View: 2944|Reply: 5
|
Tenangkan Diri Di Luang Prabang, Tempat Letaknya Ribuan Air Terjun
[Copy link]
|
|
Luang Prabang, adalah salah satu lokasi pelancongan yang semakin meningkat naik di Asia. Ia terletak di utara Laos, kira-kira 388 kilometer dari ibu kota Vientiane.
Luang Prabang juga merupakan salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1995 kerana kekayaan budaya dan kepelbagaian etniknya.
Di kota yang tidak berpantai ini terdapat ratusan, bahkan mungkin ribuan air terjun yang terletak di pergunungan liar yang kebanyakannya masih belum tersentuh oleh manusia dan modenisasi.
Antara yang terkenal ialah Air Terjun Kouang Si. Air terjun Kouang Si (Kuang Xi atau Tat Kuang Si Waterfalls), adalah air terjun tiga tingkat yang boleh dicapai selama 45 minit berkereta atau sekitar 29 kilometer dari Luang Prabang.
Foto: Facebook
Air terjun ini merupakan tempat yang popular di kalangan pelancong mahu pun penduduk tempatan untuk beriadah dan mandi manda. Air Terjun Kouang Si mengalir turun dari mata air setinggi 60 meter dan ia sungguh indah.
Foto: Facebook
Ada sekitar lima lokasi air terjun di sini dan ia juga merupakan salah satu pusat perlindungan beruang merah di Laos.
Foto: Facebook
Terdapat penerbangan terus ke Luang Prabang dari Malaysia. Mungkin anda boleh menempatkan Luang Prabang dalam salah satu lokasi yang harus anda kunjungi selepas ini! -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
CANTIK... |
|
|
|
|
|
|
|
subhanallah canteknye |
|
|
|
|
|
|
|
memang cantik. pastikan pergi jangan musim hujan..harapan la nak tgk air kaler macm tu...
naik atas lagi...bole berkelah & mandi manda..kena trekking manja2 sikit.. mandi dekat bawah kalo datang lambat..ya ampun...penuh ummat.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|