CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15348|Reply: 31

Ramadhan kareem - Allahu akram - himpunan artikel and infografik Mufti untuk ra

[Copy link]
Post time 19-5-2018 09:58 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 5-5-2019 06:09 PM

Ramadan, al-Quran, puasa dan takwa


By
Editor Yadim -

Friday, 18 May, 2018



pautan asal :

http://www.yadim.com.my/v2/ramadan-al-quran-puasa-dan-takwa/






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2018 09:59 AM | Show all posts
Oleh Mat Jusoff Che Taib

BULAN Ramadan adalah bulan diturunkan al-Quran yang merupakan petunjuk yang mempastikan bahawa kehidupan manusia di dunia ini menjurus kepada kebenaran dan dapat menghindari dari melakukan kesalahan atau perbuatan yang menyeleweng daripada matlamat hakiki insaniah. Inilah maksud bahagian awal ayat 185 surah al-Baqarah.

Dalam bulan Ramadan jugalah difardukan ibadat berpuasa. Dan disebut pula hikmat hakiki ibadat puasa itu ialah supaya memperolehi tahap rohani yang mulia, sesuai dengan petunjuk al-Quran itu sendiri,iaitu bagi mengolah peribadi dan masyarakat manusia yang takwa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2018 09:59 AM | Show all posts

Perkataan tattaquun dalam ‘ayat 183 surah al- Baqarah, ada yang diterjemahkan sebagai ‘kamu takut’ dan ada yang terjemahkan sebagai `kamu beroleh takwa”.

`Takut’dalam bahasa Melayu memberi makna negatif sedangkan `takwa’ dalam bahasa Arab itu memberi makna positif. Ia bukan bermakna takut lalu mengelak diri, melarikan diri atau mengurung diri.

Tetapi jika sekiranya takwa itu diberi makna yang melengkapi sebagai takut putus sikap berubudiah terhadap Allah sehingga menjadi peribadi dimurkai Allah kerana tidak menjadi sumber kebaikan dan kebajikan, maka erti takut ini dapat menjadi terjemahan  yang lebih tepat.

Bulan Ramadan adalah bulan al-Quran. Maknanya ialah sebulan di bulan  itu merupakan bulan di mana seluruh umat Islam bercermin diri kepada petunjuk Allah yang dinamakan al-Quran itu. Bukan bertadarrus tanpa makna, sebaliknya memaknakan diri dengan petunjuk al-Quran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2018 09:59 AM | Show all posts
Jadi, bulan Ramadan adalah bulan di mana setiap penganut Islam menginsafi dirinya dengan menghayati al-Quran dan memberi ruang dalam dirinya untuk dikritik, dibetulkan dan diolah semula oleh al-Quran.

Allah mengisytiharkan Ramadan sebagai bulan al-Quran. Bukan bulan pembetulan tajwid dan makhrajnya sahaja, tapi al-Quran sebagai huda, bayyinaat dan furqan.

Dan itu adalah ke arah langkah kedua, iaitu bagi mencapai motivasi diri ke arah bertakwa.Tahap takwa itulah yang dirayakan. Setelah peribadi mencapai fitrah atau ketulenan rohani melalui ibadat berpuasa bulan Ramadan. Setelah menaiktarafkan keperibadian, Muslim secara rohaniah, akliah dan tauhid melalui pembetulan nafsu ke jalan lurus.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2018 10:00 AM | Show all posts
Tapi cuba kita tanyakan, dalam sejarah setiap bangsa dan wilayah Islam, setiap generasinya, berapa langkah mereka mengulangi Ramadan dan berjaya melahirkan umat fitrah? Siapakah harus dipersalahkan daripada kelumpuhan budaya rohaniah dalam masyarakat umat yang dilengkapi sebulan dalam setahun bagi menaikkan taraf ketakwaan ini?

Jawapannya, setiap diri kita sebagai Muslim adalah bersalah dan wajib memperbetulkan makna bulan Ramadan. Makna beribadat, berpuasa yang merupakan pengemblengan untuk menaikkan taraf insaniah.

Perkataan takwa sangat penting difahami secara mendalam untuk menyempurnakan ibadat puasa. Allah mewajibkan puasa tahun demi tahun.di dalam bulan Ramadan, supaya mudah-mudahan taraf kita sebagai penganut Islam lebih bermartabat.

Supaya kembali kepada fitrah manusia. Dan fitrah  manusia kembali berada dalam kerahsiaan rohnya, manakala roh adalah urusan atau perkara Allah yang tidak boleh diselongkar secara saintifik. Tetapi ia nyata apabila hidupanya iman kepada Allah dengan sebenar-benarnya.

Orang yang tidak ada takwa juga melakukan kebaikan dan kebajikan. Tetapi orang bertakwa melakukan kebaikan dan kebajikan berdasarkan hubungannya dengan Allah. Takwa adala beriman kepada Allah sehingga mencetuskan pelbagai aktiviti baik dan berkebajikan yang nyata diantara sesama manusia kerana adanya pertalian dengan Allah yang diikat oleh iman yang kukuh.

Takwa itu ialah memelihara diri daripada  melanggar hududullah (batas yang ditentukan oleh Allah ) Dari mana hududullah ini didapati kalau bukan daripada petunjuk Allah iaitu al-Quran.

Jadi, dengan jelas dan tegas bahawa bulan Ramadan adalah bulan al-Quran dan juga bulan beribadat dan berpuasa. Maka sesungguhnya bulan Ramadan, berpuasa, al-Quran dan pengolahan hidup bertakqwa merupakan kesatuan yang tidak boleh dipisahkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2018 10:20 AM | Show all posts
Nilai takwa di sebalik Ramadan
By Editor Yadim - Saturday, 19 May, 2018
pautan asal :
http://www.yadim.com.my/v2/wp-content/uploads/2018/05/ramadan.jpg


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-5-2018 10:20 AM | Show all posts
Puasa yang akan kita jalani sebagai salah satu Rukun Islam bertujuan agar kita bertakwa kepada Allah SWT. Sebagai seorang Muslim kita wajib menerima dan menyambutnya dengan rasa penuh kesyukuran. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:”Puasa itu perisai dan benteng yang membentengi dari sentuhan api neraka.” (HR Ahmad dan Baihaqi).

Bulan Ramadan merupakan kesempatan yang berharga bagi kaum Muslimin setelah selama sebelas bulan mereka disibukkan dengan pelbagai jenis kesibukan duniawi, untuk menemukan kembali semangat spiritual mereka yang hilang.

Bulan Ramadan bukan sahaja bulan bagi menahan lapar daripada makan sahaja tetapi juga menahan diri daripada berbicara perkara yang sia-sia. Hal ini sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini” (HR al-Bukhari dan Muslim).



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2018 10:21 AM | Show all posts
Salah satu bentuk kegembiraan menyambut Ramadan adalah dengan bersedia melakukan ibadah puasa dan hal-hal yang diperintahkan-Nya mahupun yang disunatkan-Nya seperti beriktikaf di masjid, membaca al-Quran, mengerjakan amal-amal kebajikan, bersilaturahim, memberikan infak dan bersedekah. Ini dapat menjadi ubat penawar bagi pelbagai penyakit masyarakat Muslim, baik yang boleh dilihat mahupun yang tersembunyi.

Dalam tradisi kaum Muslimin, Ramadan dikenali sebagai bulan amal. Apabila tiba bulan Ramadan, umat Islam dianjurkan supaya melakukan pembersihan jasmani dan rohani dengan mempertingkat dan memperbanyakkan amalan.  Di samping itu, kita juga dapat menyaksikan peningkatan dari segi kualiti dan kuantiti amal yang dilakukan oleh setiap Muslim baik yang bersifat ritual mahupun sosial.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-5-2018 10:23 AM | Show all posts
Banyak kelebihan yang diberikan oleh bulan Ramadan kepada kita. Semua kelebihan itu berkaitan dengan beberapa keistimewaan yang ditawarkan Allah kepada manusia melalui bulan ini, iaitu bulan makrifah, bulan penuh hikmah, bulan di mana pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan syaitan dibelenggu. Kelebihan-kelebihan itu hanya akan bermakna apabila dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 183 yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa.”  Dalam pengertian yang mudah, dikatakan kalau kita tidak bertakwa, maka seluruh ibadah puasa yang kita lakukan selama sebulan sebenarnya adalah sia-sia sahaja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2018 10:24 AM | Show all posts
Dalam mengerjakan ibadah puasa, umat Islam harus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai tingkat ketakwaan. Takwa merupakan satu cara atau pola dalam menempuh kehidupan menerusi tingkah laku yang berasaskan kesedaran bahawa Allah itu sentiasa hadir di sisi kita. Ibadah puasa bukan setakat menahan makan dan minum sahaja, tetapi pemahaman tentang apa yang harus kita tahan itu lebih daripada sekadar berpuasa secara fizikal bahkan juga menahan nafsu (batiniah) itu lebih utama serta berupaya meningkatkan lagi tahap puasa seseorang itu.

Dalam masa sebulan berpuasa ini, kita seharusnya bermujahadah bersungguh-sungguh dengan menahan nafsu daripada melakukan perkara-perkara keji seperti mengumpat, buruk sangka, bergaduh, memutuskan hubungan silaturahim dan melakukan perkara-perkara maksiat yang lain. Jika tidak puasanya itu akan sia-sia belaka. Sifat prasangka buruk merupakan kategori daripada perbuatan zalim. Selalunya orang yang mempunyai sifat buruk sangka sesama Muslim adalah mereka yang kurang melakukan introspeksi diri, hanya melihat diri sendiri lebih baik daripada orang lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2018 10:32 AM | Show all posts
Berhubung aspek sosial, orang lebih senang melakukan penilaian terhadap orang lain daripada melakukan hal yang sama terhadap dirinya. Perkara ini berlaku disebabkan seseorang itu `ditagih’ untuk bersikap tulus jujur dan rendah hati untuk menilai dan melihat diri sendiri. Disebabkan lemah menilai diri sendiri, maka seseorang itu sering memandang dirinya lebih suci dan bersih daripada orang lain.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda yang brmaksud: “Banyak sekali orang berpuasa, namun tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar.” (HR Tirmidzi).

Menahan nafsu inilah yang perlu kita pertahankan sehingga sampai kepada sepuluh hari terakhir di mana waktu itu ibadah puasa lebih bersifat rabbani. Dalam fasa ketiga ini kita akan mengalami puncak pengalaman kita dalam keadaan berpuasa iaitu berusaha memperoleh lailatulqadar. Untuk mencapainya kita harus memulai dari sekarang dengan memahami hal-hal berkaitan amalan berpuasa.

Dalam beberapa hadis, ditegaskan bahawa puasa adalah suatu ibadah yang sangat peribadi sifatnya. Ada sebuah hadis Qudsi yang kedengaran agak aneh namun sebenarnya tidak aneh, iaitu sabda Nabi yang bermaksud; Dari Abu Shalih Az-Zayyat, dia mendengar Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Allah berfirman: Setiap amal anak Adam bagi dirinya, kecuali puasa, puasa itu untuk-Ku dan Akulah yang menanggung pahalanya.” (Hadis riwayat Bukhari).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2018 10:33 AM | Show all posts
Puasa kemudiannya bukan sahaja menjadi etika individu, tetapi juga menjadi etika sosial dan gerakan moral yang efektif dalam menangani pelbagai masalah sosial seperti kemiskinan, jenayah, rasuah, dan sebagainya.

Oleh hal yang demikian, semua perbuatan umat manusia itu adalah untuk dirinya sendiri, kecuali puasa. Mengapa demikian? Kerana puasa merupakan ibadah yang paling peribadi dan tidak ada sesiapa yang tahu apakah kita berpuasa atau tidak kecuali kita sendiri dan Allah. Kalau orang melakukan solat, maka perbuatan solat itu boleh diketahui orang. Begitu pula dengan zakat, kerana ada yang menerimanya.

Lebih-lebih lagi ibadah haji dilakukan di tempat yang umum. Maka ketika kita berpuasa, kemudian kita berasa sangat haus dan dahaga dan tersedia di depan kita segala macam minuman, tetapi kita menahannya, inilah sebenarnya satu bentuk latihan untuk menyedari tentang kehadiran atau kewujudan Tuhan dalam hidup kita.

Kita tidak akan minum padahal kita bersendirian, kerana kita meyakini bahawa Allah mengawasi dan menuntut satu pertanggungjawaban. Puasa adalah latihan untuk menguatkan lagi kesedaran kita bahawa Allah itu sentiasa berada terlalu hampir dengan kita.

Allah berfirman yang bermaksud: “…dan Dia bersamamu di mana pun kamu berada. Dan Allah Maha Mengetahui tentang segala sesuatu yang engkau kerjakan…” (al-Hadid:4).

Sayyid Quthb pernah berkata: “Puasa adalah ladang tempat terciptanya niat kepada Tuhan yang sempurna dan kepasrahan diri.”

Sifat perhambaan ini akan membuat manusia menjadi abdi Allah, yang bersedia untuk melakukan apa sahaja yang disenangi Allah. Melalui puasa seseorang akan merasakan penderitaan orang yang lapar kerana serba kekurangan sehingga hatinya akan tergerak untuk memberi kelebihan yang dimilikinya kepada orang lain yang kurang bernasib baik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2018 10:35 AM | Show all posts
Bersyukurlah kerana kita telah dipilih-Nya untuk sama-sama ‘meraikan’ kehadiran Ramadan yang terkandung di dalamnya rahmat-Nya yang tidak terhitung. Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2019 03:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2019 05:06 PM | Show all posts
niat puasa


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2019 05:11 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 5-5-2019 05:13 PM

IRSYAD AL-FATWA KHAS RAMADHAN #74: NIAT PUASA SETIAP MALAM ATAU NIAT 30 HARI SEKALIGUS?
Butiran
Diterbitkan: 07 Jun 2016
pautan asal:

http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/1056-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-74-niat-puasa-setiap-malam-atau-niat-30-hari-sekaligus?





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2019 05:12 PM | Show all posts
Soalan:

Bagaimanakan caranya untuk berniat puasa? Perlukah saya memperbaharui niat pada setiap malam atau boleh saya niatkan 30 hari sekaligus?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2019 05:13 PM | Show all posts
n:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, ahli keluarga baginda ﷺ, sahabat baginda ﷺ serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda ﷺ.

Niat merupakan syarat sah berpuasa dan hukumnya adalah wajib. Tanpa niat maka tidak sah puasa seseorang itu. Ini kerana berpuasa itu adalah satu ibadah (ibadah mahdhoh) dan sesuatu ibadah itu tidak sah melainkan disertakan bersamanya niat seperti mana solat. Firman Allah ﷻ:

وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ

Maksudnya: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya”.

(Al-Bayyinah: 5)



Begitu juga dengan sabda Nabi ﷺ:

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ

Maksudnya: Hanyasanya perbuatan-perbuatan itu dengan niat

                               Riwayat Al-Bukhari (1)

  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2019 05:13 PM | Show all posts
Syarat-Syarat Niat

Dalam berniat untuk berpuasa, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi agar ianya dinamakan dengan berniat. Kebanyakan kitab-kitab fiqh telah menggariskan beberapa panduan dalam berniat ketika berpuasa bagi memudahkan umat Islam memahaminya. Antara yang disebutkan ialah:

Al-Jazm (الجزم): yang dimaksudkan di sini adalah benar-benar memastikan tanpa ragu-ragu.
Al-Ta’yiin (التعيين): iaitu penentuan jenis puasa. Seseorang yang ingin berpuasa perlulah menentukan jenis puasanya sama ada ianya puasa Ramadhan, wajib (qadha’, kaffarah, nazar) ataupun sunat (Isnin-Khamis, hari Arafah, ‘Asyura dsb.). Tidak memadai dengan berniat secara mutlaq untuk berpuasa.
Al-Tabyiit (التبييت): menetapkan niat pada malam hari. Waktunya adalah selepas tenggelamnya matahari sehinggalah terbitnya fajar sadiq (waktu bersahur juga masih dikira sebagai waktu untuk berniat). Ini adalah syarat di sisi al-Malikiyyah, al-Syafi’iyyah dan juga al-Hanabilah. Ini berdasarkan sebuah hadith Nabi ﷺ riwayat Hafsah R.Anha:
مَنْ لَمْ يُجْمِعِ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلاَ صِيَامَ لَهُ

Maksudnya: Barangsiapa yang tidak berniat (pada malam hari) sebelum terbit fajar, maka tiada puasa baginya (pada hari tersebut).

Riwayat Abu Daud (2454). Status Hadith: Sahih.





Adakah perlu memperbaharui niat pada setiap malam atau berpada dengan niat 30 hari sekaligus dipermulaan niat?

Ini merupakan antara permasalahan yang sering timbul dikalangan masyarakat Islam dan menurut pembacaan kami, para ulama’ telah terbahagi kepada dua pendapat di dalam permasalahan ini:

Pertama: Boleh diniatkan terus sebulan berpuasa dan ini merupakan pendapat al-Imam Zufar dan al-Imam Malik. Mereka mengatakan bahawa berpadalah bagi seseorang itu untuk berniat sekali sahaja iaitu dengan meniatkan sebulan berpuasa pada awal permulaan niat.[1] Ianya sepertimana solat yang mana seseorang itu hanya perlu niat dipermulaan solat dan tidak perlu mengulanginya pada rakaat-rakaat yang lain. Begitu juga pendapat mereka bagi puasa yang berturutan seperti puasa kafarah dan juga puasa kafarah bagi had zihar.
Kedua: Tidak berpada dengan niat sebulan sekaligus bahkan perlulah memperbaharui niat pada setiap malam.[2] Ini adalah pendapat jumhur berdasarkan keumuman hadith Hafsah R.Anha sebelum ini. Ini kerana, puasa itu setiap harinya adalah ibadah yang bersendiri (mustaqil). Ia tidak terikat antara satu sama lain (dengan hari lain-lainnya). Puasa pada hari berikutnya juga tidak rosak sekiranya pada hari ini rosak. Tidak seperti solat yang mana sekiranya batal di rakaat pertama, maka batallah keseluruhan solat itu.


Tarjih

Berdasarkan dalil dan juga alasan yang diberikan dalam permasalahan ini, kami lebih cenderung kepada pendapat jumhur dan ianya juga adalah pendapat mazhab kita, mazhab al-Syafi’ie iaitu niat perlulah diperbaharui pada setiap malam untuk berpuasa. Adapun pendapat yang mengatakan boleh berniat sekaligus untuk berpuasa selama sebulan di permulaan niat, maka kami katakan tiada masalah untuk melakukannya sebagai langkah berjaga-jaga dan dalam masa yang sama hendaklah seseorang itu berniat juga pada setiap malam.

Wallahu a’lam.





Akhukum fillah,



S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan



7 Jun 2016 bersamaan 2 Ramadhan 1437H



[1] Lihat al-Qawaniin al-Fiqhiyyah (hlm. 80) & al-Syarh al-Kabir (1/521).

[2] Lihat Radd al-Muhtar (2/87), al-Majmu’ (6/302) & Kasyaf al-Qana’ (2/315).

HUBUNGI KAMI

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Jabatan Perdana Menteri
Aras 5, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya
No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3
62100 Putrajaya, Malaysia.
No. Tel : 03-8870 9000
No. Faks : 03-8870 9101 / 03-8870 9102
Emel : unitict[at]muftiwp[dot]gov[dot]my
AWAN TAG
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2019 05:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.280299 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list