View: 1497|Reply: 5
|
Artikel YADIM - Betulkan Persiapan Menghadapi Ramadhan
[Copy link]
|
|
Edited by mbhcsf at 17-5-2018 02:59 PM
Betulkan persiapan menghadapi Ramadan
By
Editor Yadim -
Wednesday, 16 May, 20180
pautan asal :
http://www.yadim.com.my/v2/betulkan-persiapan-menghadapi-ramadan/
(ajwa dates? )
>>> Masih belum terlambat rasanya artikel ni yg baik kandungan isinya untuk diambil iktibar sepanjang Ramadhan insya ALLAH.
HANYA tinggal sehari hari lagi umat Islam seluruh dunia bakal menyambut ketibaan Ramadan Al-Mubarak. Menghadapi bulan Ramadan memerlukan persiapan mental dan spiritual khususnya dari segi semangat dan ketahanan. Ini sangat penting untuk mendapatkan hasil yang maksimum daripada kegiatan puasa itu.
Ada sesetengah orang bersiap sedia dari segi mental tetapi tidak mempunyai nawaitu (niat). Manakala sesetengahnya sempurna dari segi niat tetapi tidak pula mempunyai semangat.
Kurang dari segi penghayatan atau pendidikan Ramadan barangkali menjadikan diri tidak bersemangat. Kalau bersemangat pun tidak tahan lama, bersifat sementara dan hangat-hangat tahi ayam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 17-5-2018 03:00 PM
Sebab itu, orang yang berpuasa tanpa persiapan mental dianggap sia-sia seperti sabda Nabi yang bermaksud: “Betapa banyak orang yang berpuasa tetapi tidak mendapatkan sesuatu dari puasa itu selain lapar dan dahaga.’’
Dalam setahun yang terdapat 12 bulan hanya ada satu bulan Ramadan. Ia tidak sampai 10 peratus. Tetapi dengan melihat nilai kualitatif dan kepadatan ibadah yang ada di dalamnya, maka bulan Ramadan menjadi sangat signifikan jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan sebelas bulan lainnya. Justeru, alangkah naifnya kalau kita menghadapinya secara biasa-biasa sahaja.
Bersiap sedialah lebih awal untuk ke masjid. Jangan ambil mudah dengan mengatakan bahawa solat berjemaah dan solat tarawih hukumnya cuma sunat. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 17-5-2018 03:00 PM
Demikian juga solat Subuh, usahakan untuk bersedia sebelum waktu imsak, pastikan semua urusan dapur sudah selesai. Lebih penting segala-galanya perlu siap sebelum azan dan kita sudah berada di masjid. Anda sudah tentu tidak kehilangan kesempatan untuk solat tahiyatul masjid dan solat sunat rawatib yang nilainya lebih mulia daripada dunia berserta isinya.
Puasa juga mendidik kita untuk belajar bangun awal. Sesetengah daripada kita menganggap kerana hukumnya sunat maka sahur ditinggalkan. Kalau kita sudah biasakan diri untuk bangun lebih cepat selama sebulan Ramadan maka ini bererti kita sebenarnya sudah mampu untuk melakukannya di luar bulan Ramadan. Di mana lagi kita dapat miliki peluang seperti itu kalau tidak di bulan Ramadan selama sebulan terus-menerus.
Persiapan kita bukan sekadar menghadapi lapar dan dahaga tetapi bersedia untuk memahami dan menghayati makna-makna falsafah yang terdapat di dalamnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 17-5-2018 02:57 PM
Tidak tahan mengantuk juga menjadi masalah besar di kalangan orang kita pada bulan Ramadan. Memang ada hadis yang menyatakan bahawa tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadah. Tetapi itu bukan perintah untuk memperbanyakkan tidur di bulan Ramadan. Tidak ada contoh daripada Nabi, sahabat dan orang-orang soleh mengenai hal ini. Malah Nabi mengurangi tidurnya pada malam-malam bulan Ramadan hingga batas yang paling minimum. Mereka banyak membaca al-Quran, zikir dan sembahyang.
Sepintas lalu amalan-amalan seperti ini amat berat tetapi ia bukan terletak pada sesuatu amalan melainkan pada cara kita memikirkan amalan itu. Kalau kita memikirkan sesuatu itu berat maka ia dengan sendirinya menjadi berat, tetapi kalau kita memikirkannya mudah maka dengan sendirinya ia akan mudah.
Di samping persiapan dari segi spiritual, ingatlah Ramadan adalah bulan maghfirah (pengampunan) dan rahmah (kasih sayang). Persiapan dari segi rohani diperlukan untuk membetulkan niat, membersihkan hati, membangun tekad dan bersiap untuk menerima bimbingan serta petunjuk Allah s.w.t. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 17-5-2018 02:57 PM
Sebaik-baiknya sebelum puasa tiba, sesuaikanlah diri dengan amalan seperti solat wajib kerana sesetengah orang berpuasa tetapi tidak melaksanakan solat. Kemudian hidupkan solat-solat rawatib, sembahyang tahajud, berpuasa setiap Isnin dan Khamis, perbanyakkan sedekah, zikir, baca al-Quran, berdoa, dan hindari dosa-dosa kecil.
Sesungguhnya graf puasa nabi dan sahabat-sahabat meningkat berterusan sejak puasa pertama hingga hari puasa terakhir. Dan graf itu mengalami peningkatan yang amat tajam pada saat-saat akhir bulan Ramadan.
Tetapi bukan sedikit di antara kita yang grafnya terbalik. Semakin menjelang Ramadan, semakin banyak masa dihabiskan dengan perkara-perkara yang tidak ada hubungan sama sekali dengan kesucian bulan Ramadan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apakah hubungannya bulan Ramadan dengan baju baru? Apa kaitannya Aidilfitri dengan pulang ke kampung? Apa untungnya puasa kita dengan menyiapkan makanan sebanyak-banyaknya menjelang bulan suci itu?
Persediaan dari segi kewangan juga penting kerana bulan Ramadan bulan yang sangat baik untuk kita mengeluarkan sedekah dan imfak kepada mereka yang malang termasuk saudara-saudara kita yang tidak mampu menjalani ibadah puasa dengan khusyuk dan bahagia, kerana dihantui oleh kekurangan kewangan.
Namun perlu diingat persiapan material yang berlebih-lebihan hanya akan merosakkan makna dan tujuan puasa itu sendiri. Kita hidupkan Ramadan dengan penuh keinsafan dan jiwa raga bukan sekadar meramaikan dengan melakukan puasa, tarawih, tahajud, solat tasbih, witir, membaca al-Quran, zikir, doa, iktikaf, zakat, imfak, sedekah, dan seterusnya takbir Aidilfitri.
Lebih daripada itu, jikalau dapat kita memasjidkan rumah atau menghidupkannya dengan bacaan al-Quran, sembahyang sunat semua anggota keluarga. Kita ciptakan hari-hari yang menyenangkan selama Ramadan dan jadikan rumah kita bak syurga. – ABABIL |
|
|
|
|
|
|
| |
|