CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3361|Reply: 5

SEMAKAN ARAH KIBLAT HARI ini 16 JULAI 2019 5:28 PETANG 2019

[Copy link]
Post time 28-5-2018 12:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 4-7-2019 07:32 PM

Assalamualaikum  to all my brothers and sisters
Saya update untuk istiwa azam
Peristiwa Istiwa’ A’zam (Matahari Tegak di atas Kaabah) 2018





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-7-2018 05:17 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 13-7-2018 05:18 PM

InsyaAllah pada 16 Julai 2018, petang Isnin, jam 5:28 petang, Matahari akan melintasi garisan latitud Kaabah, menandakan kembalinya fenomena Istiwa' Adzam.
Peluang keemasan untuk MENYEMAK SENDIRI tandaan arah kiblat kita, sama ada di rumah, pejabat, sekolah dan lain-lain lokasi.
Semoga infografik ini dapat dikongsi untuk manfaat bersama
pautan asal:
https://www.facebook.com/drzulmuftiwp/photos/a.427172850756033.1073741829.423534687786516/







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2018 09:16 PM | Show all posts
PENGESAHAN ARAH KIBLAT - 16 JULAI 2018, 05:27 PETANG
LanguageMalay
Pada 16 Julai 2018 ini tepat jam 5:27 petang, rakyat Malaysia berpeluang untuk mengesahkan arah kiblat di rumah atau rumah ibadah masing-masing.


Pada tarikh dan waktu tersebut, Matahari akan berada tepat di atas bandar Mekah di mana terletaknya Kaabah iaitu kiblat umat Islam di seluruh dunia. Oleh kerana Matahari berada tepat di atas Kaabah, maka bayang-bayang sinaran Matahari bagi semua objek yang ada di permukaan Bumi pada ketika itu akan menghala ke arah Kaabah dan boleh dijadikan panduan bagi menentukan arah kiblat secara semulajadi.


Orang ramai perlu mencari objek yang berdiri tegak dan dapat menunjukkan bayang-bayangnya apabila terkena sinaran Matahari pada 5:27 petang 16 Julai 2018 ini. Sekiranya tiada objek tegak anda boleh mendirikan tiang di kawasan bersesuaian dan perlu dipastikan tiang tersebut betul-betul tegak dengan menggunakan peralatan pelaras buih udara yang biasanya digunakan untuk pembinaan bangunan.  Anda juga boleh berpandukan pinggir dinding bangunan yang betul-betul tegak untuk mencari bayang-bayang Matahari pada waktu dan tarikh berkenaan.


Tepat jam 5:27 petang dan sekiranya cuaca baik di mana anda dapat melihat bayang-bayang Matahari daripada tiang yang anda dirikan atau darpada pinggir bangunan atau sebarang objek tegak lain, anda perlu melakarkan garisan bayang-bayang Matahari yang terbentuk sama ada di atas tanah atau kertas atau sebarang permukaan yang mudah dilukis.
Garisan yang telah berjaya dilakar atau dilukis atau diguris tersebut adalah merupakan hala ke arah Kaabah atau arah kiblat jika kita berdiri di satu hujung garisan dan menghadap ke hujung satu lagi garisan pada arah Matahari terbenam. Pastikan bahawa garisan yang telah dilakar tersebut dapat di kekalkan daripada sebarang gangguan atau sebarang usaha untuk memadamkannya untuk dijadikan rujukan pada masa hadapan.
Setelah arah kiblat diketahui maka bandingkanlah dengan arah kiblat yang biasanya anda ikuti sama ada di rumah sendiri atau rumah-rumah ibadah. Sekiranya terdapat perbezaan maka buatlah pembetulan yang sewajarnya.
Planetarium Negara di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar akan mengadakan Program Pencerapan dan Menandakan Bayang-Bayang Matahari pada 16 Julai 2018 mulai jam 4:00 petang sehingga 6:00 petang di hadapan pintu masuk Planetarium Negara untuk memberi pendedahan kepada awam kaedah menentukan arah kiblat melalui pencerapan bayang-bayang Matahari.
Orang ramai diminta tidak melepaskan peluang untuk menyertai Program Pencerapan dan Menandakan Bayang-Bayang Matahari mulai jam 4:00 hingga 6:00 petangdi Planetarium Negarapada 16 Julai 2018. Kejayaan menandakan arah kiblat akan juga bergantung kepada keadaan cuaca setempat pada 5:27 petang tersebut.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22735484 atau email [email protected] atau melayari laman sesawang Planetarium Negara di www.planetariumnegara.gov.my atau Facebook Planetarium Negara.

Planetarium Negara,
Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar
pautan asal:
http://www.planetariumnegara.gov.my/?q=article/pengesahan-arah-kiblat-16-julai-2018-0527-petang









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2018 05:34 PM | Show all posts
yayyy dapat check arah kiblat at 5: 30 pm , 3 mins lewat sikit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2018 05:34 PM | Show all posts
secara teori sapa yg dok kat London  pun boleh check time ketika ni ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2019 07:30 PM | Show all posts
SEMAKAN ARAH KIBLAT

Semak arah kiblat esok
Fenomena Istiwa Adzam bakal berlaku jam 5.16 petang esokhttps://www.ismaweb.net/2019/05/27/semak-arah-kiblat-esok/



BANGI, 22 Ramadan 1440H, Isnin – Umat Islam berpeluang menyemak dan menentukan arah kiblat berikutan fenomena Istiwa Adzam yang akan berlaku pada jam 5.16 petang, Selasa ini.

Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata, semakan arah kiblat boleh dilakukan di mana-mana tempat berdasarkan kepada rujukan bayang matahari pada tarikh dan masa itu.

Sehubungan itu, pihaknya berharap agar orang ramai memaklumkan serta menghebahkan perkara ini kepada semua masjid dan surau di daerah masing-masing.

“Kerjasama dan jasa baik tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih,” katanya dalam satu kenyataan.

Fenomena Istiwa Adzam berlaku dua kali setahun dan bagi 2019, kejadiannya pada 28 Mei (jam 5.16 petang) dan 16 Julai depan (jam 5.28 petang) .
Sebelum ini, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman dilaporkan berkata, terdapat pelbagai kaedah digunakan untuk menentukan arah kiblat, namun masyarakat boleh menentukannya sendiri berdasarkan fenomena Istiwa Adzam iaitu matahari berada di atas Kaabah.

Beliau berkata, kaedah berkenaan paling tepat selain menggunakan kiraan falak dalam menentukannya dan orang ramai perlu mengambil kesempatan itu untuk memperbetulkan arah kiblat masing-masing.

“Penentuan arah kiblat yang tepat sebelum memulakan ibadah dalam Rukun Islam kedua itu amat penting kerana dibimbangi solat yang dilakukan tidak diterima Allah,” katanya.

Beliau berkata, Jabatan Mufti di setiap negeri kebiasaannya akan menggunakan waktu itu untuk menentukan arah kiblat dengan lebih tepat, malah menasihati kakitangan masjid atau jemaah surau untuk melakukan perkara sama pada hari terbabit.

Memetik falakonline.net cara paling mudah untuk mencari arah kiblat pada fenomena Istiwa Adzam ialah pacakkan kayu, tiang atau tepi dinding bangunan yang tegak tepat 90 darjah. Kemudian pada 28 Mei jam 5.16 atau 16 Julai jam 5.28 petang, perhatikan bayang-bayang yang terhasil oleh objek itu.

Lukiskan garisan selari dengan bayang-bayang dan arah kiblat akan berada menuju ke arah matahari di barat.

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 1.336911 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list