritanya, Inche memberitahu bahawa proses memriksa giginya hanya mengambil masa lima minit sahaja. Bahkan, jumlah semua bayaran hanya RM3 termasuk pendaftaran.
"Asyik kutuk kerajaan sahaja, sekali-sekala kenalah bagi penghargaan pula, kan?" katanya.
Ramai netizen tertipu dengan 'pembuka bicara' posting Inche yang kononnya mahu menghentam klinik kerajaan.
Reverse psychology rupanya, menarik!
Foto: Twitter
Kreatif juga cara Inche menggunakan taktik begini untuk membuka mata rakyat mengenai kerajaan yang sudah berusaha memberikan terbaik buat rakyatnya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
mcm dejavu sgt thread ni dh la gigi ni sakit dr brp bulan dh nk g cek takut
klinik gg gomen kt area rumah aku gila bapak ramai smpai beratur kt luar
nk g cari klinik gigi gomen mana yg tak ramai ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ada pengalaman yang sama kat klinik pergigian Alor Gajah.. walau ramai orang tapi agak terkejut bila tak lama menunggu.. since dari itu memang kesitu je lah... |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak gi cabut gigi 1,2 minggu lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Klu nk putihkn gigi ada ke servis ni |
|
|
|
|
|
|
|
ni hasanah mana lagi terlepas ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Menipu je lah ko kalau x sempat nak dudui tetiba nurse dah panggil. |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok tempat juga la kot. Kalau klinik kat kawasan bandar n perumahan padat mmg tiap2 hari ramai org.. Tp kalau kawasan pinggir or luar bandar mmg ada certain hari xde org lagsung.. Bukan talat xde pesakit. Nurse n doktor pon xde.. Hehee.. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kat malaysia memang cepat, bandingkan sini..
hari tu kami kat penang, bawa anak pergi kecemasan,
walaupun anak bukan warganegara, cepat betul rawatan dia dapat..
mungkin sebab baby... tapi kat sini, baby pun, paling lama
pernah tunggu 6 jam semata mata nak jumpa doctor. |
|
|
|
|
|
|
|
hubby aii ada problem wisdom teeth tu.. p survey kat dentist privet rm600. p gov 50 hingget ja. |
|
|
|
|
|
|
|
fazamania: Menipu je lah ko kalau x sempat nak dudui tetiba nurse dah panggil.
dah dikatanya ada sorg je patient...betul lah tu...mungkin ada 2 doktor masa tu...dah tau takde patient, misi nak panggil lambat2 dah kenapa kan... |
|
|
|
|
|
|
|
tak kire la gomen ke private...ai is x suke klinik gigi..huwaaaa tacutttt |
|
|
|
|
|
|
|
putihkan gigi rasanya takde.. servis klinik gigi kerajaan ni sediakan benda-benda basic macam scaling, filling, cabut, pasang braces dgn harga subsidi pun ada rasanya (tapi kena ikut turn la, sebab harga subsidi)... utk treatment lebih ke arah kosmetik, chuols kena la gi private dentist..
|
|
|
|
|
|
|
|
experience sendiri masa pergi klinik gigi gomen kat Bangi :
masa 1st time dtg untuk set appoinment - reg. n bagi i/c - tunggu dia panggil nama (berejam lah jugak) - bayar - tunggu lagi nak masuk bilik doc. (tak lama sangat) - dah masuk bilik doc, doc cek, pastu bagi date utk appoinment (tampal gigi) iaitu 2 bulan kemudian!
2nd time dtg utk tampal gigi - bagi i/c, duduk jap dlm 10-20 minit - masuk bilik doc, doc tampal gigi - keluar bilik doc - duduk jap tggu nurse panggil nama - bayar n balik
tak silap kalau tampal gigi RM 5. kalau nak cabut gigi tak yah appoinment.
ohhhh....lupa nak bagitau. kat Bangi memang ramai orang ye. |
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 29-3-2018 05:28 PM
Klu nk putihkn gigi ada ke servis ni
Aku penah tanya doktor gg kat klinik gomen dulu. Dia cakap kat klinik gomen memang tak buat. Dekat swasta ada. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau klinik gg gomen kat area kampung aku tu memang orang tak ramai. Dah la bangunan baru. So peralatan semua memang lengkap la. Besa aku pi untuk chek gg ke cuci gg ke tak lama la tunggu. Ada sekali tu aku jumpa kartina aziz mai check gg kat situ dengan sedara mara dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cap_ayam at 31-3-2018 05:46 AM
Servis Klinik pergigian kat Seksyen 19 Shah Alam pun bagus.. Cuma style klinik gigi kerajaan kat sini tak boleh buat multiple procedure pada sorang patient dalam satu2 masa. Kalau scaling, scaling je, kalau cabut, cabut je. Dentist tu kata orang ramai menunggu kat luar. Jadi kena selalu datang ziarah kalau banyak kes.
Katanya ada kadar baru utk perubatan hospital kerajaan.. Jadi ke implement? Last sekali pergi kena bayar rm1 jugak utk pendaftaran, cabut ngan scaling tak ingat tapi murah la tak lebih rm5. |
|
|
|
|
|
|
|
i last time pergi time mengandung, Lepas settle, pergi kat kaunter, nurse dgn muka serba salah cakap kat i 'Puan bukan kerja kerajaan, kita kene kan bayaran yer'
how much?
'Lima ringgit' |
|
|
|
|
|
|
|
klinik kerajaan ni bagus sbrnya.. tp tulah kita... btw i mmg takot bab2 gigi nihhh |
|
|
|
|
|
|
|
reverse psychology ni makin lama makin annoying. dari reverse psychology rasa macam sarcasm bila guna excessively.
buat orang rasa lagi makin menyampah nak pergi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|