View: 3831|Reply: 8
|
Pilah Kontenastay, Ini Hotel Ke Bangsal Kebun Buah-buahan? Terbaiklah!
[Copy link]
|
|
Sekali pandang macam kebun dusun tetapi bila diamati, Pilah Kontenastay merupakan satu tempat penginapan terbaru yang ada di Kuala Pilah.
Buat mereka yang ingin merasakan suasana kampung dan mahu lari dari hiruk pikuk kota di hujung minggu, Pilah Kontenastay mungkin destinasi yang tepat buat anda bercuti bersama keluarga.
Satu lagi lokasi pelancongan baru di Kuala Pilah.
Ingatkan di San Francisco, Amerika tapi gupornya dokek Kuala Pilah, Negeri Sembilan jor..Ala - ala inggeris tu...😍
Pilah Kontenastay.
Lokasi :
di 40, Batu 23 1/2, Kampung Parit
72000 Kuala Pilah Negeri Semiblan. pic.twitter.com/Fg4RkUKKdg
— @fairusniza1 (@bajetbajetcuti) June 20, 2018
Ia dipanggil sebagai Pilah Kontenastay kerana homestay ini dibina 80% daripada kontena yang memberi gaya menarik dan lain daripada homestay atau tempat penginapan lain.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201806/25/072403f5oz98i25kaqkozo.jpg) Foto: Pilah Kontenastay
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201806/25/072403p6eekdg6me56ee2n.jpg) Foto: Pilah Kontenastay
Terletak di Kuala Pilah, rumah-rumah kontena yang berkonsepkan sedikit sentuhan gaya Inggeris dan juga dipenuhi dengan konsep penginapan desa, memang sesuai untuk anda yang hendak lepak bersama rakan ataupun keluarga.
Kalau anda datang ketika musim buah-buahan lagi terbaik! Macam-macam buah-buahan tempatan anda boleh cuba ketika ini.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201806/25/072403ip80tkrz09i8jz9i.jpg) Foto: Pilah Kontenastay
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201806/25/072403ar8606o7j6ooz8oh.jpg) Foto: Pilah Kontenastay
Suasana kampung sebenar boleh dirasai di homestay ini kerana pelbagai aktiviti santai turut boleh dilakukan contohnya berbasikal dalam kebun, makan buah (sewaktu musim buah), barberku dan macam-macam lagi.
Sangat sesuai untuk buat family day kerana kawasannya yang agak luas dan menarik. Bagi anda yang ingin mencuba bercuti di sini, kadar yang dikenakan satu malam untuk satu bilik adalah di antara RM85-RM170 mengikut jenis bilik yang anda inginkan.
Bukan tu saja, jika anda mahukan masakan home made, anda boleh request masakan kampung, western, chinese dan macam-macam lagi. Dengar-dengar masakan kampung di sini memang original. Siapa suka pedas boleh cuba masakan mereka di sini. Memang sodap!
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201806/25/072618nmt7utsml2slzumz.jpg) Foto: Pilah Kontenastay
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201806/25/072618z0ei1r1841e4ftmr.jpg) Foto: Pilah Kontenastay
Jangan lupa untuk mencuba Pilah Kontenastay untuk percutian anda bersama rakan dan keluarga. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm nice je. dokek ngan umah den |
|
|
|
|
|
|
|
Sesuai untuk yang suka suasana desa |
|
|
|
|
|
|
|
Only in Pilahdelphia githewwww! |
|
|
|
|
|
|
|
menariknya kalau nak buat gathering2 lepak2 hujung minggu ngan geng |
|
|
|
|
|
|
|
cantik sgt... harga pun berpatutannn.. tapi kalo ada pool lg best.. boleh buat family day |
|
|
|
|
|
|
|
cuti hujung minggu best ni kalau dapat lepak sini....![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|